• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Hikmah Perkahwinan Untuk Manusia

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

KAUM Nabi Luth ditimpa azab bencana serta penghinaan daripada Allah s.w.t kerana keingkaran serta sifat melampau mereka mengamalkan hubungan homoseksual.

Keadaan itu dilihat muncul kembali pada zaman ini selepas banyak sekali kemungkaran serta salah laku yang dilakukan golongan yang mendahulukan hawa nafsu daripada takut ditimpa azab kemurkaan Allah.

TIADA ZURIAT...Allah menciptakan manusia secara berpasang-pasangan untuk mereka menikmati kehidupan sebagai pasangan terbaik bagi mengembangkan zuriat serta keturunan.

RUNTUH...perkahwinan sejenis menjadi punca pupusnya zuriat manusia di atas muka bumi serta memberikan kesan buruk pada masyarakat.

BUDAYA BARAT...kebebasan menikmati perkahwinan sejenis yang digambarkan orang Barat perlu disekat kerana perbuatan itu dilaknat Allah.
Mereka sering kali ‘melaung�kan’ kecenderungan mereka itu sebagai hak asasi yang perlu dihormati dan diiktiraf. Semua itu adalah budaya kebebasan dan keterbukaan yang diamalkan di negara Barat yang tidak boleh diterima.

Apa pun alasannya, perkara itu perlu segera ditutup dan disekat. Penonjolan watak songsang itu cukup memalukan, ditambah pula golo�ngan yang melakukan perkara itu mempunyai asas agama yang baik.

Terbaru, terdapat beberapa laporan media yang memaparkan perkahwinan sejenis yang dilakukan di negara Barat. Perbuatan itu jelas menyalahi agama, budaya dan adat masyarakat kita.

Perbuatan itu bukan saja salah daripada pandangan agama, malah menjadi kutukan kepada budaya sesebuah masyarakat bertamadun. Memang di negara Barat seperti Amerika syarikat, perkahwinan seperti itu dibenarkan.

Golongan homoseksual diangkat dan dirai dan mereka turut berbangga mengadakan festival berskala besar-besaran seperti ‘gay pride parade’ yang menjadi titik tolak kepada perkembangan gay di seluruh dunia.

Perubahan sosial itu menyebabkan perubahan dalam struktur, bentuk dan fungsi keluarga dan masyarakat. Selain itu, perubahan sosial seperti gerakan untuk memperjuang�kan hak asasi individu menyebabkan kewujudan ‘perkahwinan baru’ yang didasari gelojak hawa nafsu semata-mata.

Benarlah, apabila nafsu menguasai diri, akan hilang perasaan bersalah dan malu atas perbuatan terkutuk yang dilakukan. Namun pintu dan peluang bertaubat tidak pernah tertutup buat mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan dan meneruskan hidup berlandaskan fitrah.

Ketahuilah, tujuan Allah menciptakan manusia secara berpasang-pasangan itu untuk mereka saling berkenal-kenalan dan menikmati kehidupan sebagai pasangan terbaik dalam mengembangkan zuriat serta keturunan.

Perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu antara nikmat tertinggi Allah kurniakan kepada hamba-Nya supaya mereka dapat bersenang-senang dan dapat mengecapi bahagia bersama pasangannya.

Hakikatnya, jika perkahwinan sejenis diterima dan diamalkan dalam kehidupan, itu amat melampau! Dalam Islam, tidak dinamakan perkahwinan jika ia berlaku antara dua individu yang sama jantinanya.

Kemurungan antara kesan fizikal yang ‘terpancar’ daripada amalan perkahwinan sejenis, selain mereka menerima kesan lemahnya tenaga batin dan sentiasa dilihat kurang cergas.

Selain itu, ia pasti menjejaskan susur galur institusi kekeluargaan. Jangan disebabkan terlalu ‘melayan’ perasaan syaitan, mereka memalit kotoran menjatuhkan maruah ahli keluarga dengan kecenderungan songsang.

Adakah mereka yang mencari kepuasan daripada perbuatan yang bertentangan dengan norma kehidupan itu akan mendapat ketenangan dan kepuasan yang dicari-cari?

Sudah tentu tidak, malah ‘perkahwinan’ itu menjadi punca pupusnya zuriat manusia secara perlahan-lahan. Bagi mereka yang terbabit dengan amalan luar tabii itu, perlu diberikan bimbingan supaya mereka mengerti dan faham kesalahan yang mereka lakukan itu berdosa besar.

Allah melaknat perbuatan seks songsang hinggakan kaum dan kawasan yang mereka diami lenyap dari muka bumi ini.

