• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Amalan Berseronok Tanpa Batasan

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

ISLAM tidak pernah mengiktiraf Hari Kekasih atau Valentine’s Day malah sambutannya adalah perbuatan keji kerana menjurus kepada pelbagai perlakuan dosa termasuk zina.

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, melawat ketika ada di antara mereka yang sakit, membantu ketika ditimpa kesusahan serta menyatukan mereka yang bertelagah.

Jika ada umat Islam yang pernah atau bercadang untuk meraikan sambutan Hari Kekasih yang diadakan pada 14 Februari itu, mereka perlu segera bertaubat!

Amat menyedihkan kerana segala maklumat serta seruan Islam berkaitan pengharaman sambutan Hari Kekasih itu sudah diperjelaskan dan disebarkan tetapi mereka tetap ingkar.

Bukti dapat disaksikan apabila terdapat sejumlah daripada mereka dicekup pihak berkuasa kerana memadu asmara di hotel, rumah sewa atau rumah tumpangan.

Biasanya sambutan itu diraikan pasangan dengan penuh unsur maksiat seperti keluar berdua-duaan, berpeleseran sehingga membawa pasangan melakukan hubu�ngan seks.

Perbuatan yang mereka lakukan itu diibaratkan sebagai ‘persembahan’ membuktikan kesetiaan cinta mereka. Tarikh itu dianggap hari ‘meraikan’ kisah cinta mereka dan sudah tentu apa saja kemahuan serta pujuk rayu akan dipenuhi pasangan masing-masing.

Kenapakah anak muda di negara ini terlalu ghairah meraikan hari itu? Barangkali mereka merasakan itu hanya perbuatan bagi mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari berkenaan.

Cukuplah kerana sambutan Hari Kekasih yang dibawa oleh orang Barat itu tanpa disedari boleh merosakkan akidah serta akhlak umat Islam terutamanya golongan remaja.

Meraikan hari tertentu tanpa memeriksa latar belakang perayaan itu pastinya menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Jelas budaya perayaan itu mempunyai unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di Malaysia, larangan menyambut Hari Kekasih selaras dengan fatwa hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak, yang menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.

Islam melarang umatnya terbabit secara langsung dengan sambutan itu atau duduk dalam majlis yang mempersendakan Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mende�ngar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka ja�nganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguh�nya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” (Surah An-Nisa ayat 140).

Memberikan hadiah bersempena Hari Kekasih� menjadi haram malah mengirim ucapan cinta atau kasih sempena Valentine juga dilarang oleh ulama.

Berdasarkan sejarah, Valentine ialah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.

Dia antara individu yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol.

Sebab itu, ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Sesiapa yang merayakannya seolah-olah mereka gembira dan merestui kekalahan umat Islam di Sepanyol.

Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun. Itu sebabnya umat Islam perlu sensitif dan mengambil berat isu ini supaya ia tidak dijadikan amalan atau jalan untuk cuba meraikannya walau dengan apa cara sekalipun.

Sepatutnya budaya negatif Barat seperti menikmati hiburan dan keseronokan secara berlebih-lebihan itu tidak wajar diikuti. Jangan dibiarkan budaya dan tatacara Islam dipinggirkan dengan mengagung-agungkan budaya ciptaan yang boleh meruntuhkan bangsa dan identiti negara.

Ibu bapa perlu memainkan peranan memantau aktiviti dan hubungan sosial anak-anak dalam memastikan mereka tidak menghadiri sebarang sambutan Hari Kekasih.

Pendapat lain mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bernama Juno Februata. Pada hari itu, pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak itu secara rawak.

Nama gadis yang dicabut akan menjadi pasangan dan hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.

Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom paling gagah bagi menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Selepas itu, perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu akan memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut menerima pukulan kerana menganggapnya bagi menambah kesuburan mereka.

Justeru, remaja Islam negara ini diharap tidak mengagung-agungkan sambutan Hari Kekasih kerana ia mendorong mereka terjerumus ke lembah maksiat.

Masyarakat Barat mungkin beranggapan dengan cara itu umat Islam boleh dilalaikan dan mereka akan terdorong melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melakukan maksiat dengan pasangan tanpa batasan.

Agenda itu memberi kejayaan besar kepada mereka kerana mampu mengatur umat Islam mengikut acuan mereka. Situasi itu akan mendorong kepada pembentukan akhlak dan peribadi yang buruk kepada generasi muda apabila terdedah de�ngan perbuatan tidak sihat.

Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah yang benar selagi itulah anasir luar cuba memesong�kan hala tuju ummah agar kecundang.

Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Rani Awang Besar berkata, paling dibimbang�kan kini ialah kurangnya ketahanan ilmu dan rapuhnya akidah umat Islam sehingga begitu mudah mereka diperdayakan.

"Sambutan Hari Kekasih ini datangnya dari Barat yang mahu merosakkan akidah, fahaman serta budaya umat Islam. Pesan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan itu."

"Tidak kiralah sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau wanita, mereka perlu sedar supaya tidak mudah terikut-ikut dengan budaya salah yang dibawa dari Barat," katanya.

Beliau berkata, sebagai umat Islam mereka perlu meletakkan kasih kepada Allah dan Rasul sebagai yang paling utama di samping berhak mengasihi mereka yang hampir seperti ibu bapa.

Semua pihak perlu bergandingan dalam memperluaskan jaringan dakwah supaya umat Islam lebih faham apa yang mereka lakukan itu perlu diteliti sedalam-dalamnya kerana dibimbangi akan meng�gugat akidahnya.

Di Malaysia, alhamdulil�lah maklumat mengenai sambutan Hari Kekasih ini jelas dan tersebar dengan cukup meluas. Diharapkan umat Islam mengambil serius pengharaman sambutan itu dan ia tidak dijadikan sebahagian daripada budaya kita,” katanya.

Mohamad Rani berkata sebutan 'Valentine' cukup indah diungkap namun ia tersingkap misi dan matlamat tersembunyi daripada musuh Islam.

"Musuh Islam sentiasa berusaha untuk memesongkan akidah serta jati diri umat Islam supaya kita menjadi umat yang kacau-bilau. Kembalilah mengamal�kan perintah Allah dan memantap�kan keimanan kita kepada ajaran Allah s.w.t.

"Untuk memantapkan akidah Islamiah, setiap individu perlu menyalurkan usaha secara berterusan dalam menuntut ilmu dengan menghadiri kelas pengajian dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan," katanya.

Menurutnya, lekas menuding jari kepada golongan yang melakukan kesilapan juga satu kesalahan kerana kita dituntut untuk terus membimbing mereka dengan menggunakan pendekatan berbeza.

"Untuk menarik minat orang lain menerima apa yang kita sampaikan bukannya dengan cara kekerasan atau hanya tahu menyatakan kesalahan yang mereka lakukan.

"Tetapi semua itu hanya dapat dicapai melalui pendidikan secara berperingkat serta contoh teladan yang ditonjolkan daripada individu yang menyampaikan itu," katanya.


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)