• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Nabi Hanya Beri Peringatan

Sheikh al-Maraghi berkata: "Sesungguhnya Allah SWT menerangkan bukti-bukti kekuasaan-Nya, menarik perhatian golongan pengingkar agar memerhatikan tanda-tanda kekuasaan dan kemampuan-Nya mengatur alam ini, kemudian Dia mencela keingkaran dan kegagalan mereka dalam kebatilan dengan hujah yang terang dan bukti jelas, lalu disusuli dengan perintah-Nya kepada Rasulullah SAW agar mengingatkan mereka dengan bukti-bukti ini yang tidak perlu diragukan lagi."

Firman Allah SWT: Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan.

Ibn Kathir berkata: Iaitu beri peringatanlah kepada manusia dengan apa yang aku utuskan pada mereka.

Syed Qutub menambah: Oleh itu peringatkan mereka dengan alam akhirat dan segala isinya. Dan peringatkanlah mereka dengan kejadian dunia dan segala isinya. Tugasmu adalah memberi peringatan.

Inilah sahaja batasan tugasmu dan ini sahaja perananmu dalam dakwah. Selain dari itu tiada lagi tugas dan tanggungjawabmu kerana engkau diberi kemudahan dan ditugaskan melaksanakannya.

Firman Allah SWT: Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

Al-Mawardi menukilkan tiga pendapat ulama berkenaan tafsiran ayat ini, iaitu:

lKamu bukanlah penguasa yang boleh mengalahkan seseorang. Inilah pendapat al-Dahak.

lKamu bukanlah orang yang bersifat perkasa. Inilah pendapat Ibn Abbas.

lKamu bukanlah Tuhan. Inilah pendapat al-Hasan.

Semua ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidak mampu memaksa mereka beriman.

Al-Maraghi berkata: Ia memberi maksud wahai Muhammad, engkau adalah penyeru dan tidak mempunyai kuasa untuk menundukkan hati mereka.

Allah SWT sendiri yang menguasai mereka dan mempunyai kekuasaan atas jiwa mereka. Oleh itu, sesiapa yang berpaling daripada peringatan dan mengingkari kebenaran yang dikemukakan kepadanya, Allah SWT akan mengazabnya di akhirat kelak.

Kadang-kadang Allah SWT menambahkannya dengan seksa di dunia seperti diperangi, ditawan keluarganya, dijajah harta kekayaannya dan bencana-bencana yang lain.

Firman Allah SWT: Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar.

Ibn Kathir berkata: Berpaling daripada amalan dengan segala rukunnya dan kufur dengan kebenaran sama ada melalui hati atau lisannya.

Al-Mawardi berkata: Ada dua tafsiran ulama, iaitu berpaling daripada kebenaran dan kufur dengan nikmat. Sedangkan yang kedua pula berpaling daripada mengikut rasul dan kufur dengan Allah SWT. Inilah pendapat al-Dahak.

Firman Allah SWT: Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

Sayid Qutub berkata: Mereka pasti akan pulang kepada Allah dan Allah tetap akan menghukum mereka.

Al-Maraghi berkata: Kadang-kadang Allah SWT menambahkannya dengan seksa di dunia seperti diperangi, ditawan keluarganya, dijajah harta kekayaannya dan bencana-bencana yang lain.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

Ibn Kathir berkata: Mereka akan kembali pada Allah dan Kami pasti menghisab serta membalas segala amalan mereka. Jika baik dibalas baik dan jika buruk dibalas buruk.

Al-Maghari berkata: Tidak ada jalan untuk melarikan diri bagi orang yang berpaling dan tidak ada jalan melepaskan seksa yang dijanjikan itu. Ini kerana mereka bakal kembali kepada-Ku. Sesungguhnya benarlah firman kami akan menyeksa mereka dan menghisab semua perbuatan yang telah mereka kerjakan.

Firman ini sebagai penghibur hati rasul-Nya dan menghilangkan kesedihan dan penderitaannya akibat pendustaan mereka kepadanya dan penentangan mereka yang berterusan terhadap baginda.

Penutup

Syed Qutub berkata: "Dengan penjelasan ini peranan Rasulullah SAW di dalam dakwah dan peranan pendakwah-pendakwah yang datang selepas beliau telah dihadkan pada batasnya yang tertentu, iaitu tugas engkau ialah memberi peringatan dan selepas itu terserah kepada Allah urusan menghisabkan amalan-amalan mereka.

"Mereka tetap akan kembali kepada Allah. Mereka tidak mungkin melepaskan diri dari hisab dan hukuman Allah. Tetapi hendaklah difahami bahawa setengah daripada tugas menyampaikan dakwah ialah menghapuskan halangan dan rintangan supaya dakwah sampai kepada manusia.

"Inilah tugas jihad yang difahamkan dari al-Quran dan dari sirah Rasulullah SAW tanpa kecuaian dan keterlaluan".

Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan hambanya yang soleh sentiasa berpegang dengan petunjuk dan hidayah-Nya. Amin.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)