Manusia Sudah Setaraf Haiwan

Manusia hari ini sudah setaraf dengan haiwan yang tidak ada akal fikiran
Haiwan kalau bangun-bangun pagi sahaja terus merayau mencari makan
Dia sodok di sana, sodok di sini, selongkar sana, selongkar di sini kerana habuan
Dia tidak fikir apakah itu halal atau haram
Dia tidak fikir apakah itu membinasakan dan merosakkan
Haiwan mencari makan tidak kira bergaduh atau berkelahi
Yang penting perut kenyang, apa fikir kawan
Sudah kenyang tidur atau mengawan, lapar lagi, keluar pula cari kawan
Selepas itu mati, habis cerita dosa pahala tidak ada
Tapi manusia walaupun sudah macam haiwan sampai di Akhirat akan dipersoalkan
Hari ini manusia pagi-pagi pergi kerja tujuan cari makan, bukan cari Tuhan
Keluar pagi bukan untuk perjuangan Tuhan tapi cari haiwan
Kerana cari makan tidak pilih kerja halal atau haram
Kerana cari makan melanggar perintah Tuhan itu tidak payah difikirkan
Cari makan apa hendak difikirkan Tuhan
Yang penting dapat makan, yang penting dapat haiwan
Balik kerja letih, rehat atau tidur, atau cari perempuan
Sama ada halal (isteri) atau haram (bukan isteri) tidak usah difikirkan
Yang penting nafsu syahwat dapat dilepaskan
Begitulah berlaku setiap hari kepada insan yang sudah tidak kenal Tuhan
Sifat haiwan itu kekal berpanjangan
Sifat kemanusiaan punah dan hilang
Selepas itu mati, di Akhirat dipersoalkan
Barulah manusia terkejut, terbeliak biji mata di dalam penyesalan
Rupanya kesudahan manusia tidak macam haiwan
Haiwan mati jadi tanah, manusia seluruh hidupnya dipersoalkan


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.