• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

H1n1: Jangan Halang Tunai Haji

MD. Daud Che Ngah

MEGA: Salah satu syarat wajib mengerjakan haji adalah isti'thoah (berkemampuan). Adakah syarat yang dikenakan oleh Arab Saudi ini boleh dikatakan satu lagi isti'thoah?

MD. DAUD: Terdapat 12 perkara yang terkandung dalam syarat wajib haji dan umrah. Syarat-syarat itu adalah Islam, akil, baligh, berakal, merdeka dan berkuasa.

Di bawah berkuasa atau berkemampuan itu dipecahkan lagi kepada enam iaitu seperti berikut:

lAda tambang pergi dan balik.

lAda bekalan nafkah (termasuk untuk waris yang ditinggalkan).

lAda kenderaan pergi dan balik.

lAman perjalanan.

lSihat tubuh badan, dan

lBerkesempatan masa.

Bagi mengulas syarat oleh Arab Saudi itu, kita perlu pecahkan kepada dua bahagian. Pertama, larangan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Bagi golongan ini, adalah layak untuk mereka tidak pergi tunai haji. Sebabnya tidak mungkin mereka sudah ada belanja sendiri untuk menunaikannya. Dalam fiqh, apabila ada beberapa syarat tetapi satu daripadanya tidak dapat dipenuhi, maka gugur syarat wajib menunaikannya.

Bagi yang berumur lebih 65 tahun, kesnya berbeza. Sepatutnya, tidak ada yang boleh halang golongan ini menunaikan haji berdasarkan beberapa sebab.

Pertama, mungkin inilah kesempatan yang ada padanya dalam keadaan tubuh badan masih sihat.

Kedua, ini adalah rukun Islam. Jadi, kenapa kita nak tahan orang daripada menunaikan rukun.

Ketiga, mungkin semasa muda dulu, orang ini banyak buat dosa. Jadi, jalan untuk mencari pengampunan adalah dengan tunai haji. Kebetulan duit pun dah ada dan tidak ada lagi tuntutan perbelanjaan menyekolahkan anak dan sebagainya. Jadi, kenapa mesti niat mereka dihalang?

Saya berpandangan jika ada pun halangan oleh Arab Saudi itu ia dibuat berdasarkan ayat Allah yang bermaksud: Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. (al-Baqarah: 195).

Namun, hujah itu boleh disangkal berdasarkan kisah yang berlaku pada Saidina Umar al-Khattab.

Pernah tercatat dalam sejarah Islam bahawa Saidina Umar menolak pemergiannya ke negeri Syam tatkala berlakunya wabak taun di sana. lalu ada orang berkata kepadanya: Adakah tuan hendak lari dari takdir Tuhan? Ujar Saidina Umar: Kita lari dari takdir Tuhan kepada takdir Tuhan.

Jelas daripada kisah di atas bahawa berikhtiar, bertawakal dan berusaha dengan menggunakan sebab-sebab itu adalah suatu perkara yang dituntut Islam. Apa yang dinyatakan dan dilakukan oleh Saidina Umar tadi termasuk dalam pengertian takdir.

Melarang umat Islam menunaikan haji juga adalah berdosa sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah...(al-Baqarah: 217)

Adakah kita mahu menghalang orang berumur lebih 65 tahun tunai haji disebabkan bimbang terkena virus selesema babi yang dibawa oleh angin yang entah dari mana arahnya.

Sedangkan, kalau dibanding dengan orang bekerja di bangunan tinggi yang kemudiannya runtuh, itu lebih jelas bahayanya.

Oleh itu, pada saya, lebih baik dicari jalan pengawalan bukannya menghalang orang tunai haji. Boleh diperkenalkan vaksin, memakai tutup hidung dan juga membuat saringan yang teliti agar mereka yang sihat sahaja dibenarkan ke Mekah.

Ramai yang bagi alasan belum tunai haji sebab kuota. Adakah ini termasuk dalam syarat berkemampuan?

MD. DAUD: Memang ia juga termasuk dalam syarat berkemampuan iaitu berkesempatan masa. Kouta ini diperkenalkan kerana kesedaran umat Islam untuk pergi haji di seluruh dunia makin meningkat.

Namun, pada sudut yang lain, kuota membolehkan kita mengatur bilakah masa yang sesuai untuk pergi haji. Pada masa yang sama, kita boleh mengikuti kursus-kursus haji agar mantap pemahaman sebelum melaksanakannya.

