• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Makkah Sentiasa Hidup Sepanjang Malam Ramadan

Ramadan Di Perantauan oleh Mohd Shahrir Ali

Suasana berbuka puasa di Masjidilharam, Makkah bukti perpaduan erat sesama umat Islam sejagat.

Pengalaman warga Malaysia bertugas di hotel dekat Masjidilharam pada bulan puasa

RAMADAN cukup dinantikan penduduk Islam seluruh dunia. Selain menunaikan ibadat puasa, ada yang turut melakukan umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah. Malah, penduduk Islam dari Malaysia juga selalunya memilih untuk ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah dan ziarah sambil berpuasa. Ramai di antara mereka menghabiskan masa dua minggu untuk berpuasa sama ada pada awal puasa atau pertengahan puasa untuk mendapatkan malam lailatulqadar di Masjidilharam atau Masjid Nabawi di Madinah.

Berkhidmat dalam bidang perhotelan di Makkah cukup bererti buat saya, tambah lagi hotel tempat saya bekerja di dalam lingkungan Masjidilharam, membuatkan hati saya cukup gembira selepas lebih 20 tahun berkhidmat di hotel di seluruh dunia termasuk Tokyo, Osaka, Nagoya, Singapura, Bangkok, Phuket, Paris, Geneva, Bern, Basel, Zurich, Milan, Firenza. Perhentian sementara di Makkah untuk mencari rezeki, cukup memberi kesedaran kepada saya. Kalau sebelum ini hidup terasa sunyi dan kosong tanpa bekalan namun kini saya merasai perbezaannya. Tenang memandang Kaabah dan tenang melaksanakan ibadat yang diabaikan selama ini demi mengejar matlamat dunia.

Kedatangan Ramadan menjadikan Tanah Suci ini sangat meriah semacam pesta. Kedai di sekitar Haram semua dibuka sampai ke Subuh. Selepas Asar, berduyun-duyun jemaah umrah melakukan tawaf di Kaabah dan sai, sehingga sebelum berbuka puasa. Suasana ketika berbuka puasa juga cukup menarik, roti, laban (dadih), kurma turut disediakan dan disedekahkan dermawan. Saya tidak berpeluang meninjau banyak kawasan pada Ramadan kerana sibuk bekerja dan berbuka puasa di hotel bersama-sama kakitangan. Juadahnya mudah tapi mengenyangkan.



Ada makanan Bangladesh, Maghribi, Saudi dan pelbagai negara lagi. Selalunya saya akan makan `Shingara`, makanan kemestian masyarakat Bangladesh. Shingara ialah campuran ubi, daging kambing racik, bawang dan cili yang digaul dan dikepal sebelum dimasukkan ke mulut. Begitu juga dengan `piazu`, makanan yang dibuat daripada tepung digaul dengan kacang dal dan dicampurkan dengan sedikit rempah dan bawang. Rasanya seperti `masalodeh` yang dimakan dengan cili hijau.

Sudah menjadi kebiasaan di Makkah, kebanyakannya akan berbuka di Masjidilharam. Jadi beberapa jam sebelum masuk waktu Maghrib, tetamu hotel akan berduyun-duyun turun dan pergi ke Haram. Hotel Al Safwah Royale Orchid ini adalah yang terdekat dengan Masjidharam dan bertentangan pintu masuk King Abdul Aziz .

Saya menyediakan sedikit juadah seperti laban, kopi Arab, jus Kamarrdin dan kurma untuk tetamu melapik perut di lobi khas sebelum berangkat ke masjid. Selepas solat Maghrib, barulah tetamu datang berduyun-duyun. Setakat minggu pertama, tetamu dalam lingkungan 700 orang. Masih belum ramai kalau nak dibandingkan dengan tahun lalu.

Selepas makan, mereka akan bergegas semula ke masjid untuk melakukan solat Isyak dan Tarawih sebelum pulang sekejap untuk berehat dan kembali lagi ke masjid untuk melakukan solat sunat lain sehingga dinihari. Masyarakat dan jemaah menggunakan seluruh malam Ramadan untuk melakukan ibadat.

Pada waktu malam keadaan di sekitar Ajiyad Street, berhampiran Istana dan juga kawasan membeli-belah Abraj Al Bait sangatlah menarik dengan hiasan lampu tradisi Arab, Maghribi dan Mesir memenuhi setiap ruang dan pintu masuk kedai.

Makkah tidak pernah sunyi, ada saja aktiviti dijalankan. Peniaga kaki lima kebanyakannya adalah dari negara miskin seperti Chad dan Nigeria menjual pisang dan barangan buatan China selain mengemis.

Ketika di perantauan, saya turut terkenang kampung halaman di Malaysia, terutama keluarga dan juadah pada Ramadan. Tahun lalu, saya sempat melepas kerinduan dengan memakan kuih lompat tikam, jala emas, nasi berlauk dan nasi dagang lauk ayam yang disediakan kakitangan saya yang berketurunan Patani, iaitu Mohamed Fatani dan Abdullah Fatani.

Masyarakat Patani di Makkah sangat rapat di antara satu sama lain maklumlah mereka berada di perantauan. Mereka ada jawatan kuasa kampung dan masjid sendiri dan perkahwinan juga sesama komuniti sendiri. Kebanyakannya sudah tinggal di sini berpuluh tahun lamanya. Gaya hidup dan makanan banyak dipengaruhi masakan dan makanan Arab. Percakapan dan tutur kata, lebih Arab daripada Patani atau Kelantan.

Penulis ialah Pengarah Makanan dan Minuman, Hotel Al Safwah Royale Orchid, Makkah, Arab Saudi

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)