• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Al-dihlawi Pelopor Tajdid Zaman Kemunduran Islam

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

Kenal pasti masalah, kembalikan kesedaran beragama dengan menguasai al-Quran dan sunnah

PUNCA kemerosotan umat Islam zaman keruntuhan Empayar Moghul di India dan bagaimana mujadid (pembaharu) yang masyhur, Shah Waliyullah al-Dihlawi menghadapinya boleh menjadi antara panduan menangani perkembangan semasa zaman ini. Pandangan itu dikongsi ahli panel seminar Gagasan Islah dan Tajdid Shah Waliyullah al-Dihlawi anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibu negara, 27 April lalu bahawa pembaharuan dibawa mujadid itu boleh membantu dalam menghadapi pelbagai krisis dalaman dan luaran. Pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (KIRKHS), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Dr Abdul Salam Muhamad Shukri, berkata al-Dihlawi hidup dalam zaman kemunduran Islam dan berjuang mengembalikan kekuasaan politik kerajaan Islam di India.

Katanya, al-Dihlawi menggunakan perjuangan ilmu untuk menyedarkan umat Islam terutama kalangan ahli sufi dan ulama yang pada pandangannya banyak menghabiskan masa membincangkan perkara khilafiyah yang tidak ada penghujung.

“Al-Dihlawi menyedari kaum Muslimin sudah berada dalam era baru dan tidak mudah menerima apa saja tanpa penjelasan rasional setiap ajaran Islam. Agama diperkuat dengan bukti rasional dapat menguatkan pegangan akidah dan syariah.

“Beliau menguji setiap amalan berdasarkan al-Quran dan hadis melalui slogan kembali kepada kedua-dua sumber itu sebagai jalan penyelesaian kemunduran masyarakat Islam seterusnya membangunkan semula mereka,” katanya.
Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Meneliti Pandangan al-Dihlawi Tentang Punca Kemunduran Pemikiran Kaum Muslimin: Satu Tinjauan Awal’ berkata, al-Dihlawi berharap umat Islam berusaha menghapuskan semua bentuk kerosakan dan menggantikannya dengan keadilan dalam sistem baru dunia.

Shah Waliyullah al-Dihlawi dilahirkan pada saat kekuasaan Dinasti Moghul di ambang keruntuhan dan ia zaman penuh krisis serta pergolakan dalam segala aspek kehidupan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan keagamaan.

Al-Dihlawi menjawab cabaran zamannya dengan menganjurkan gagasan tajdid (pembaharuan) dan islah (pemurnian) secara menyeluruh sehingga dikenali tokoh pembaharuan yang memberi sumbangan besar bukan saja di India bahkan seluruh dunia Islam.

Pada penilaian al-Dihlawi, umat Islam mampu bangkit apabila menguasai sumber utama dalam Islam iaitu al-Quran dan sunnah, menyatukan mazhab fekah, menegakkan tasauf murni, melaksanakan syariah, menegakkan keadilan dalam politik dan membebaskan masyarakat daripada kemiskinan.

Dr Abdul Salam berkata, dalam mempelopori gerakan tajdid pada zaman kemunduran Islam, al-Dihlawi mengenal pasti masalah menimpa masyarakat Islam iaitu kurang iman, perpecahan dalam barisan kepemimpinan Muslimin serta kemerosotan akhlak yang teruk.

Justeru, beliau menyarankan kepentingan ilmu dalam segenap aspek kehidupan sebagai asas pembangunan kerana kejahilan dan perbuatan menurut hawa nafsu punca manusia mundur.

Al-Dihlawi juga menghubungkan perkembangan punca kemunduran apabila akal manusia gagal berfungsi mengawal segala tindakan menyebabkan kemerosotan akhlak dan mengajak umat Islam kembali kepada agama kerana sumber kekuatan Islam adalah agama.

Katanya, selepas memahami punca kemunduran itu al-Dihlawi mengorak langkah dengan memulakan tajdid menumpukan kepada penulisan menerangkan isi kandungan ajaran Islam sebaik mungkin berpandukan al-Quran, hadis, akal dan ilham.

“Pada zamannya, al-Dihlawi sedaya upaya mengembalikan semangat beragama dalam masyarakat India yang terpesong kerana dipengaruhi anasir bukan Islam. Beliau berusaha melakukan tajdid dalam umat Islam dan usaha itu perlu dihargai,” katanya.

Pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama KIRKHS, Asma Muhammad Uthman El-Muhammady, berkata al-Dihwali menyelesaikan masalah ilmu dengan membawa kesedaran kembali kepada al-Quran dan sunnah apabila berlaku perbezaan pendapat.
Katanya, sebagai mujadid tulen dalam agama, al-Dihwali tidak suka perbalahan di kalangan umat Islam kerana itu akan melemahkan perpaduan ummah dan agama.

Beliau menyelesaikan permasalahan dengan cara pemadanan melalui pemahaman berteraskan ilmu dalam bidang berkenaan dan bagaimana cara untuk memberi penyelesaian kepada isu dihadapi.

“Beliau menumpukan kepada masalah kerosakan ilmu dan penyelesaiannya. Jika masalah kerosakan kerana fanatik mazhab, beliau mengajak umat khususnya ulama kepada adab berbeza pendapat dan melihat fiqh mengikut matlamat sejagat.

“Dengan itu fiqh menjadi ilmu yang diterangi serta dibasahi rahmat mereka yang menghayatinya. Fiqh juga akan terus berkembang dengan keputusan dilakukan mengikut perkembangan semasa oleh ulama berpandukan iman dan takwa,” katanya yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Persoalan Kerosakan Ilmu dan Penyelesaiannya Menurut al-Dihlawi (1702-1763)’.

Asma berkata, pendekatan al-Dihlawi melihat kerosakan ilmu di kalangan umat Islam dan jalan menyelesaikan masalah relevan untuk umat Islam zaman ini apabila berdepan pelbagai isu semasa.

Katanya, walaupun rujukan al-Dihlawi lebih menjurus perkembangan berlaku di negaranya bukan di benua lain, warisan intelektual dan kerohanian diketengahkan masih boleh dijadikan contoh tetapi melihat kepada persoalan melanda masyarakat di negara ini.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)