Dengan adanya kemudahan menyimpan di Tabung Haji, kita perlulah mendaftar untuk tunaikan haji. Kalau kita daftar awal, insya-Allah dapat pergi awal.

Jangan pula kita daftar lewat, kemudian kerana nak pergi cepat kita 'potong Q'. Muzakarah Haji telah putuskan bahawa perbuatan merebut kuota orang lain sehingga menyebabkan orang itu tidak dapat pergi haji adalah haram.

Ini selalu berlaku pada orang kenamaan yang guna saluran 'VIP'. Malangnya mereka tidak menyediakan diri dengan ilmu haji yang mencukupi.

Lalu, tinggallah mereka di tempat-tempat mewah tetapi tidak merasa kesukaran melakukan ibadat haji.

Wajib haji hanya sekali seumur hidup tetapi selalunya ramai yang ingin tunaikan lebih daripada sekali. Tidakkah ini 'menghalang' peluang orang yang kali pertama tunai haji?

MD. DAUD: Memang perbuatan sebegini 'menghalang' peluang orang lain. Kecuali mereka yang bertugas membawa jemaah haji dan sebagainya.

Bagi orang awam, sekali pergi haji sudah mencukupi. Sebab memang yang wajib ke atas kita itu hanya sekali.

Kalau nak pergi lagi, kita anjurkan mereka tunai umrah. Lebih selesa, murah dan boleh pula menziarahi tempat lain.

Namun, bagi kelonggaran perlu diberi kepada mereka untuk tunai haji kali kedua selepas lima tahun. Ini berdasarkan hadis qudsi yang maksud-Nya: "Seorang hamba-Ku yang dikurniakan kesihatan yang baik, Kulimpahkan rezeki yang lumayan bergelumang dengan kemewahan selama lima tahun, namun ia tidak datang mengunjungi-Ku, maka layak Ku haramkan syurga-Ku untuknya".

Ada juga yang disebabkan ghairah mahu tunai haji, duduk di Mekah sejak bulan Syaaban atau Ramadan. Adakah ini dibolehkan?

MD. DAUD: Perbuatan begini tidak dibolehkan. Sebabnya, ia lebih banyak mendatangkan mudarat dan bercanggah dengan syarat aman perjalanan tadi.

Perbuatan sedemikian adalah melanggar arahan pemerintah iaitu kerajaan Arab Saudi.

Keduanya, mereka akan berhadapan kesulitan apabila masuk bulan Syawal di mana ia masih belum bulan umrah.

Pada bulan ini, tentera Arab Saudi akan membuat pemeriksaan di merata tempat untuk memastikan tidak ada yang tinggal secara haram atau burat termasuk mereka yang tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan.

Ini menyebabkan mereka terpaksa sentiasa hidup berpindah randah ke kawasan Badwi yang jauh dari bandar untuk mengelak daripada tertangkap.

Keadaan ini jelas bertentangan kerana dalam kita mahu beribadat kita melanggar perintah Allah kerana ingkar larangan kerajaan.

Bagi yang berkemampuan mana lebih afdal, pergi haji berulang kali atau mendermakan wang untuk orang lain tunai haji?

MD. DAUD: Bagi orang kaya yang warak dan gemar bersedekah tidak menjadi masalah kepada mereka. Mereka boleh pergi umrah tetapi masih teringin menunaikan haji kerana ada kekurangan pada haji yang lalu, saya berpendapat mereka perlu dibenarkan berbuat demikian.

Lagipun, kebiasaannya sekali pergi haji memang kita belum puas.

Tetapi kalau nak dermakan kepada orang lain yang lebih memerlukan itu pun baik juga. Sebab pahala bagi mereka yang membelanjakan wang untuk orang lain, Allah kurniakan pahala fisabilllah iaitu 700 kali ganda.

Ada juga jemaah haji yang dalam perjalanan pulang tidak solat dalam kapal terbang. Di mana silapnya?

MD. DAUD: Ini berlaku dipercayai kerana umrah atau haji mereka tidak berapa mantap. Menyebabkan mereka tidak dapat mengubah persepsi dengan Allah.

Pengalaman saya sebagai pengendali haji dan umrah mendapati kita memang boleh solat dalam kapal terbang.

Malah Muzakarah Ibadat Haji 2006 putuskan boleh berwuduk dengan sebotol air mineral kecil sekitar 500 mililiter yang penuh.

Syarat solat dalam kapal terbang pun mudah, kita cuma perlu menghadap kiblat semasa takbir selepas itu boleh sahaja mengikut ke mana arah haluan pesawat.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)