• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Galian, kekayaan wajib digali oleh Muslimin

Fahri Abdullah al-Masri

Dalam sepotong hadis ada disebutkan tentang kekuatan ekonomi yang jatuh ke tangan orang-orang yang jahat. Sebenarnya, inilah antara sebab kenapa umat Islam di seluruh dunia tertindas, semakin lemah kekuatan politik dan ekonominya. Apabila orang Islam semakin lemah politik dan ekonominya, secara tidak langsung lemahlah kebudayaan dan bahasanya.

Daripada Ibnu Omar r.a berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata:

"Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita." Lalu, Nabi s.a.w menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat." [Hadis riwayat al-Baihaqi.] --- [Hadis ke-26]

Menurut keterangan ringkas daripada Ustaz Fahmi Zam Zam..

"Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sejak lima belas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu petanda hampirnya hari kiamat."

Kalau kita melihat situsi hari ini, galian emas banyak wujud di Amerika Syarikat. Itu suatu contoh. Namun, dalam sudut lain pula, Tuhan memberikan galian minyak yang banyak terhadap negara Islam. Ternyata yang mengendalikan urusan galian itu adalah orang bukan Islam pula. Contoh ini ada dalam negara kita sendiri.

Harta adalah sejenis kekuatan dan ia merupakan salah satu sendi kekuatan agama. Maka hendaklah setiap Muslim, Muslimah selalu berikhtiar untuk mencari kekuatan ekonomi peribadi, menyusun ekonomi keluarga sekali gus membentuk daya ekonomi umatnya. Apabila harta ini jatuh ke tangan lelaki yang soleh, maka separuh daripada masalah dunia akan selesai.

Perang-perang di Afghanistan, Iraq yang dicipta oleh Amerika Syarikat telah menelan belanja trilionan, berlaksa-laksa dan hal ini tidak mungkin terjadi jika harta itu jatuh ke tangan orang-orang yang beriman.

Harta yang baik di tangan lelaki yang baik
"Wahai 'Amru, alangkah baiknya harta yang soleh di tangan orang yang soleh." (Riwayat Ahmad)

Merujuk hadis di atas, ada empat keadaan yang berkaitan dengan harta dan manusia yang memeliharanya. Pertamanya, insan yang baik dan dia memegang duit yang baik. Kedua, insan yang baik, tapi dia memegang duit yang haram.

Ketiga, orang yang jahat dan memegang duit, harta yang baik. Keempat, orang yang jahat dan menyelia wang, harta haram. Paling baik, menurut hadis di atas ialah lelaki yang baik dan beliau menjaga harta yang baik. Sementara, keadaan yang buruk ialah apabila ada lelaki jahat yang menyelenggarakan wang, harta yang haram.

Sebenarnya wang yang halal atau wang daripada sumber yang tidak baik, akan disalurkan kepada tujuan yang baik juga jika wang, harta itu jatuh ke tangan lelaki yang baik.

Manakala di tangan orang yang jahat pula, wang haram atau harta yang baik sekali pun tetaplah dipergunakan pada tujuan yang salah. Kesimpulannya, wang tidak boleh dipersalahkan kerana ia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke arah manakah ia dipergunakan.

Yang boleh membuat keputusan ke arah mana duit halal atau haram itu dibelanjakan ialah manusia yang menyelenggarakan wang itu tadi. Baik manusia itu, maka baiklah kepenggunaan wang itu. Demikianlah sebaliknya.

"Apabila kamu diberi sesuatu tanpa kamu minta, maka pergunakanlah (makanlah) dan sedekahkanlah sebahagiannya." (Muslim)

Hukuman ke atas mereka yang tidak menggunakan harta ke arah yang betul memang mengazabkan dan menyakitkan. Kita pernah terdengar kisah bagaimana kaum-kaum dan umat terdahulu yang dihancurkan Tuhan oleh kerana mereka menyalahgunakan harta milik peribadi pada jalan yang salah.

Apabila negara itu menggunakan wang-wangnya untuk membangunkan pelacuran sebagai suatu industri perniagaan, menjadikan arak sebagai barang dagangan, maka kehancuran menimpa negara dan kaum itu. Demikianlah peristiwa yang ditulis di dalam al-Quran. Namun, umat Muhammad ini diberikan penangguhan melalui doa Rasulullah s.a.w sendiri.

"Mereka yang mengumpulkan harta dengan tidak benar, maka Allah akan memusnahkannya dengan air dan tanah." (Riwayat Al-Baihaqi)

Melalui air dan tanah, Tuhan akan menghukum mereka yang tidak menggunakan harta dengan baik, betul dan benar. Qarun di zaman Nabi Musa a.s misalnya telah dihukum Tuhan dengan menenggelamkannya bersama para pengikutnya di dalam tanah.

Malah, Fir'aun yang menggunakan harta kekayaannya secara tidak benar, menindas hamba di muka bumi ini telah mati lemas di Lautan Merah. Bani Israel diperhambakan untuk membangunkan pembinaan piramid, dan mereka tidak diberikan upah gaji. Ini adalah salah satu contoh pengendalian harta yang tidak betul.

Kaum buruh dan para pekerja itu sepatutnya diberi upah dan gaji. Tetapi, Fir'aun sebaliknya memperhambakan mereka.

Apabila harta-harta (emas, minyak dan lain-lain) yang digali dari tanah itu tidak dimanfaatkan dengan baik, maka tanah dan air itu nanti akan bertindak.

Apakah kejadian tanah runtuh, banjir yang kerap berlaku itu terkait dengan salahguna wang yang tentunya berkaitan juga dengan salahguna kuasa?

Di Amerika Syarikat, kerap kita dengar berita dan kejadian ribut, puting beliung dan banjir yang terjadi besar-besaran di sana. Kita boleh menanggapi hal ini sekadar bencana alam yang tiada kaitan dengan dosa pemimpinnya.

Tapi bila kita melihat banyak kejahatan yang bermuara dari negara itu dan kuasa dunia itu mencetak sejarah perang demi perang berterusan, maka terfikir juga bahawa ada rasionalnya ribut taufan, tanah runtuh serta banjir teruk menghempap mereka. Walaupun ada pihak menyatakan bahawa kejadian itu cuma sekadar bencana alam dan bukannya hukuman Tuhan.

Perang memerlukan dana yang banyak. Dan, Amerika menyalahgunakan wang untuk perang! Negara itu juga telah 'berkempen' dengan memaksa anak-anak mudanya menyertai pasukan tentera untuk dikirim ke medan perang di Iraq, Vietnam sebelum ini tanpa kerelaan mereka.

Amerika dengan segala galian minyaknya, galian emas dan sebagainya telah digunakan untuk memerangi umat Islam sendiri. Maka, demikianlah akibat bagi mereka yang menggunakan wang, harta dan segala galian di bumi dengan tujuan yang salah

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)