• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Perjuangan Yang Diredhai Allah

Kehadiran ceramah-ceramah agama, majlis-majlis dakwah,ramai yang mendatangi. Kalau buat di padang, penuh sesak padang dengan manusia. Kehadiran amat menggembirakan. Tapi di dalam bertemu itu, sesetengah mereka mengambil peluang berpacaran, bergaul bebas. Mungkin menjelang pulang pula ada yang mengambil peluang melakukan zina, rogol dan sebagainya.Kesan kepada jiwa tiada. Hanya menjadi pakaian akal semata-mata atau sebagai mental exercise semata-mata. Balik ke rumah,mungkin ada yang bergaduh suami isteri. Sembahyang Subuh, matahari telah meninggi.

Berjaya mengkayakan manusia, namun menjadi sombong dan angkuh, tamak dan haloba, bakhil, berfoya-foya, membuang-buang harta, lupa kepada Tuhan dan lupa Akhirat. Agama sudah tidak diambil kira. Apakah erti kejayaan yang seumpama ini? Usaha berjaya, tapi side effectnya terlalu banyak. Risikonya tinggi. Maju, keamanan tiada. Berjaya, tapi hidup dalam ketakutan. Duit banyak, tapi kebahagiaan tiada. Lahirnya nampak merdeka, tapi permusuhan tidak habis-habis. Negara sudah bebas, tapi perpecahan sesama sendiri menjadi-jadi. Kejayaan sebegini tidak menyelamatkan. Ini baru di dunia, di Akhirat sudah tentu lebih lagi.

Padahal Islam agama yang selamat dan menyelamatkan.Kemajuannya bersih, tidak ada side effect. Kejayaannya bersih, senang menyenangkan, bahagia membahagiakan. Kemerdekaannya bukan sahaja melahirkan kemajuan, tapi tercetus kasih sayang dan perpaduan. Maju, tidak ada ketakutan. Kaya, semua masyarakat merasa, kerana tiada tamak, tiada bakhil. Dengan kekayaan dia pemurah. Inilah dia kejayaan dan kemenangan yang Allah Taala redhai. Ia membawa rahmat dan berkat. Membawa kebaikan dan keampunan.

Di sinilah perlunya usaha dan perjuangan kita itu biarlah diredhai oleh Allah, agar kalau mendapat kemenangan dan kejayaan, mendapat keredhaan pula. Maka kejayaan itu bersih dan murni. Tidak ada perkara yang negatif. Kita jangan berbangga semata-mata kerana mendapat kejayaan di dalam usaha dan perjuangan. Keredhaan Allah kenalah kita ambil kira. Keredhaan Allah amat penting agar kejayaan kita itu tidak menyusahkan kita. Bahkan kemenangan itu membahagiakan. Tidak cukup dengan kejayaan, kalau Allah murka. Tidak boleh berbangga dengan kemenangan, kalau dengan kemenangan itu Allah melaknat kita.

Apalah ertinya kejayaan, tapi di dalam dosa dan derhaka. Begitulah kalau kemenangan dan kejayaan itu diberi oleh Allah secara istidraj bukan secara keredhaan-Nya. Kerana itulah Allah Taala berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:

"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya." (Al A'raf: 172)

Sebab-Sebab Terhijab Bantuan Allah

Antara sebab-sebab terhijab bantuan Allah atau kalau dibantu pula bukan dengan keredhaan tapi diberi secara istidraj, iaitu secara murka dan tipu daya dari Allah agar mereka tenggelam di dalam dosa dan kutukan, kemudian mati dihumban ke Neraka, wal’iyazubillah, iaitu kesalahan-kesalahan seperti berikut:

Pertama:

Niat dari awal lagi sudah salah.

Contohnya berusaha, berjuang, mendidik, membangun, membuat kemajuan, berpolitik, berdakwah, berekonomi, membangunkan ketenteraan, berkhidmat dan lain-lain, ada huzuzunnafsi, ada kepentingan peribadi, bukan kerana Allah atau keredhaan-Nya sama ada apa yang dibuat itu sesuai dengan syariat atau sebaliknya. Contoh niat yang salah lagi seperti ingin mendapat nama, ingin menang di dalam pilihan raya, tujuan untuk pangkat dan bintang kehormatan, inginkan pujian, kerana glamour, kerana negara dan bangsa, kerana mendapat harta, wanita, takhta dan lain-lain lagi.

Niat dari awal lagi telah tersalah di dalam sebarang kerja itu. Pahalanya tiada, terhijab daripada mendapat pertolongan dan bantuan daripada Allah Taala serta Allah berlepas diri. Keputusannya tiada berkat dan akan berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan. Apa sahaja usaha dibuat tiada kejayaan. Setiap usaha menerima kekecewaan. Kalaupun diberi kejayaan, lahir dari kejayaan itu berbagai-bagai bentuk kejahatan yang menyusahkan di dalam kehidupan. Diberi kejayaan tapi memporak perandakan, kemenangan dapat tapi masalah terlalu banyak.

Kemajuan tercapai tapi melahirkan gejala-gejala negatif yang terlalu banyak. Nama masyhur, ada glamour tapi jiwa tidak tenang. Negara cantik, keamanan tidak wujud. Negara indah tapi hidup di dalam ketakutan.

Kalau itulah yang terjadi, itu bukan kemenangan. Ia bukan satu kejayaan dan tidak boleh dianggap satu keuntungan. Yang sebenarnya ia adalah bala, kutukan dan bencana, dosa dan kemurkaan. Kecewa di dalam kemenangan. Celaka di dalam kejayaan. Huru-hara di dalam kemajuan, itu bukan kemenangan.Kejayaan dan kemajuan semacam ini bukan yang Islam mahu.Islam mahu sesuatu itu sesuai dengan tuntutan fitrah iaitu kemenangan yang membawa kemerdekaan, kejayaan yang membawa kesenangan, kemajuan yang membawa keamanan dan keharmonian serta kecemerlangan yang membawa kebahagiaan.

Kedua:

Kalaupun niatnya betul, iaitu segala usaha yang dilaksanakan itu kerana mencari keredhaan Allah, tapi tidak mengikut syariat. Misalnya di dalam perjuangan, usaha dan kerja itu, sembahyang tidak diambil kira, tidak mempedulikan halal dan haram, pembiayaan yang tidak halal, pergaulan bebas lelaki perempuan, berlaku penzaliman dan penindasan, ada penipuan dan rasuah dan sebagainya. Di sini juga akan terhijab.

Sekian.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)