• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Bukan Simbol Penindasan

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

SECARA umum dalam Islam tiada beza antara lelaki dan wanita, sama-sama mempunyai hak dan kebebasan.

SECARA umum dalam Islam tiada beza antara lelaki dan wanita, sama-sama mempunyai hak dan kebebasan.

Malah, dalam sesetengah bidang, wanita lebih ketara sumbangannya berbanding lelaki.

Seorang sarjana Sunni, Mohammad Akram Nadwi, mengumpulkan biografi 8,000 ahli perundangan wanita manakala orientalis Ignaz Goldziher menganggarkan 15 peratus ulama hadis abad pertengahan adalah wanita.

Namun, dalam hak ada etika, umpamanya dalam berpakaian dan berfesyen, wanita harus memilih genre pakaian digemari, namun perlu disesuaikan dengan tempatnya.

Kedangkalan ilmu menyebabkan ada sesetengah wanita memperagakan fesyen pakaian mengikut cita rasa sendiri tanpa mengambil kira hukum agama.

Atas sebab itu, ada wanita yang bukan saja berpakaian menjolok mata, malah dikatakan berpakaian bogel, iaitu berpakaian tetapi sebahagian tubuhnya masih terdedah, semuanya dengan alasan hak dan kebebasan.

Ulama termasyhur, Syeikh Dr Yusuf al-Qardawi, berkata Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat, nipis atau boleh menggambarkan bentuk badan selain menampakkan apa di sebalik pakaian itu.

Menurutnya, Islam juga mengharamkan pakaian yang menelanjangkan setengah badan, khususnya tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki asing.

Beliau memetik hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a katanya, bersabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang aku belum pernah melihat mereka, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu, mereka memukul orang dengannya (iaitu penguasa yang kejam) dan wanita-wanita berpakaian separuh bogel, yang menarik orang melakukan maksiat, di samping dia sendiri melakukan maksiat pula, kepalanya meninggi lonjong seperti bonjol unta, mereka ini tidak dapat memasuki syurga, tidak dapat mencium syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jauh perjalanan sekian dan sekian..." (Riwayat Muslim).

Al-Qardawi dalam bukunya, Halal dan Haram Dalam Islam menghuraikan hadis berkenaan: "Dikatakan kepadanya berpakaian bogel kerana pakaian yang dipakainya tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis dan jarang, sehingga pakaian itu menampakkan bentuk tubuh di sebalik pakaian itu, sebagaimana kebanyakan pakaian wanita pada zaman ini.

"Bonjol unta itu adalah tulang tinggi di tengkuknya yang diserupakan kepala wanita itu dengan bonjol berkenaan, kerana ditinggikan rambutnya ke atas kepala.

"Seolah-olah Rasulullah sudah melihat di belakang ghaib apa yang akan berlaku pada zaman ini, di mana dikhususkan tempat-tempat istimewa yang dikenal dengan nama salun rambut."

Kalangan ulama Islam bersetuju yang wanita seharusnya berperi laku dan berpakaian yang tidak menarik perhatian seksual kepada dirinya apabila berada dengan seseorang berlainan jantina.

Sesetengah ulama pula memperincikan bahagian yang perlu ditutupi iaitu semua tubuh kecuali muka dan tangan.

Malah, ulama lain mengatakan semuanya perlu ditutup kecuali mata, menggunakan kain seperti 'chador' (hijab labuh seperti dipakai wanita Iran) atau 'burqa' (pakaian labuh bertutup semua badan kecuali mata).

Hijab dipakai di kebanyakan dunia Islam. Di Iran misalnya, ada ketegasan terhadap pemakaian hijab sehingga ia termaktub sebagai undang-undang, sementara majoriti Muslim di kawasan lain seperti India lebih cenderung sebagai nilai sosial.

Pemakaian hijab dan tudung bagaimanapun sering digambarkan Barat sebagai simbol penindasan terhadap wanita Islam. Ia juga membawa kepada debat berpanjangan, khususnya di rantau Eropah.

Dalam hubungan ini al-Quran ada menerangkannya, seperti pada surah an-Nur, ayat 31, antara lain bermaksud: "Dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."

Wanita bukan saja perlu memastikan pakaiannya menutup aurat apabila di khalayak, tetapi juga mengenakan pakaian yang dikhususkan untuk mereka.

Rasulullah mengisytiharkan, antara yang dilarang atas wanita untuk memakai pakaian lelaki, sebagaimana dilarang ke atas lelaki memakai pakaian wanita. (Maksud dari hadis diriwayatkan Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Hakim).

Begitu juga Rasulullah melaknat lelaki menyerupai wanita, di samping wanita yang menyerupai lelaki. (Dari hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dan lain-lain lagi).

Malah, termasuk dalam larangan dalam tutur bicara, gerak laku, cara berjalan, berpakaian dan seumpamanya.

Walaupun wanita berdepan aturan ketat dalam berpakaian, mereka diberikan keistimewaan berbanding lelaki, kerana dibenarkan memakai emas dan sutera.

Keistimewaan itu sesuai dengan citarasa dan tuntutan kewanitaannya yang suka berhias.

Tetapi mereka dilarang menggunakan untuk menggoda dan menaikkan semangat nafsu syahwat lelaki lain, selain suaminya.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: "Sesiapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, lalu melewati tempat kaum lelaki supaya mereka dapat mencium bau wangiannya , maka dia itu adalah penzina dan setiap mata yang memandang itu pun penzina." (Riwayat Nasa'i, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Allah Taala mengancam kaum wanita dengan firman-Nya berikut, maksudnya: "Janganlah wanita-wanita itu menghentak-hentakkan kakinya di tanah, agar diketahui apa yang disembunyikannya dari perhiasan dirinya." (an-Nur:31)

Berpakaian pula, baik wanita mahupun lelaki, tidaklah secara berlebih-lebihan dan mengangkat diri, untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah. "Allah tidak suka kepada setiap orang yang angkuh dan sombong." (al-Hadid:23)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Sesiapa yang menyeretkan kainnya kerana sombong , Allah tidak akan memberikan pandangan kepadanya di hari kiamat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tujuan berpakaian juga bukan untuk menagih kemasyhuran. "Sesiapa yang memakai pakaian menagih kemasyhuran, nescaya Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan di hari kiamat." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam satu peristiwa, ada seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar r.a katanya: "Pakaian yang macam mana yang boleh aku memakainya? Jawabnya: Pakaian yang tidak sampai dibangga-banggakan oleh orang-orang yang jahat dan dan tidak dicelanya kamu oleh orang-orang yang ahli ilmu dan bijaksana. (Riwayat Thabrani)

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)