• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Islam Kena Bersatu Hapus Kezaliman Israel

Oleh Abdullah Md Zain

2010/06/10
Demonstrasi masyarakat antarabangsa tiada kesan halang kekejaman tentera, rejim Zionis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul di Dewan Rakyat Isnin lalu, mengutuk serangan kejam tentera rejim Zionis Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Dalam pembentangan usul itu, beliau menyebut empat peristiwa besar membabitkan salah laku ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis. Pertama, bermula lebih 60 tahun lalu apabila penduduk Palestin dihalau keluar dari kampung halaman secara kejam oleh Israel. Kedua, sekitar akhir 1960-an, selepas peperangan enam hari didirikan pula penempatan haram tanpa rasa bersalah dan segan silu. Kemudian, peristiwa ketiga pada 1982, tentu tidak dapat dilupakan iaitu tragedi serangan ganas ke atas kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdosa di Kem Pelarian Shabra dan Shatila.

Keempat pula, serangan ketenteraan rejim Zionis ke atas wilayah Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua.

Dengan lulusnya usul khas mengutuk Zionis Israel itu, Malaysia menjadi antara negara dunia yang secara rasmi menyatakan dengan jelas kutukan terhadap kekejaman Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara dan mengorbankan sembilan aktivis damai misi Freedom Flotilla.

Sebenarnya kejahatan, keburukan dan tidak berakhlak orang Yahudi ini, dilalui oleh Rasulullah SAW dan umat Islam di sepanjang sejarahnya. Perhubungan di antara orang Islam dan orang Yahudi wujud setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, kerana penduduk Madinah pada masa itu terdiri daripada tiga golongan, iaitu orang Islam meliputi Muhajirin dan Ansar; orang Yahudi terdiri daripada Bani Qaynuqa, Bani Qurayzah dan Bani al-Nadir; dan orang Arab yang belum memeluk agama Islam.
Rasulullah SAW mengambil pendekatan untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama serta persefahaman dengan ketiga-tiga puak Yahudi itu. Hak orang Yahudi diberi secukupnya di dalam pembentukan Piagam Madinah, kebebasan beragama adalah dijamin untuk semua.

Penduduk Madinah yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam hendaklah bekerjasama dari segi moral dan material. Mereka sama-sama berkewajipan untuk mempertahankan Madinah kalau sekiranya ada serangan dan pencerobohan dari luar.

Perhubungan orang Islam di Madinah dengan orang Yahudi tidak berdasarkan sifat mereka sebagai orang Yahudi, tetapi mengikut sikap mereka terhadap Islam dan negara Islam. Oleh itu, ketika orang Yahudi Bani Qaynuqa menunjukkan sikap penentangan terhadap Islam, Rasulullah SAW mengambil tindakan ke atas mereka dengan diusir keluar dari Madinah.

Tetapi hal ini tidak menghalang Rasulullah SAW daripada memeterai perjanjian dengan kumpulan orang Yahudi lain yang ada di Madinah seperti Banu al-Nadir dan Bani Qurayzah. Mereka diakui sebagai warga negara Islam dan diberi kebebasan menjalankan amalan serta peraturan agama mereka tanpa gangguan daripada pemerintah Islam selama dan selagi mereka tidak melanggar undang-undang negara Islam.

Tetapi sekiranya mereka berbuat demikian, mereka akan diambil tindakan setimpal dengan kesalahan mereka, seperti berlaku kepada Bani al-Nadir dan Bani Qurayzah. Sungguhpun begitu, apabila Rasulullah SAW kemudian menyerang penempatan orang Yahudi, termasuk Bani al-Nadir yang diusir dari Madinah, di Khaybar, Rasulullah SAW membenarkan orang Yahudi terus tinggal di situ setelah mereka mengakui kekuasaan negara Islam.

Yahudi atau Bani Israel banyak sekali disebut di dalam al-Quran dengan sifat yang keji, seperti hasad (dengki), suka menimbulkan huru hara, tidak menghormati perjanjian, dan musuh paling ketat terhadap orang beriman. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 82 yang bermaksud: “Demi sesungguhnya akan engkau dapati orang yang paling ketat permusuhannya terhadap orang beriman ialah orang Yahudi dan Musyrik”.

