• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Penjara 'ubah' Robinhood

Susunan SITI AINIZA KAMSARI


Abdul Aziz mendirikan solat sekalipun di sebalik kenderaan di tepi jalan.

Siapa yang tidak kenal Robinhood? Seperti yang sedang hangat ditayangkan di pawagam, dia seorang satria pembela kaum miskin. Dia sentiasa membela kaum lemah dengan kehebatan memanah sebagai senjata utamanya.

Tidak jauh bezanya dengan Robin Padilla, aktor popular Filipina yang juga pernah membintangi filem yang serupa di negaranya.

Nama sebenar beliau Robinhood Fernando Carino Padilla. Namun, lebih dikenali dengan panggilan Robin Padilla terutama di era 1990-an.

Era di mana beliau sangat popular dengan membintangi filem-filem yang sering kali pecah panggung menjadikan Robin, aktor paling laris ketika itu.

Anak kelahiran Kota Manila pada 23 November 1967 ini melonjakkan namanya setelah membintangi sejumlah filem aksi dan ganas.

Bahkan kerana lakonan yang dimainkannya sebagai gangster berdarah dingin dalam beberapa filem, Robin mendapat jolokan budak jahat filem aksi Filipina.

Bakat lakonan beliau memang sudah mendarah daging dalam keluarga besar Robin Padilla, yang merupakan penganut Kristian Protestan. Ketiga-tiga abangnya, iaitu Rustom Padilla, Royette Padilla dan Rommel Padilla, juga aktor hebat di Filipina.

Namun kehebatan sebagai bintang mega jauh menghanyutkan Robin dalam kehidupan-kehidupan malam dan sering mengambil dadah terlarang.

Natijahnya, Robin tidak sahaja hilang populariti malah turut ditahan pihak berkuasa atas kesalahan jenayah.

Pada tahun 1994 beliau dihumban ke penjara atas kesalahan memiliki senjata api secara haram dan terpaksa merengkok selama 21 tahun sebagai hukuman atas kesalahan tersebut.

Namun beliau bernasib baik kerana pada tahun 1998, dibebaskan dari penjara. Bukan kerana atas rayuan tetapi pihak penjara berpuas hati dengan kelakuan baik dan kesungguhannya untuk menebus kembali kesalahan sepanjang di penjara.

Mungkin perubahan pada sikapnya itu tidak sahaja disebabkan pengajaran daripada hukuman penjara tetapi sedikit sebanyak hasil berkawan dengan seorang tahanan lain yang beragama Islam.

Semasa dalam penjara itu Robin berkenalan dengan Gene Gallopin atau nama Islamnya, Jamil Ghaleb. Gallopin yang merupakan saudara baru adalah seorang aktivis bagi masyarakat Muslim di Filipina.

Sepanjang di penjara, Robin dan Gallopin sering berbincang mengenai Islam dan kesemua itu meninggalkan kesan kepada Robin.

Akhirnya dengan penuh yakin, Robin memeluk Islam. Malah ayah kepada lima orang anak ini memilih Abdul Aziz sebagai nama barunya.

Tidak sekadar beliau, isterinya, Liezl Sicangco Padilla juga akhirnya menurut jejak langkah si suami (namun ada laporan yang menyebut bahawa mereka kini telah bercerai).

Ini diikuti dua anak perempuan mereka, Queenie, 17, dan Kylie, 15, yang juga secara sukarela memeluk Islam.

Tiga lagi anaknya ialah Ted Matthew (Tidtid), Zhelireen (Zhen-zhen) dan Robin Jr (Ali Padilla).

Pengislaman beliau tentu sahaja menggemparkan. Namun apa yang ditanggung oleh Robin selepas itu tidak kurang hebat.

Pelbagai tuduhan dilemparkan terutama mengaitkan Islamnya itu dengan kumpulan Abu Sayyaf yang sering dilabel sebagai pejuang-pejuang radikal Muslim di selatan Filipina.

Malah tidak kurang yang menuduhnya memeluk Islam semata-mata kerana mahu berpoligami!

Namun, semua itu tidak pernah diambil peduli oleh Abdul Aziz kecuali menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim sejati.

Seolah-olah mahu menebus kembali segala perlakuan-perlakuan jelik dari dunia hitamnya yang lalu.

Abdul Aziz kini benar-benar menjadi seorang 'Robinhood' seperti mana yang dilakonkannya.

Selepas memeluk Islam, dia mempunyai senarai panjang dalam membuat kebajikan seperti memberi sumbangan terutamanya wang ringgit.

Sasaran utama sumbangannya itu adalah kepada komuniti Islam di Filipina. Sebanyak satu juta peso beliau sumbangkan untuk membangunkan satu kawasan kaum Muslim di Kota Norzagaray, di wilayah Bulacan. Sebanyak 2.5 juta peso lagi kepada Lembaga Kemanusiaan, iaitu Muay Association of the Philipines.

Dalam bidang pendidikan, Abdul Aziz memberi sumbangan yang besar dengan menubuhkan Yayasan Dindang Kapayapaan (Light Of Peace) pada tahun 2007 iaitu sebuah lembaga pendidikan prasekolah bagi anak-anak Islam di kawasan Fairview Park, Quezon City.

Anak-anak Islam itu datang dari selatan Filipina iaitu wilayah Basilan dan Jolo yang bergolak.

Semasa pelancaran yayasan itu, Abdul Aziz berjanji mendapatkan tenaga pengajar terbaik bagi memastikan mereka dapat bimbingan sepenuhnya dalam aspek membaca al-Quran.

Selama bersekolah di yayasan itu para pelajar ditempatkan di rumah besar miliknya yang terletak berhampiran sekolah dan semuanya percuma.

"Kita mahu mereka membesar bersama kami" katanya seperti yang tersiar di laman web Buletin Manila.

Ramai menyifatkan Abdul Aziz kini persis mengikut jejak Yusuf Islam atau Cat Steven setelah memeluk Islam.

"Dia adalah hero bagi orang Islam," tulis mereka.

Oleh kerana darah seni masih mengalir deras dalam dirinya, Abdul Aziz tetap meneruskan aktiviti lakonan yang kini lebih tertumpu kepada genre drama dan komedi.

Beliau masih menerima pelbagai tawaran berlakon kerana para peminat masih mahukan beliau terus beraksi.

"Yang lepas biarlah berlalu, saya bukan lagi 'budak' itu. Saya kini adalah 'lelaki'. 'Lelaki jahat' adalah panggilan yang tidak betul, ia cuma sebahagian daripada kisah silam saya," katanya.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)