• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Jaga halal, haram

IBADAT bagi Muslim berhubung rapat dengan makanan dan minumannya, iaitu yang halal lagi suci, bersih daripada segala kekotoran, walaupun kadangkala ia tidaklah enak untuk ditelan.

"Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya." (al Baqarah:172)


Islam memberikan penekanan terhadap aspek pemakanan dan pada dasarnya manusia dibenarkan menikmati apa saja selagi ia halal, bersih dan selamat, bahkan memberikan khasiat dan memelihara kesihatan.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (al-Baqarah:168)

Makanan halal juga menjadi antara faktor doa seseorang diperkenankan. Dalam satu hadis, diceritakan keadaan orang lelaki yang kelihatan kusut rambutnya kerana tidak pernah dibersihkan.

Warna mukanya berdebu kerana lama dan jauh dalam perjalanannya sambil mengerjakan ketaatan kepada Allah dan berdoa menghulurkan dua tangannya ke langit lalu berkata: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Berikanlah kepadaku, sampaikanlah hajatku."

Demikianlah hal orang itu yang berharap supaya diterima doanya. Tetapi malang pula nasibnya kerana berdoa dalam keadaan sedemikian rupa, tidak diperkenankan dan hajatnya tidak dimakbulkan.

Ini disebabkan dia tidak memenuhi syarat yang sangat diperlukan dalam berdoa iaitu makanan, minuman dan pakaian yang halal.

Sebagaimana diterangkan Rasulullah, makanan, minuman dan pakaiannya haram. Pendek kata semuanya haram, malah darah yang mengalir di dalam tubuh badannya juga adalah haram.

Justeru, doanya tidak diperkenankan walaupun dia ber sungguh-sungguh dan sangat berhajat disebabkan halangan yang dicipta diri sendiri. Sekiranya tiada halangan itu, kemungkinan doanya diperkenankan.

Menurut satu cerita, pernah dikatakan mengenai Saad bin Abi Waqqas, di antara sahabat Rasulullah s.a.w, beliaulah satu-satunya orang yang diperkenankan permintaan doa nya.

Beliau menerangkan: "Bahawa aku tidak pernah meng angkat ke mulutku sesuatu makanan melainkan aku tahu dari mana datangnya dan dari mana pula keluarnya."

Selain itu, ada lagi beberapa perkara yang menghalangi penerimaan doa seseorang, iaitu segala perbuatan yang haram atau maksiat dan kesalahan kerana meninggalkan yang wajib.

Pada satu masa Nabi Musa a.s melihat seorang lelaki mengangkat dua tangannya kerana berdoa kepada Allah dengan cara bersungguh-sungguh, kemudian mengadu nasib orang itu kepada Allah, dengan katanya:

"Wahai Tuhanku! Hamba Engkau ini memohon kepada Engkau supaya Engkau kasihi dia, kerana Engkau Tuhan yang Maha Mengasihani dari segala yang kasih, jadi apakah yang Engkau lakukan pada hajatnya!"

Allah memberitahu kepadanya: "Wahai Musa! Kalau dia mengangkat kedua belah tangannya sehingga putus se kalipun, Aku tidak mahu memenuhi hajatnya, sehingga dia sendiri memenuhi hak Aku."

Dalam satu lagi kisah, ketika Ibrahim bin Adham (ahli sufi yang masyhur) berada di tengah pasar Basrah beliau di kerumuni orang ramai.

Antara mereka ada yang bertanya: "Mengapakah doa me reka tidak dimakbulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepada-Nya?"

Beliau menjawab: "Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya.

- Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

- Kamu sudah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

- Kamu sudah makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.

- Kamu sudah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

- Kamu sudah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

- Kamu sudah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.

- Kamu sudah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

- Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

- Kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Seorang periwayat hadis yang sangat warak, Malik bin Dinar berkata: "Bahawa sudah ditimpa bencana ke atas Bani Israel. Kemudian mereka keluar ke tanah lapang untuk berdoa.

Lalu Allah wahyukan kepada nabi mereka untuk diberi tahukan kepada mereka, bahawa mereka keluar dengan badan yang najis dan mereka mengangkat kepada-Ku tangan mereka yang mereka gunakan untuk menumpahkan darah dan memenuhkan rumah mereka dengan benda yang haram.

Sekarang makin bertambahlah kemurkaan-Ku ke atas mereka dan mereka makin jauh dari-Ku."

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)