Hati Gudang Mazmumah

Hati adalah merupakan gudang atau khazanah
orang yang beriman yang cintakan Allah dan takut dengan-Nya
ia adalah meruapakan khazanah yang tersimpan
di dalamnya aset-aset intan berlian, mutiara emas dan perak mahmudah
orang yang tak beriman atau lemah iman
hati merupakan gudang yang tersimpan najis-najis mazmumah yang rohaniah
makin orang itu dewasa semakin penuh dengan najis-najis mazmumah rohaniah
yang sudah matang yang akan meledak muntah
najis-najis rohaniah inilah yang selalu melimpah ruah
melalui anggota lahir yang memusnah
kadang-kadang meleleh melalui lidah
ramai yang susah
ada orang terhina ada orang yang kena fitnah
adakalanya mengalir melalui matanya
maka jadilah mata keranjang dan mencari-cari kesalahan orang
tidak kurang juga mengalir melalui otak
untuk merosakkan bangsa, agama dan negara
haru-birulah bangsa dan negara dibuatnya
tergugat kestabilan negara
jika lahir najis mazmumah itu mengalir di tangan
ramai orang kena lempah rumah terbakar bom meledak (note : mungkin bukan lempah tapi lempang, salah taip rasanya)
yang memusnah dan merosak
orang kena rompak orang kena tembak
bank dirompak rasuah banyak
kalau keluar mazmumah itu di tempat alat kemaluan berlakulah rogol dan zina
seolah-olah gudang tadi adalah gunung berapi yang aktif
yang sering memuntahkan laharnya yang memusnah dan merebak
menyakitkan dan membunuh binatang dan manusia
di mana-mana saja
memusnahkan harta benda dan khazanah-khazanah negara
bahkan najis-najis mazmumah rohaniah ini
lebih berbahaya daripada gunung berapi yang meledak
gunung berapi meledak sekali-sekala sahaja
tapi ledakan najis mazmumah ini setiap waktu dan ketika
tidak kira di mana saja
kerosakannya dan pemusnahannya setiap hari berlaku tidak rehat-rehat
hingga bahayanya manusia tidak dapat hidup
di dalam keadaan aman damai, harmoni dan bahagia


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.