• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Kaedah Menghadapi Remaja Bermasalah (2)

KAEDAH TRANSIT


4. Beri mereka hiburan yang 'harus'

Kerana mereka suka berhibur, maka perlulah mereka diberi hiburan yang hukumnya 'harus' sebagai alternatif. Misal mandi pantai, makan di restoran, tunggang kuda, dll. Kebiasaan lepak mereka boleh diganti dengan cara 'lepak' yang menghasilkan. Misal dengan menjala ikan, yang boleh menghasilkan ikan, berkebun, dll.

Dengan hiburan ini pula menjadi sebab guru dapat bertambah kenal anak muridnya , yang baik adalah untuk dapat disuburkan, apa-apa yang buruk adalah untuk dibaiki dan diganti dengan sifat-sifat dan perangai yang baik. Sayangnya, kebanyakan guru bila mengajak anak-anak rehlah, guru berfikir, dengan jalan-jalan ini mudah-mudahan mereka terhibur dan lepas itu lebih mudah dididik. Itu guru yang tak bijak. Patutnya dengan ajak mereka keluar ini kita boleh lihat bagaimana peribadi mereka, mana yang tamak, apa perbualan mereka, dll. Kalau di kelas, kita tak nampak perangai sebenar dari pelajar, tak nampak baik buruknya, sebab diikat dengan disiplin. Tapi bila bergaul, waktu makan, maka terlihatlah sikap-sikapnya. Contohnya, sifat kepimpinan tidak dapat diukur dari nilai akademik yang tinggi di kelas, atau taat guru di kelas, sebab walaupun demikian belum tentu dia yang berpengaruh di kelas.

5. Sibukkan mereka dengan berbagai program

Guru yang baik mesti banyak idea untuk dapat mengisi waktu pelajar hingga mereka tak sempat berfikir perkara-perkara yang salah yang selama ini mereka 'khusyu' dengannya. Program hendaknya diatur untuk mengisi masa 24 jam. Guru yang bertanggung jawab, tidak akan melepaskan anak didik di kawasan transit ini dari pandangannya. Guru akan merancnag program mereka sehinggalah anak didik tidur.

Misalnya. Melatih mereka dalam bidang kebudayaan : persembahan nasyid, lakonan, deklamasi sajak, pengacara, pembaca berita.

Dalam nak mempersiapkan persembahan ini, guru-guru hendaknya faham bahawa dengan aktiviti ini guru bukan saja hendak mencungkil bakat pelajar, tapi juga sebagai cara agar guru dapat lebih kenal pelajar : mana yang masih ada sombong, mana yang nak tonjol diri, dll.

Sebagai contoh, bila kita tengok anak-anak yang berani ke depan, kena tengok juga apakah ada unsur sombong, megah. Bila ada unsur megah, maka kita tarik sedikit ke belakang. Sebaliknya, anak didik yang ada bakat tapi pemalu, guru hendaknya memberikan dorongan dengan melatih-latih anak didik tersebut untuk ke depan. Yang seringkali berlaku, biasanya anak yang cenderung hendak ke depan, dia saja yang kita suruh. Pelajar yang pemalu tapi ada bakat, tak disuruh ke depan. Akhirnya keduanya rosak. Ini bukan satu kerja mudah, oleh kerananya jika guru mahu mereka manjadi betul, maka guru hendaklah bertungkus lumus betulkan dirinya, dan perlu perbanyakkan pengalamannya.

Melatih mereka untuk membuat berbagai persembahan budaya ini, memberikan sekurangnya 2 faedah penting:

1. Mencungkil bakat pelajar

Umat Islam mesti mempersiapkan ramai orang untuk melakukan peperangan budaya dengan budaya yang sudah rosak di dunia sekarang ini. Umat Islam mesti bersungguh sungguh membuat filem, drama, persembahan nasyid dan bentuk persembahan lainnya sebagai alat untuk mengajak masyarakat pada Tuhan. Dengan melatih anak didik di bidang-bidang ini, guru dapat melihat bakat-bakat yang ada, untuk kemudian dipupuk, disiapkan hingga siap.

