• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Ijtimak Tabligh Satukan Umat Islam Sejagat

Oleh Ainol Amriz Ismail


IJTIMAK Dakwah Tabligh Sedunia yang berlangsung dari 8 hingga 12 Julai lalu di kawasan lapang berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang memperlihatkan resolusi dakwah yang berteraskan kesepakatan perpaduan ummah.

Hakikat itu diakui oleh Ahli Syura Malaysia, Sheikh Muhammad Sheikh Ali kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam taklimat 20 minit di khemah utama dalam lokasi ijtimak tersebut.

Kata Muhyiddin, jaminan telah diberi kepada pemimpin tabligh yang datang ke negara ini bahawa ijtimak itu bertujuan menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dalam pentarbiahan ilmu, didikan dan dakwah agar syiar Islam berkembang segar.

Selain Muhyiddin, turut meninjau dan bertemu dengan jemaah tabligh ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan beberapa menteri Kabinet.

Turut berangkat ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang telah berlangsung itu mengumpulkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara. Ia adalah kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu.

Kali pertama ia diadakan di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang. Sebahagian besar pengisian ijtimak kali ini adalah syarahan agama yang kemudiannya diterjemah ke pelbagai bahasa.

Berdasarkan laporan sekretariat, dicatatkan sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 buah negara termasuklah Senegal, Far East Russia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Reunion Island, Nigeria, Jerman, Belanda, Hong Kong dan banyak lagi sudah berkampung di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.

Terdapat 14 khemah gergasi didirikan di kawasan ini termasuklah satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara. Setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.

Anggota jemaah dari Palestin, Mohamad Ibrahim, 60, berkata, beliau gembira kerana dapat bersama-sama beribadat di negara ini, iaitu sebuah negara yang aman dan harmoni.

"Saya gembira kerana berada di negara ini. Saya dapat menunaikan ibadah dengan baik, tidak di negara saya yang sering berhadapan ancaman yang pastinya dari rejim zionis.

"Saya juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan semangat kepada rakyat Palestin dan saya amat terharu keprihatinan rakyat dan pemimpin negara ini," katanya.

Abdul Ghani Naghorghani, 47, dari Myanmar memberitahu, berada di negara ini dan mendapat ilmu melalui ijtimak tabligh membawa banyak berkat.

"Negara Malaysia akan dilindungi Allah. Di sini saya dapat menemui jemaah dari pelbagai negara dan saya bersyukur kerana dapat bersama-sama mereka selama lima hari di ijtimak ini. Banyak ilmu diperoleh melalui kuliah," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Halim Thabit, 50, dari China berkata, beliau kagum dengan negara Malaysia dan penerimaan rakyat terhadap kebebasan beragama.

"Ijtimak ini membuktikan bahawa Malaysia menerima sesiapa sahaja tetamu untuk datang berdakwah di sini. Saya melihat disinilah negara yang paling selamat. Tiada halangan untuk menjalankan ibadah, walaupun mereka hidup pelbagai kaum.

"Saya juga bertemu dengan rakan lain beragama Buddha, mereka kata kebebasan beragama di Malaysia amat dikagumi. Ini adalah negara terbaik yang pernah saya kunjungi," katanya.

Pada Ijtimak itu juga turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan, kopiah dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi ini. Ini menjadikan suasana cukup meriah di samping keunikan pemandangan lautan jemaah tabligh yang berhimpun di situ.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)