• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Kurang Faham Punca Pengagihan Harta Lewat

KURANGNYA kefahaman mengenai prosedur yang dilaksanakan oleh AmanahRaya sebagai pentadbir harta pusaka simati serta keadaan waris yang tertekan selepas kehilangan orang tersayang menyebabkan seseorang itu sukar mengawal perasaannya.

Sulaiman Salleh (bukan nama sebenar) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Beliau meninggalkan seorang balu, Suraya Aziz (bukan nama sebenar), tiga anak lelaki serta dua anak perempuan sementara kedua ibu bapa arwah sudah lama meninggal dunia.

Suraya kini terpaksa menyara kehidupan dengan anak masih bersekolah dan ada yang menuntut di universiti. Kematian suami menyebabkan hidupnya semakin tertekan kerana Suraya hanya bekerja sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya.
Dengan kos sara hidup yang tinggi dan tinggal di bandar raya, hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Beberapa minggu selepas suaminya meninggal dunia, Suraya membawa buku akaun bank bersama dengan arwah suaminya serta akaun amanah anaknya ke bank untuk pengeluaran duit bagi membayar yuran pendidikan anaknya yang tertangguh.

Sebelum ini arwah suaminya hanya menggunakan duit itu untuk menampung perbelanjaan apabila terdesak dan keperluan kecemasan. Pihak bank menasihatkan Suraya supaya membawa buku bank ke AmanahRaya untuk mendapatkan surat penukaran nama arwah kepada nama beliau sebelum pengeluaran boleh dibuat.

Pihak bank memaklumkan akaun itu adalah akaun amanah dan Sulaiman ialah pemegang amanah bagi akaun berkenaan. Oleh itu, pihak bank tidak boleh membuat pembayaran atau menukar nama Pemegang Amanah tanpa surat daripada AmanahRaya.
Untuk menenangkan perasaan Suraya, pihak bank juga memaklumkan bahawa proses AmanahRaya hanya mengambil masa yang singkat dan surat boleh dikeluarkan dalam masa satu hari saja.

Suraya yang kecewa kerana tidak dapat mengeluarkan duit anaknya pergi ke cawangan AmanahRaya untuk mendapatkan surat seperti diminta pihak bank. Maklumat yang diperoleh daripada pegawai AmanahRaya jelas tidak sama seperti dimaklumkan oleh bank.

Untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka adalah tidak semudah dinyatakan. Ini menyebabkan Suraya bertambah kecewa. Bagaimanapun, kekecewaan Suraya berjaya diredakan anaknya yang meminta beliau membawa pulang borang permohonan dan senarai dokumen diperlukan untuk urusan proses pentadbiran pusaka itu.

Selang beberapa bulan, Suraya kembali semula ke pejabat AmanahRaya bersama borang permohonan dan dokumen lengkap untuk mendapatkan Surat Kuasa bagi membolehkan beliau mengeluar wang yang disimpan arwah suaminya.

AmanahRaya memulakan proses mengurus harta pusaka itu termasuk mendapatkan pengesahan dari bank mengenai status akaun berkenaan, tetapi maklumat yang ditunggu daripada bank tidak diperoleh. Beberapa peringatan dikeluarkan, namun tidak ada maklum balas.

Akhirnya, selepas peringatan ketiga bank memaklumkan akaun itu mempunyai baki dan boleh dibayar apabila Surat Kuasa dikemukakan. AmanahRaya mengeluarkan segera surat kuasa kepada semua pihak termasuk bank dan salinan untuk Suraya.

Namun, selepas beberapa bulan Surat Kuasa dikeluarkan, bayaran dari bank masih belum diterima. Pegawai AmanahRaya membuat peringatan lagi dan akhirnya dimaklumkan berlaku kesilapan berkaitan status akaun.

Bank membatalkan pengesahan awal dan akan memberi pengesahan baru berkaitan status akaun itu. Kelewatan dan situasi itu menyebabkan Suraya bertambah kecewa serta menyalahkan AmanahRaya akibat kesulitan dihadapi.

Beliau berasakan proses itu menyusahkan sedangkan dia memerlukan wang segera. Malah, beliau hampir mengambil keputusan untuk membatalkan permohonan pentadbiran pusaka arwah suaminya dan tidak mahu lagi berurusan dengan AmanahRaya.

Pegawai Amanahraya memberi penjelasan terperinci mengenai proses berkenaan kepada seorang anaknya yang kemudian bertindak memujuk ibunya. Pada masa sama, AmanahRaya menghubungi bank, mendesak dan memberi amaran tegas.

Akhirnya, pihak bank memberi maklumat ada dua jenis akaun iaitu akaun bersama simati dan balu sementara satu lagi akaun amanah untuk anak. Bank turut memulangkan surat akuan kepada AmanahRaya untuk pindaan.

Pihak bank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berjanji memberi keutamaan kepada kes itu sebaik menerima surat kuasa daripada AmanahRaya bagi meringankan kepayahan dialami Suraya.

Seminggu selepas menerima surat akuan yang sudah dipinda dari AmanahRaya, pihak bank membuat pembayaran 50 peratus daripada akaun bersama terus kepada balu, sementara separuh bahagian lagi dibayar kepada AmanahRaya untuk proses pembahagian kepada waris simati.

Untuk akaun amanah pula, pihak bank membayar terus kepada pemilik akaun yang sudah mencapai usia melebihi 18 tahun, manakala bagi anak di bawah umur, setiap daripada mereka dibukakan akaun amanah baru di AmanahRaya dengan Suraya dilantik menjadi penjaga yang sah.

Suraya bersama anaknya hadir pada majlis penyerahan cek dan memohon maaf kerana enggan memberi kerjasama penuh sepanjang proses permohonan. Beliau mengakui tekanan hidup serta kesempitan wang sejak kematian suami menyebabkannya mudah marah dan kecewa.

Beliau bersyukur walaupun bersikap dingin, pegawai AmanahRaya dan pihak bank masih berusaha mempercepatkan proses permohonannya sehingga beliau dan anak memperoleh wang simpanan mereka.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)