• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Mohon Ampun Pastikan Tenang Jalani Ibadah

Oleh Hasliza Hassan
2011/08/22

TANGGAPAN popular masyarakat ialah awal Ramadan masjid serta surau penuh, manakala masuk pertengahan jumlah jemaah yang datang berkurangan dan apabila tiba minggu terakhir, hanya satu saf saja yang tinggal.

Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata sudah tiba masa umat Islam melakukan transformasi supaya situasi itu bertukar sebaliknya.

Beliau berkata, transformasi perlu bagi memastikan golongan yang beriman berjaya mencapai indeks prestasi utama (KPI) Ramadan iaitu perasaan takut kepada Allah dengan meningkatkan keimanan kepada-Nya.

KPI Ramadan ialah takwa. Oleh itu, selepas menjalani dua pertiga daripada ibadah puasa, apakah kita berjaya melaksanakan ibadah dengan sempurna. Cara ingin tahu ialah apabila kita seronok menjalani ibadat puasa dan amalan lain.

"Jika kita tidak rasa keseronokannya, maka pusingan pertama dan kedua yang sudah berlalu tidak berjaya mencapai KPI Ramadan. Adakah puasa kita takutkan Allah, ini perlu kita fikir," katanya pada majlis ceramah Ihya Ramadan di Surau The New Straits Times Press (NSTP), baru-baru ini.

Katanya, keindahan Ramadan boleh diperoleh dalam banyak cara, hatta tujuan bersahur dan berbuka puasa juga boleh menjadi kayu pengukur kepada kesungguhan seseorang itu menempuh madrasah yang menguji kesabaran serta keimanan.

Matlamatnya ada satu iaitu meningkatkan rasa takut (takwa) kepada Allah demi mencari bekalan untuk dibawa di akhirat nanti kerana kehidupan yang sebenar bagi orang yang beriman ialah kehidupan akhirat.

Justeru, sahur, berbuka, solat sunat tarawih serta amalan baik yang lain bukan perbuatan membuang masa tetapi sebagai bukti ketakwaan kepada Allah.

Contoh diberi, rasa takwa menyebabkan mereka yang menikmati makan sahur dan juadah berbuka terasa dalam hatinya takut kepada Allah dan mensyukuri bahawa setiap rezeki adalah kurniaan Allah.

Begitu juga amalan wajib serta sunat yang dilakukan berlipat kali ganda sepanjang Ramadan mempunyai matlamat jelas untuk mencari keredaan Allah serta mencapai ketakwaan.

Zamihan berkata, perasaan takwa tidak akan jatuh ke dataran hati yang kotor dan berdosa kepada Allah iaitu hakikat perlu disedari kenapa penegasan ibadat puasa dibuat untuk golongan beriman seperti firman Allah yang dikaitkan dengan perintah puasa.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang yang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu beroleh takwa." (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Katanya, perasaan itu juga gagal dirasai oleh mereka yang tidak bernar-benar bertaubat kepada Allah kerana Ramadan yang menjadi bulan membersihkan diri daripada dosa sementara dosa pula akan mengganggu ibadat.

Sepatutnya pada bulan Syaaban kita sudah meminta maaf pada semua orang sebagai persediaan menghadapi Ramadan yang mulia. Memohon ampun atas dosa kepada Allah pula melalui taubat nasuha iaitu menyesal, berazam tidak mengulangi dan meninggalkan terus perbuatan dosa itu.

"Jika buat ibadat tidak rasa keseronokan, tidak rasa menuju akhirat disebabkan kita masih bergelumang dosa yang menjadi dinding pemisah mendapat takwa. Jangan jadikan dosa dan noda halangan untuk menikmati takwa," katanya.

Beliau berkata, objektif Ramadan juga ialah untuk membebaskan diri daripada api neraka dengan berdoa kepada Allah terutama pada malam lailatul qadar yang menjadi rahsia Allah tetapi dianjurkan umat Islam mencarinya sepanjang 10 terakhir Ramadan.

Bagaimanapun katanya, seperti janji Allah, doa hamba-Nya hanya akan diperkenankan dengan syarat mereka mengikut perintah Allah terlebih dulu.
Maka jika Ramadan berjaya menghasilkan takwa dan syukur, ia menjadi nilai tambah kepada kehidupan dunia serta akhirat.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)