• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Kaedah Menghadapi Remaja Bermasalah (1)

Berhadapan dengan remaja yang sudah rosak tidak sama dengan remaja yang belum rosak. Kalau remaja sudah rosak, daripada jahat, hendak jadi baik, tidak dapat dilakukan secara mendadak. Menghadapi hal ini kita perlukan 2 langkah pemulihan :

1. Pendekatan awal, di kawasan transit

2. Pendidikan untuk dibawa ke satu keadaan cinta Tuhan dan takut Tuhan, langkah kedua ini dilakukan apabila remaja tadi sudah cukup stabil keadaannya.

Pendidikan langkah kedua adalah pendidikan dalam kes umum, dan tidak akan dibahas disini, sila rujuk buku Pendidikan Rasulullah karya ASIAMAT,

Kaedah Transit, Kaedah Peralihan

Budak yang sudah rosak, yang bermasalah, bila kita terapkan terus disiplin yang ketat, tidak akan berkesan. Mereka tak akan sanggup berlama-lama belajar secara formal di kelas. Mereka lebih suka sembang-sembang dan lepak-lepak. Sebahagiannya bahkan sudah tidak boleh diajak berfikir. Waktu jiwa sudah rosak, otak tidak boleh dipakai lagi. Kita kena tawan jiwanya dahulu. Kuliah hanya dibuat sebelah pagi sahaja. Remaja seperti ini, bila dengar ada peraturan, mereka sanggup lari. Kalau kita cakap undang-undang, itu cukup menyakitkan mereka. Undang-undang, hukuman yang tegas akan membuat mereka bertambah liar. Segala kaedah yang tegas akan membuat mereka bertindak balas lebih ganas.

Remaja yang sudah rosak, senang dengan hiburan rosak, mereka tidak akan sanggup untuk berubah secara mendadak dari rosak terus ke baik sangat. Oleh itu, pada peringkat awal, hendak mengalihkan mereka dari kiri ke kanan, kita bawa mereka dari rosak, kepada keadaan transit. Keadaan atau kawasan transit, atau kawasan neutral ini ialah dimana kita berikan mereka didikan dengan menggunakan perkara-perkara yang harus. Misal, mereka suka pada hiburan, maka di kawasan transit ini kita berikan mereka hiburan-hiburan yang diharuskan dalam Islam yakni tidaklah salah dan tidaklah baik tetapi 'harus'. Kita beri mereka barang atau perkara yang harus, dimana perkara yang harus ini, orang yang jahat dan yang baik boleh terima. Misalnya : belanja makan, tidur di hotel dengan diawasi, ke pantai, jala ikan,dll. Bila mereka sudah stabil, barulah mereka ditingkatkan kepada yang baik.

Perlu diingat bahwa kita tidak boleh confident melulu, sebab yang kita hadapi ialah perasaan-perasaan mereka, keinginan-keinginan mereka sedangkan kita sendiri sedang berdepan dengan masalah keinginan-keinginan kita yang kadang-kadang kita tidak mampu kawal. Ini adalah cabaran yang sungguh besar. Kita berada satu seberang sungai manakala mereka di satu seberang lagi. Kawasan transition itu adalah air yang sangat merbahaya. Kalau kita tidak pandai kemudi, kita akan hanyut. Lebih-lebih lagi bila kita berhadapan dengan kes-kes dadah, bohsia, bohjan, HIV, dll. Oleh itu marilah kita menambahkan takut kepada Allah kerana atas takut itulah Allah berjanji untuk mengajar kita untuk selesaikan masalah ini. Marilah kita usahakan untuk dapat taqwa, untuk sembahyang kusyuk, untuk berzikir, mudah-mudahan Tuhan membantu usaha kita

Beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam melaksanakan kaedah transit ini adalah sebagai berikut :

1. Kasih sayang adalah pengisiannya

Kawasan transit adalah kawasan di mana kita hendak menarik anak-anak kita dari kawasan gelap ke kawasan terang. Dalam tempoh transit ini, kasih sayang adalah pengisiannya. Maka kita perlu berikan kasih sayang yang murni dan global walaupun mereka bukan darah daging kita. Sebagai manusia yang bertanggung jawab pada Tuhan, patut kita merasa sedih bila remaja tidak mengenal Tuhan, jauh dari kehidupan seperti yang Tuhan kehendaki. Kalaulah kita dapat bayangkan, bagaiman perasaan ibu ayah mereka yang mungkin menangisi anak-anak mereka setiap malam. Marilah kita hayati, untuk kita merampas mereka semula dari satu kawasan rohaniah yang sangat jauh dari kita.