Bala Allah tidak mengira sesiapa pun sama ada mereka lakukan atau tidak tetapi ia diturunkan kepada keseluruhan umat.

Lihat saja, bukti yang termaktub dalam al-Quran mengenai kisah kaum Nabi Luth yang dilenyapkan dari muka bumi ini. Kisah itu perlu dijadikan iktibar buat umat masa kini.

Dalam kisah Nabi Luth, Allah menurunkan hujan batu dan tanah liat panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegarkan ketika matahari terbit.

Islam agama lengkap yang mengajar segala urusan hidup termasuk berkaitan gender. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 36 yang bermaksud: “Dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan.”

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah menyelar golongan yang songsang iaitu lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

Abdullah bin al-Abbas berkata yang bermaksud: Rasulullah s.a.w melaknat orang lelaki yang berlagak seperti perempuan dan orang perempuan yang berlagak seperti lelaki. (Riwayat Al-Bukhari).

Perbuatan yang melampaui batas memberi kesan negatif jika tidak diberi perhatian sewajarnya memandangkan budaya itu boleh merosakkan agama, jati diri, mental, emosi, psikologi, zuriat serta nilai akal dan budi.

Jika budaya itu terus berleluasa, ia akan membuka ruang kepada hubungan yang tidak terkawal, mengagungkan seks serta penyebaran penyakit kelamin yang berbahaya.

Allah s.w.t mengingatkan manusia menjauhi amalan seks yang melampaui batas menerusi firman-Nya dalam surah Al-A’raaf, ayat 80-81 yang bermaksud: “Dan (Kami mengutus) Nabi Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, mengapa kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). Sungguh, kamu melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas.

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar berkata, segelintir golongan yang mengamalkan amalan keji itu hanya mahu memuaskan nafsu semata-mata.

“Pada peringkat ini, syaitan akan mengambil peluang menggalakkan si pelaku melakukan perbuatan terkutuk itu. Selain itu, jika ada umat Islam yang terjebak dengan amalan itu, mereka sudah hilang panduan beragama.

“Perbuatan itu haram hukumnya. Malah jika mereka membenarkan perkara yang diharamkan Allah s.w.t, mereka terkeluar daripada Islam,” katanya.

Beliau berkata, di Barat perkahwinan sesama jantina dibenarkan malah diberi pengiktirafan sehingga dalam upacara perkahwinan, mereka dirai dengan meriah.

“Dalam Surah Hud ayat 89 yang bermaksud: “Wahai kaumku, janganlah pertentangan antara aku (dengan kamu), kamu tertarik berbuat dosa sehingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh, kaum Hud atau kaum Saleh. Dan kamu Luth tidak jauh daripadamu.”

“Kisah kaum Luth itu perlu sentiasa dijadikan ingatan dan pengajaran. Nabi tidak mengaku umat jika seseorang lelaki cenderung atau minat kepada lelaki,” katanya.

Katanya, penting pendidikan dari kecil dengan mempersiapkan mereka dengan didikan agama dan panduan mengenai hukum halal dan haram dalam Islam.

“Memang tepat ungkapan mencegah lebih baik daripada merawat.

“Bagi mereka yang pernah melakukan kesilapan, kembalilah bertaubat. Itulah jalan dan cara terbaik selain dampingi individu yang boleh dipercayai,” katanya.

Beliau berkata, pada zaman sekarang pelbagai cara dan saluran untuk membantu golongan yang tersasar jauh itu kembali semula ke jalan yang benar dan diredai Allah.

“Setiap individu berperanan bagi memastikan ruang dan lubang maksiat untuk golongan ini bermaharajalela disekat dan ditutup serapat-rapatnya.

“Pihak berkuasa perlu sentiasa memantau dan menyediakan undang-undang berkesan supaya golongan ini sedar kesalahan yang mereka lakukan itu mengancam institusi kekeluargaan, agama, masyarakat dan negara,” katanya.

Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zain berkata, golongan yang ingin menikmati hidup berkeluarga bersama pasangan sejenis adalah manusia yang rapuh imannya.

“Walaupun ada yang mendapat pendidikan tinggi, dalam hati tiada jati diri sehingga hati mudah terpengaruh.

“Fikirkanlah apa yang mereka sudah lakukan ke atas keluarga yang turut menanggung perasaan malu dan kecewa atas tindakan dan keputusan yang mereka buat.

“Jika perbuatan itu tetap dilakukan, perumpamaan bukan lagi seperti menconteng arang di muka kaum keluarga tetapi ke tahap mencalit najis, malah mereka manusia tidak waras,” katanya.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)