• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Jalin Hubungan Baik Dengan Bukan Islam Digalak

APABILA berlaku kecaman terhadap Islam atau salah faham mengenai ajarannya, kita selalu meminta supaya bukan Islam atau pihak yang berpandangan negatif untuk cuba memahami serta mendapatkan maklumat yang betul mengenai Islam.

Namun, adakah kita pernah cuba memahami atau belajar daripada mereka dalam usaha menjalinkan hubungan dengan bukan Islam sebagai cara mengelak berlakunya salah faham atau persepsi negatif terhadap Islam dan umatnya.

Tepuk dada tanya diri, kerana hakikat itu tidak boleh dinafikan kata Imam Persatuan Masyarakat Islam di Greater Oklahoma City, Suhaib Webb pada ceramahnya berjudul` Kita Semua Adalah Anak Adam’ anjuran Muslim Professionals Forum di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti al-Azhar Mesir berkata, adalah bahaya kerana sekarang ia persepsi mengenai Islam boleh dibuat daripada maklumat diperoleh melalui internet.

Justeru katanya, salah satu cara untuk mengubah persepsi serta menjelaskan mengenai Islam ialah melalui gerakan antara agama bukan saja mengajak bukan Islam mengenali Islam, orang Islam juga menjalinkan hubungan baik dengan bukan Islam.

Pada masa sama, umat Islam bukan saja perlu menunjukkan Islam sebenar melalui cara hidup mereka malah, mendalami Islam kerana banyak tanggapan serong dilemparkan terhadap Islam dan penganutnya disebabkan sikap mereka sendiri.

“Seorang rakan saya yang bukan Islam berjaya membaca terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris selama dua minggu. Kemudian dia tanya mana al-Quran yang kedua dan saya tanya kembali kenapa dia bertanyakan al-Quran yang kedua pula.

“Katanya, Muhammad yang disebut dalam al-Quran tidak sama dengan Muslim di luar sana. Dan jangan terkejut juga apabila anda berjumpa dengan bukan Islam yang bukan saja kenal ilmuwan Islam malah tahu karya dihasilkan cendekiawan itu,” katanya.

Beliau juga menyelar sikap umat Islam yang dengan mudah suka mengkafirkan atau mengatakan orang lain kafir kerana tiada siapa boleh melabelkan seseorang itu kafir melainkan hakim dengan sebab serta alasan tertentu.

Katanya, dalam al-Quran juga hanya dua kali menyebut ‘wahai orang kafir’ yang dikaitkan dengan aspek kepercayaan tetapi dalam banyak perkara, Allah menyebut ‘wahai orang beriman, wahai manusia atau wahai ahli kitab’.

Berkongsi kisah hidup bersama ibu yang tidak memeluk Islam, Suhaib berkata, adakalanya fahaman bukan Islam mengenai Islam serta ajarannya lebih baik berbanding umat Islam sendiri. Oleh itu, katanya, tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh seseorang itu kafir.

“Jangan jadikan perkataan kafir satu perkataan yang biasa. Saya orang Islam, awak orang kafir. Mereka adalah orang yang tinggal dengan kita dan orang yang berada di sekeliling kita. Emak saya selalu membangunkan untuk solat Subuh dan emak saya tidak memeluk Islam.

“Malah, kalau saya balik lambat dan sudah masuk waktu solat Maghrib, dia yang akan marah. Emak saya bukan Islam tetapi menderma kepada orang Islam. Saya boleh katakan emak saya lebih Islam daripada orang Islam,” katanya.

Beliau menyarankan umat Islam berpegang kepada firman Allah yang menyeru manusia berkenal-kenalan supaya mereka boleh memahami serta mempelajari antara satu sama lain kerana cara itu lebih baik.

Suhaib juga mengingatkan umat Islam menjaga hubungan persaudaraan bukan saja sesama umat Islam, juga dengan bukan Islam kerana tanpa semangat bersatu padu itu, umat Islam tidak akan stabil dan iman menjadi lemah.

Beliau mengaitkan apa yang disarankan ajaran Islam supaya umatnya berbuat baik dan itu tidak dihadkan kepada orang Islam saja kerana Allah tidak menghalang umat Islam berbuat baik kepada bukan Islam.

“Nabi Ibrahim bagi salam kepada bapa baginda yang tidak beriman tetapi kita hari ini sibuk memikirkan boleh atau tidak memberi salam kepada bukan Islam. Pemahaman salah terhadap agama Islam itu menyebabkan apa yang kita katakan ‘membuli teologi’.

“Remaja di Kuala Lumpur tidak akan mencari saya jika mereka melakukan kesalahan tetapi jika mereka ada masalah, mereka cari orang lain atau rakan sebaya supaya tidak ada rasa takut. Ia kerana mereka takut untuk berjumpa imam disebabkan penderaan terhadap agama itulah,” katanya.

Katanya, membuli agama ialah menjadikan orang lain takut kepada ajaran Islam disebabkan sikap tegas tidak bertempat hingga tercipta masalah melampau terhadap agama bukan memperbetulkan salah anggap kepada agama.

Suhaib berkata, 40 peratus rakyat Amerika Syarikat mengatakan mereka takutkan orang Islam dan dapat difahami wujudnya kumpulan itu kerana mereka tidak mengenali Islam serta umatnya atau mengenali Islam daripada pandangan mata kasar saja.

“Apa orang bukan Islam kata mengenai sindrom jihad mendadak (pengebom berani mati) ialah jika semua umat Islam terkena penyakit itu, semua orang bukan Islam akan mati. Bayangkan juga jika mereka terbaca ayat bahawa orang Islam akan lawan hingga orang itu mengucap syahadah.

“Oleh itu, kena faham akidah bukan siapa saya dan siapa yang saya tidak. Kita sibuk fikir sama ada Allah ada tangan atau Allah ketawa tak, tetapi gagal untuk menjadi Muslim sebenarnya. Di Miami, setiap Jumaat orang Islam beri makanan kepada mereka yang tidak berumah termasuk bukan Islam.

“Elakkan fahaman salah atau penderaan terhadap agama Islam kerana Islam tidak datang untuk memusnahkan budaya tetapi memperbaikinya menjadi lebih baik. Jadi, lakukan penilaian semula kerana Nabi Muhammad kata, jangan biarkan mereka jauh, tarik mereka,” katanya.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)