2. Terkandung berbagai unsur didikan

Selama ini, mereka sangat menghayati perkara-perkara perkara yang jahat, hingga menjadi kebiasaan hidupnya. Di sisi lain, mereka suka akan hiburan. Oleh itu, guru hendaknya memandu mereka untuk membuat hiburan yang dapat menambah penghayatan mereka pada Tuhan, pada sembahyang.
Misalnya

* Guru sepatutnya membantu mereka untuk memilih skrip lakonan, dimana di dalamnya tidak ada lakonan tentang orang-orang jahat. Pilih skrip yang hanya ada lakonan orang-orang baik saja. Sehingga dengan latihan dalam lakonan, akan membantu mereka untuk dapat penghayatan pada Tuhan, pada kebaikan. Penghayatan pada yang baik secara perlahan akan menghapus penghayatan pada yang jahat.

* Guru mesti kreatif untuk memilih dan memandu mereka dalam membuat skrip yang menarik, Hingga mereka kata:"Bodohnya aku, dulu aku hayati yang jahat, tapi hiburan disinilah lebih baik." Kalau diibaratkan benda, yang akan disembahkan kena lebih baik dari yang jahat. Kalau selama ini mereka seronok dengan yang jahat, bagaikan 'emas', maka kita kena tawarkan ‘berlian’. Kalau benda baik disembahkan dengan cara yang tidak kreatif, misal ceramah yang membosankan saja, maka yang baik tersebut bukan disembahkan dalam bentuk ‘berlian’ tapi bagai ‘batu akik’. Tentu mereka tak akan tertarik dengan hiburan yang baik tapi tak kreatif ini.

* Guru sepatutnya monitor hingga lakonan pun dapat mendidik atau memupuk kebaikan anak didik.Guru-guru mesti hayati anak didik, hingga guru dapat memilih peranan yang tepat untuk setiap anak. Bila tidak menghayati anak didik, maka akan berlakulah pemilihan pelakon dan anak didik yang tidak tepat. Patut pelajar A jadi pelakon 'X', pelajar B jadi pelakon 'Y', tapi yang terjadi sebaliknya. A jadi 'Y', B jadi 'X'. Misal pelajar A, yang mesti diasah kematangan, kepimpinan, usiapun dah tingkatan university, patutnya sudah macam ulama, doronglah ke arah itu. Pelajar B pula, jauh lebih muda, belum lagi terlalu terserlah bakat di bidang nasyid. Satu kesilapan bila dalam lakonan ada ulama & penasyid, kita pilih A jadi penasyid saja, sedangkan dia sudah dikenali sebagai penasyid, sedang pelajar B mengambil pelakon ulama. Patutnya, A jadi ulama, untuk menajamkan lagi bakat kepimpinan dan kebolehannya bersyarah.

Dasar penilaian yang utama dalam menilai hasil persembahan pelajar adalah sejauh mana persembahan tersebut dapat menyentuh perasaan penonton untuk dibawa pada Tuhan. Jika dalam satu persembahan, walau kreatif sekalipun tapi 'message' nya kurang, bahkan di dalamnya ada unsur-unsur pelakon jahat atau ’samseng’, maka hiburan tersebut sebetulnya belum lagi mencapai matlamat.Bahkan dianggap satu persembahan yang gagal.

Bidang-bidang lain yang boleh dilatih pada mereka:

1.Melukis, misalnya dengan diawali melukis dengan pensil, dengan pewarna atau dengan menggambar di komputer. Untuk menambah kasih sayang diantara pelajar dan guru, boleh juga di peringkat awal anak-anak diberi tugas untuk melukis wajah gurunya. Walaupun sekiranya hasil lukisan sangat jauh dari wajah sebenarnya, tetapi yang guru nilai adalah usaha mereka.

2. Menulis, di awali dengan menulis perkara-perkara yang ringan misalnya menulis kesan-kesan mereka setelah rehlah ke pantai, atau menulis tentang diri mereka ,kaligrafi, melaungkan azan, melagukan pembacaan Qur’an, dll

*akan bersambung...

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)