Allah juga berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 155 yang bermaksud: “Maka (Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan) kerana mereka melanggar perjanjian itu, dan kerana kekafiran mereka terhadap keterangan Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa (alasan) yang benar”.

Dalam surah Al-Isra’ ayat 4 Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Dan telah kami tetapkan terhadap Bani Israel di dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan dalam muka bumi ini dua kali, dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”.

Zionisme secara asasnya tidak lebih daripada fahaman nasionalisme Yahudi. Sebagai gerakan politik, aktiviti Zionisme bertujuan menghimpun kaum Yahudi dan membawa mereka menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Gerakan ini muncul pada abad ke-19 di bawah pimpinan ketuanya yang pertama bernama Theodore Herzl (1860-1904).

Sebelum kaum Yahudi yang tinggal di pelbagai tempat di Eropah datang ke Palestin, kalangan Zionis memerlukan sokongan dari luar. Ketika usaha awal dilakukan oleh mereka, Palestin adalah sebahagian negara Arab Asia Barat yang didiami penganut Islam, Kristian dan Yahudi yang berasal dari negara Arab, terletak di bawah Empayar Uthmaniah Turki.

Herzl pada mulanya cuba mendapatkan keizinan Empayar Uthmaniah untuk membeli tanah di Palestin bagi menempatkan kaum Yahudi yang ada di pelbagai tempat di dunia masa itu. Oleh kerana permohonannya gagal, maka Zionis melalui Dr Chain Weizman, salah seorang pengasas gerakan Zionisme cuba mendapat sokongan Jerman.

Apabila percubaan kedua ini gagal, maka pada 1916, pertubuhan Zionis sedunia menghantar memorandum kepada Pejabat Luar London meminta sokongan kepada Zionisme atas alasan politik dan ketenteraan.

Sungguhpun Inggeris sebelumnya menjanjikan kemerdekaan kepada orang Arab iaitu terhadap tanah mereka termasuk Palestin, Pejabat Luar London akhirnya membuatkan janji dan jaminan kepada orang Yahudi di dalam Deklarasi Balfour, pada 2 November 1917 di mana Inggeris merestui penubuhan sebuah tempat tinggal untuk orang Yahudi.

Dengan menggunakan deklarasi ini, Zionis berusaha memperoleh tanah di bumi Palestin dengan apa cara, termasuk tekanan, rasuah dan dengan cara paksa mengambil tanah daripada petani Palestin. Pada masa penubuhan negara Yahudi pada 1948, orang Yahudi hanya memiliki tiga peratus daripada tanah bumi Palestin yang luasnya 13,000 batu persegi dengan penduduk berjumlah 1,200,000 orang.

Sejak penubuhan negara Yahudi, Zionis dengan kejam membunuh ribuan rakyat Palestin yang tidak berdosa, merampas dan memusnahkan kampung halaman dan tempat tinggal mereka. Kekejaman inilah menyebabkan Zionis amat dikecam oleh Islam dan negara-negara Islam.

Keganasan, kekejaman dan tidak berakhlak rejim Zionis Israel yang dilakukan secara terbuka dan tidak berselindung terhadap penduduk Gaza, Palestin menunjukkan kepada dunia bahawa Zionis Israel tidak takut dengan kecaman dan demonstrasi di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Bagaimanapun, kecaman dan demonstrasi ini perlu dipuji kerana berani menyatakan pendirian dengan tindakan membuat kutukan keras terhadap jenayah yang dilakukan oleh Zionis Israel. Umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu membentuk pasukan kuat, menggunakan segala kelebihan yang ada bagi membantu penduduk Palestin yang ditindas dengan kejam oleh rejim Zionis Israel.

Misi keamanan ini sebenarnya langkah terpuji oleh masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Britain, Australia, Greece, Kanada, Malaysia, Algeria, Serbia, Belgium, Ireland, Norway, Sweden, Kuwait dan Amerika Syarikat.

Keadilan perlu disokong, kezaliman perlu dicegah dan dihapuskan, maka barulah keamanan dan kesejahteraan dapat dizahirkan.

Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)