Bangunan Yang Tidak Rosak

Diriwayatkan seorang raja berjaya membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanya kepada setiap pengunjung adakah cacat cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.

Hampir seluruh orang yang ditanyai mengatakan tiada cacat dan celanya kota tersebut. Tetapi ada seorang pemuda yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, dia ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.

"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab pemuda itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"

"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab pemuda itu.

"Segera katakan apakah itu." Desak raja.

"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika itu pemuda tersebut mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun dengan ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan dan kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.