• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Dakwah Menerusi Kasih Sayang, Toleransi Berkesan

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

PROFESOR Dr Alparslan menyampaikan ceramah anjuran Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) di Kuala Lumpur, semalam.

KEBANYAKAN intelektual Islam kontemporari di Turki menekankan kepentingan kasih sayang, saling hormat menghormati dan bertolak ansur dalam pemikiran mereka, selain menentang kejahilan yang menjadi musuh umat Islam daripada berkembang.

Dekan Fakulti Kesenian dan Sains, Universiti Fatih, Istanbul, Turki, Profesor Dr Alparslan Acikgenc, berkata pemikiran sebegitu mencetuskan pendekatan untuk berdialog, terutama kepada bukan Islam bagi menyampaikan kebenaran.

Katanya, pemahaman mengenai Islam melalui pendekatan dan corak pemikiran kontemporari menekankan kepentingan kasih sayang sesama manusia diperjelaskan intelektual Islam Turki yang mempunyai rangkaian antarabangsa, Fethullah Gulen.

"Menurut Gulen, manusia dan fikiran tidak boleh dipisahkan dan beliau juga mengajar muridnya kombinasi harmoni antara hati dengan fikiran. Semua itu akan melahirkan atmosfera kebaikan dan sifat tolak ansur," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah umum bertajuk 'Pemikiran Islam Kontemporari di Turki dan Sumbangan Fethullah Gulen' anjuran Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) di Kuala Lumpur semalam.

Katanya, kehidupan Gulen berlandaskan idea yang lahir daripada pemikirannya. Gulen yang dilahirkan pada 1941 di kampung berhampiran Erzurum di barat Anatolia, mendapat pendidikan secara tradisional tetapi mengambil inisiatif untuk mendidik dirinya meneroka ilmu baru sehingga boleh diiktiraf sebagai ahli falsafah.


Dr Alparslan berkata, cendekiawan Islam yang kini menetap di Amerika Syarikat itu tidak membenarkan dirinya ketinggalan dengan perkembangan ilmu semasa dan begitu juga nasihat beliau kepada Muslim lain supaya tidak mengetepikan pemikiran orang lain.

"Gulen berpandangan, Muslim perlu peka dengan perkembangan ilmu semasa. Malah katanya, jika mereka tidak melakukan apa-apa kerana tiada pulangan material, ia bermakna mereka tidak menyumbang untuk kemanusiaan," katanya.

Beliau berkata, disebabkan itu ramai berpendapat Gulen adalah maulana moden tetapi sebenarnya beliau adalah cendekiawan yang berkongsi pemikiran dengan pemikiran Ottoman, mengislamkan ilmu pengetahuan dalam aspek kehidupan manusia.

Katanya, berdasarkan kajian falsafah pemikiran kontemporari yang dilakukannya sejak dua tahun lalu, dapat disimpulkan bahawa pemikiran Islam kontemporari di Turki adalah berlatarbelakangkan pemikiran Ottoman yang bermula pada kurun ke-13 melalui perkembangan tasauf.

Justeru, pendekatan mengambil ilmu yang dihasilkan daripada idea barat dan dimasukkan elemen Islam seperti dilakukan sesetengah pihak sekarang sebenarnya tidak menjadikan ilmu itu Islamik kerana idea barat di dalamnya tidak dibuang.

Dr Alparslan berkata, ilmu yang Islamik perlu merujuk bagaimana wahyu bermula dan berkembang dalam kehidupan manusia kerana yang terhasil daripada pengembangan ilmu seperti itulah menjadikan ia Islamik.

Katanya, contoh ditunjukkan Gulen adalah terjemahan daripada pendekatan berkenaan dan disebabkan itu karya serta ideanya tidak sistematik disebabkan beliau berusaha menyentuh hati dulu seperti al-Quran sebelum memberi jawapan kepada persoalan.

"Al-Quran tidak memberi jawapan khusus sebaliknya membiarkan manusia mencari. Apabila orang kaya berkata mereka boleh membelanjakan sesuka hati harta yang banyak, ayat Allah bertanya apakah engkau ingat tiada melihat engkau.

"Begitu juga ayat bertanya apakah engkau tidak akan ditanya nanti. Pertanyaan itu yang mencetuskan pemikiran akal manusia dan mencabar intelektual untuk mencari jawapan. Oleh itu, bagi yang berjaya disentuh hatinya, akan mendapat jawapan," katanya.

Beliau berkata, aktiviti pendidikan Gulen mengambil Nabi Muhammad SAW sebagai model yang mengharapkan kebaikan untuk masyarakat hanya kerana Allah SWT. Intelektual terkemuka itu tidak mengharapkan keputusan yang cepat.

Usaha membangunkan ilmu pengetahuan adalah sumbangan Gulen kepada masyarakat dan hasil daripada usaha itu diserahkan kepada Allah. Beliau sedar keputusan membangunkan sistem pendidikan tidak dapat dilihat dalam tempoh singkat.

Gulen juga mengelak daripada terbabit dengan politik kerana menyedari dunia sering mengharapkan hasil yang cepat dan jika tidak tercapai boleh menyebabkan lahir perasaan cepat putus asa.

Beliau juga tidak mahu menjadi seseorang yang berasakan diri mereka sudah melakukan perkara yang betul tetapi sebenarnya mendatangkan keburukan kepada agama. Satu lagi cabaran ialah untuk mencari kemasyhuran kerana ia adalah penyakit mereka yang mementingkan diri.

Menurut Gulen, manusia yang ideal seperti lilin yang membakar diri tetapi memberi cahaya untuk orang di sekelilingnya yang bergantung kepada cahaya itu.

Berjuta manusia di Turki dan negara lain memperoleh idea melalui 60 buku, kaset serta video dihasilkan Gulen yang menggabungkan karisme, pengurusan yang baik dan tanggungjawab sosial � mesej yang bergema kuat di Turki.

Oleh itu, ramai ahli falsafah mengatakan idea Gulen adalah produk sejarah Turki khususnya pengakhiran empayar Ottoman dan kelahiran republik, pendekatannya dinamakan 'Cahaya Islam.'

Namun, Gulen tidak mengiktiraf dirinya seorang sufi tetapi mengakui pemikirannya dipengaruhi pemikiran ahli sufi. Katanya, sesiapa yang ingin memahami al-Quran perlu bersedia memberi hati dan kebijaksanaannya.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)