• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Ikram Loh Asyik Dengan Islam

29/12/2010

BELIAU suka membaca dan memerhati. Dari situlah hatinya terpaut terhadap Islam. Bahan bacaan yang digemari Mohd. Ikram Loh Abdullah atau nama asalnya Loh Kim Hua ialah buku agama tulisan Datuk Ismail Kamus atau menonton dan mendengar ceramah Datuk Harun Din.

Mereka ialah idolanya untuk mempelajari Islam dan merujuk sebarang kemusykilan.

Mohd. Ikram, 52, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Jitra, Kedah, memeluk Islam lewat usia 30an, walaupun minat untuk mengenali Islam sudah timbul sejak remaja.

"Saya memeluk Islam bukan kerana terpengaruh dengan rakan-rakan beragama Islam. Pendorong utama saya untuk menjadi seorang Muslim hadir dari dalam diri sendiri," kata anak ketiga daripada enam beradik ini.

Di bangku sekolah menengah lagi, walaupun beliau beragama Buddha, beliau banyak membaca buku agama Islam, ditambah pula ketika di Universiti Malaya, beliau mengambil pengkhususan dalam pengajian Melayu.

"Satu lagi, saya suka perhatikan dan amat tertarik dengan cara orang Islam melakukah ibadah. Solat berjemaah dan azan yang dilaungkan, menjadikan saya berasa tenang dan yakin dengan agama Islam," kata Mohd. Ikram ketika ditemui selepas menerima anugerah "Tokoh Saudara Kita" sempena sambutan Maal Hijrah 1432 peringkat negeri Kedah baru-baru ini.

"Sebelum peluk Islam saya sudah lakukan cara hidup Islam, seperti berpuasa selama dua hingga enam jam sehari, belajar solat menerusi bacaan dan menonton VCD sebagai sumber panduan saya," ujarnya.

Islam juga sebenarnya tidak asing di dalam keluarga Mohd Ikram sebelum itu kerana kakaknya telah terlebih dahulu memeluk Islam sekitar tahun 80-an.

Penerimaan keluarga katanya beliau mengambil masa yang lama menangguhkan hasrat memeluk Islam di usia remaja kerana mahu menjaga hati ibu.

Mohd. Ikram memeluk Islam pada Mac 1993.

"Ketika itu saya sudah bersedia. Saya sudah bekerja dan mampu berdikari serta bebas menentukan hala tuju hidup saya sendiri," katanya sambil mengukir senyuman.

Bagaimanapun pada ketika itu beliau belum bersedia untuk mendedahkan statusnya sebagai seorang Islam.

Untuk mengelak diri daripada diketahui mereka yang rapat dengannya, termasuk keluarga, beliau sering berpindah masjid untuk solat berjemaah.

"Tapi pada suatu hari saya terserempak dengan seorang kenalan ketika dalam perjalanan pulang dari masjid dan sejak hari itu semakin ramai kenalan terdekat mengetahui bahawa saya sudah peluk Islam," katanya.

Kahwin kepada keluarganya, berita dikhabarkan saat Mohd. Ikram menyuarakan rancangan untuk berkahwin dengan wanita Islam.

Penerimaan keluarga pada mulanya agak dingin tetapi lama kelamaan mereka menerimanya, katanya.

"Ibu saya Tan Ah Soo berumur 69 tahun dan beliau kini menerima saya sebagai anak yang beragama Islam dan hubungan kami anak-beranak kini bertambah baik.

"Setiap kali menjelang perayaan Cina, saya akan balik kampung meraikannya bersama keluarga," kata Mohd. Ikram.

Aktif berpersatuan, keluarga barunya pula bertindak sebagai tulang belakang yang banyak membantu dan membimbing Mohd. Ikram, terutama isterinya Tom Pah Chom Sharif Taha, 42.

"Keluarga sebelah isteri banyak membantu saya dalam menempuh segala kekangan termasuk soal agama. Saya bersyukur kerana mereka boleh menerima saya seadanya," katanya.

Mohd. Ikram gemar melibatkan diri dalam aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan kini beliau menyandang jawatan Setiausaha Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis.

Persatuan berkenaan bertanggungjawab menjaga kebajikan saudara baru Islam di sekitar Kedah dan Perlis dan mempunyai seramai 48 orang anggota yang berdaftar.

"Persatuan kami ini dibuka khusus untuk orang Cina yang baru peluk Islam, namun kaum lain yang berhadapan masalah semasa bergelar Muslim, juga boleh datang kepada kami," katanya.

Persatuan itu akan berusaha sedaya mungkin dalam hal membimbing dan membantu saudara baru agar mampu menjalani kehidupan berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

"Realitinya ada juga segelintir mereka yang cenderung berbalik semula kepada agama asal kerana tidak ada tempat bergantung dan berbincang soal agama.

"Terdapat juga saudara baru yang masih amalkan cara hidup lama minum arak dan makan makanan tidak halal", kata Mohd Ikram yang juga anggota Jawatankuasa Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) Kedah.

Memahami masalah dan cabaran saudara baru, Mohd Ikram menasihatkan mereka supaya banyak bersabar dan yakin dengan kebesaran Allah.

"Apa yang perlu kita buat ialah ikhlas dengan sesuatu yang dilakukan dan lakukan dengan penuh pemahaman dan sepenuh hati," katanya.

- BERNAMA

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)