• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Halal Itu Untung

MEGA: Apakah pentingnya pengendalian dan penyediaan makanan halal terutama kepada umat Islam?

ASMAK: Makan adalah suatu keperluan asas dan tidak boleh diambil secara sambil lewa kerana ia akan memberi kesan kepada manusia secara fizikal dan spiritual.

Penyediaan dan pengendalian harus diberi perhatian untuk menjamin kebersihan dan kualiti makanan atau produk yang dihasilkan.

Kini sudah jadi tren penduduk di bandar lebih gemar makan di luar akibat kesuntukan masa memasak. Bagi yang bekerja pula majikan selalunya menganjurkan program atau latihan di hotel-hotel. Kadang-kadang tanpa menyelidik sama ada sesebuah hotel itu mendapat sijil halal atau tidak, sedangkan mencari, memilih dan mendapatkan rezeki yang halal adalah fardu ain.

Hasil semakan di laman web e-halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hanya 60 dapur hotel di seluruh negara mempunyai sijil halal Jakim, sedangkan bilangan hotel di Malaysia mencecah lebih 2,000

Kita juga perlu ingat, matlamat perniagaan yang sebenarnya menurut perspektif Islam adalah untuk mencapai kentungan (kejayaan) di dunia dan lebih utama (keuntungan) di akhirat (keredaan Allah SWT).

Justeru tanggungjawab memastikan pengeluaran barang halal bukan sahaja untuk mencapai kepentingan ekonomi tetapi ia lebih kepada kepentingan tuntutan fardu kifayah.

Ia berkaitan dengan suruhan Allah SWT dalam memastikan segala makanan dan minuman umat Islam adalah halal.

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi (1998) menegaskan bahawa akhlak utama dalam sektor pengeluaran adalah berada dalam piawai atau ketetapan yang ditentukan oleh Allah SWT.

Pihak yang terlibat perlu memasti dan membataskan segala tindakan kepada apa yang dihalalkan oleh Allah.

Halal ini jika diamalkan membawa keuntungan kepada semua, bukan untuk kegunaan orang Islam sahaja. Justeru, apa yang perlu kita lakukan agar selari dengan slogan menjadikan Malaysia hab halal dunia?

ASMAK: Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan pelancong serata dunia perlu mengambil langkah proaktif untuk terlibat dalam industri halal.

Industri halal merangkumi bidang yang amat luas. Ia bukan sahaja tertumpu kepada pengeluaran, pembekalan dan pengedaran makanan halal sahaja tetapi juga meliputi farmaseutikal, kosmetik, pembungkusan atau logistik dan juga pelancongan Islam.

Halal bermakna keuntungan. Ini kerana produk halal akan memberi keyakinan kepada semua pelanggan sama ada Muslim atau bukan Muslim.

Industri halal bukan sahaja memberi manfaat kepada 1.8 bilion masyarakat Islam di seluruh dunia, malah kepada 4.8 bilion penduduk dunia yang bukan Islam turut mendapat manfaat daripada industri halal.

Pelancongan di seluruh dunia memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi. Berdasarkan laporan akhbar, kira-kira AS$2.5 trilion (RM8.5 trilion) dibelanjakan oleh para pelancong sepanjang perjalanan dan percutian mereka.

Ini bermakna pelancongan Islam yang menyediakan perkhidmatan Islam mempunyai potensi yang amat besar dalam industri halal dan akan mendatangkan pulangan yang besar kepada peningkatan pendapatan negara.

Bagi orang awam, agak sukar nak pastikan kesahihan logo halal yang dipamerkan. Apa langkah terbaik dalam hal ini?

ASMAK: Memang betul. Justeru, sudah tiba masanya saintis Islam menghasilkan alat seumpama pen yang boleh mengesan logo yang dipamerkan oleh mana-mana premis itu sah atau tidak.

Langkah terbaik adalah mengelak daripada makan bahan yang syubhat. Ia sebagai mana hadis Nabi SAW yang bermaksud: Perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas, tetapi di antara dua perkara ini ialah perkara-perkara yang syubhat (ragu-ragu). Oleh sebab itu, sesiapa yang meninggalkan perkara-perkara syubhat, telah membersihkan dirinya pada agama dan kemuliaannya. (riwayat Bukhari)

Jika kita was-was, maka elok kita tinggalkan dan jangan makan biar dikatakan makanan itu amat enak.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)