• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Masjid Ashab Lambang Toleransi Agama

BANDAR Quanzhou (sebut Quenchow) yang terletak dalam wilayah Fujian, tenggara China mungkin suatu kawasan yang kurang popular bagi kebanyakan pelancong ke negara itu.

Tarikannya tidak seberapa dan ia juga bukanlah destinasi membeli-belah yang popular. Atas faktor tersebut, bandar ini agak terpinggir dari segi kedatangan pelancong luar jika dibandingkan dengan lain-lain tempat di negara itu.

Bagaimanapun, kesempatan penulis mengunjungi bandar yang digelar Zaitun oleh pelayar terkenal Marco Polo memberi satu pengalaman dan iktibar yang bukan sedikit.

Suatu ketika dulu, Quanzhou merupakan titik mula Laluan Sutera (Silk Route) maritim yang sangat penting. Bandar itu dikenali sebagai antara pelabuhan terpenting dunia Timur ketika itu. Ia menjadi tumpuan pedagang dari seluruh dunia terutama dari Asia Barat dan Eropah.

Kedatangan pedagang dari negara Arab bukan sahaja atas urusan perniagaan malah mereka turut menyebarkan agama suci Islam ke kawasan itu. Sejak beberapa abad lagi, penduduk Quanzhou yang berbilang kaum dan bangsa hidup aman serta bebas menganuti agama masing-masing. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan tujuh buah masjid sekitar daerah itu.

Satu daripadanya Masjid Ashab atau dipanggil Masjid Qinjing dalam bahasa Cina. Masjid itu dikenalpasti sebagai masjid kedua yang didirikan di China. Masjid Huaisheng yang terletak di Guangzhou dikatakan masjid yang pertama dibina pada Dinasti Tang (618-907 masehi).

Ashab bermaksud sahabat (Nabi). Nama masjid itu tertera pada pintu masuk utama masjid yang ditulis dalam bahasa Arab.

Terjemahan penuh ayat yang diukir pada batu granit tersebut adalah; "Ini merupakan masjid pertama untuk penduduk di tanah ini. Masjid bertuah ini dinamakan Masjid Tua dan Purba, juga dipanggil Masjid Jemaah dan Jalanan serta digelar Masjid Sahabat (Nabi)."

Masjid Ashab dibina pada tahun 400 selepas hijrah (1009 masehi). Tiga tahun selepas itu, seorang ulama Ahmad bin Muhammad Quds, melakukan pengubahsuaian dengan membina kubah besar, melebarkan pintu masuk serta menghias semula pintu dan tingkap. Kerja-kerja pengubahsuaian siap sepenuhnya pada 710 hijrah (Dinasti Yuan, 1310).

Binaan asal Masjid Ashab terdiri daripada kubah utama, dewan sembahyang dan dewan Mingshan. Kubah utama binaan batu granit bersambung dengan dewan sembahyang yang diri daripada dua tingkat. Dinding dalam ruang sembahyang juga dibuat daripada granit.

Dikatakan sebuah pagoda lima tingkat dibina dalam ruang masjid ketika Dinasti Ming (1368-1644), namun ia musnah akibat gempa bumi selepas itu.

Menara dan bumbung masjid itu telah lama musnah. Namun, pintu masuk dan tiang ruang utama serta dinding-dinding asal masih kekal. Hanya sebuah ruang kecil yang mampu menempatkan sekitar 60 orang jemaah yang tinggal kini dijadikan ruang sembahyang.

Tidak banyak beza dengan lain-lain masjid di China, seni bina dalaman masjid kecil itu banyak dipengaruhi unsur dari negara tersebut. Bumbung seakan pagoda, warna-warna terang menjadi pilihan untuk dinding, pintu dan loteng bangunan. Begitu juga dengan khat yang menghiasi dinding masjid, mempunyai pengaruh daripada kaligrafi Cina.

Berdekatan dengan pintu masuk, terdapat sebuah batu ukir besar yang digunakan untuk membakar colok bagi tujuan mewangikan ruang dalam masjid.

Sebuah perigi lama yang masih kukuh dan tidak pernah kering airnya juga terdapat berdekatan dengan dinding bangunan asal Masjid Ashab.

Pada satu ruang, dibina sebuah bilik khas menempatkan barang-barang tinggalan lama masjid itu. Walaubagaimanapun ia kurang dipelihara dan penerangannya juga tidak menarik. Apa yang ada hanyalah gambar-gambar beberapa pemimpin tersohor dari seluruh pelosok dunia yang pernah melawat ke situ. Antaranya bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan ramai lagi.

Melalui laman web seorang pengunjung yang telah melawat Masjid Ashab, beliau berjaya menterjemahkan tulisan pada batu dinding masjid itu iaitu ibarat perjanjian antara dua raja. Raja besar (pembesar tempatan) dikatakan menghargai usaha sahabat Nabi yang membawa pengetahuan Islam kepada mereka. Juga agama itu memberi banyak sumbangan terhadap kemajuan tempatan.

Raja kecil (menggambarkan wakil Islam) pula mematuhi dan menghormati Raja besar. Selagi perhubungan itu berlandaskan kepercayaan, persahabatan dan kemuliaan, raja besar tidak akan menyerang atau menyakiti raja kecil serta orang-orangnya.

Bersebelahan Masjid Ashab, juga terletak di jalan yang sama (Jalan Tumen) terdapat sebuah tokong Buddha. Dua institusi keagamaan itu jelas menunjukkan betapa toleransi agama telah lama diamalkan masyarakat Quanzhou sejak sekian lama.

Walaubagaimanapun, jelas Masjid Ashab kurang diimarahkan dan ia hanya digunakan untuk solat berjemaah utama. Selain semakin berkurangnya penganut Islam di kawasan tersebut, pengambil alihan urusan oleh Badan Pelancongan yang mungkin kurang arif dengan hal keagamaan menjadikan ia sedikit terabai.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)