Kasih sayang yang diberikan secara tidak tepat juga akan menimbulkan masalah baru. Oleh itu setiap orang tua, pendidik, pemimpin memerlukan ilmu yang tepat tentang kasih sayang yang berlandaskan Tuhan dan syariatNya. Panduan tentang cara memberi kasih sayang yang tepat dapat dirujuk pada bab yang awal dalam buku ini : ‘Berilah mereka kasih sayang dengan cara yang tepat’.

2. Kenalkan Tuhan sebelum syariatNya

Dalam kuliah-kuliah rasmi dan tidak rasmi banyakkan cerita tentang Tuhan. Jangan beratkan soal ibadah sunat. Selesaikan ibadah asas tapi banyakkan cerita tentang Tuhan. Sebaiknya huraikan apa yang mereka amalkan seharian. Huraikan apa itu azan? Apa pentingnya azan? Ajak mereka memahami bahawa azan itu besar. Selama ini bila azan dia boring sebab dia tidak faham. Ceritakan tentang kebesaran Allah melalui lafaz Allahu Akbar.

Program ibadah, digilir-gilirkan Imamnya kemudian bacalah doa dengan suara yang kuat. Kadang-kadang dalam bentuk arahan, arah mereka hafal doa umpamanya, mereka tidak akan ikut. Bila dibuat bukan dalam bentuk arahan, mereka akan buat.

3. Jangan mengherdik, jangan menghina

Dalam menghadapi pelajar, approach mesti tepat, dimana kata-kata guru mesti dituju pada hati mereka. Hindari dari mengherdik, menghina, sebab selama ini mereka sudah rasa terhina. Walau mereka melakukan kejahatan, namun fitrah mereka sangat merasa terhina bila disebut orang jahat. Stail mengarah-mengarah, mengugut-ngugut, bahkan kalau kita mengherdik, misal kita kata: 'tak sedar diri', kita tengok nanti dia akan bertindak balas.

Walaupun tujuan guru baik, tapi bila cara menyampaikannya salah, prejudis dengan murid, maka hasilnya akan jadi lain. Contoh, untuk memberikan kesedaran pada murid yang memang kuat merokok, tentang bahaya merokok, seorang guru meminta pelajarnya membaca sebuah tulisan dalam akbar bertajuk 'rokok dapat mendorong seorang untuk merogol'. Walaupun niatnya baik, apabila guru meminta pelajar tersebut membacanya sambil berkata : 'ini ada kaitan dengan kamu. Sekarang rokok, nanti rogol.' Tentu akan marahlah pelajar tersebut. Oleh itu Cara guru bercakap kenalah tepat. Orang sakit kalau ditikam lagi bertambah sakitnya. Teknik pendekatan perlu dibetulkan.

Apabila diminta membacakan berita-berita yang menakutkan dalam akhbar, guru perlu betul cara pendekatannya kepada anak murid supaya anak-anak murid faham. Contohnya terhadap kes rogol di atas, guru boleh kata:

"Masyarakat kita telah rosak semuanya. Termasuk umat Islam. Kitalah yang bertanggungjawab untuk membaikinya. Sama-samalah berusaha membaikinya. Tidak ada orang lain lagi yang hendak bertanggungjawab. Cikgu cakap ini supaya kamu ada rasa hendak membela. Hendak menyelamatkan."

Mendengar perkataan guru seperti itu, tentu sejuklah hati anak didik. Dengan sangka baik dandorongan dari guru, akan bertambahlah kekuatannya untuk segera berubah menjadi anak yang baik.

*akan bersambung...

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)