• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Poligami Penyakit Atau Ubat

Berpoligami di dalam mencintai Tuhan
Mengamalakan syariat sungguh indah
Keluarga ramai yang Rasul hendak
Serta megah umatnya ramai
Tempat bermanja dan bermesra
Hidup berkasih sayang, bekerjasama
Dan harmoni di dalam keluarga

Lebih-lebih lagi jika duduk satu rumah
Kerja banyak mudah selesai
Isteri yang bukan gilirannya, dapat berkhidmat
Dengan keluarga atau masyarakat
Kerja-kerja rumah atau perjuangan
Boleh diagih-agihkan mengikut bidang dan bakat
Kerja rumah beres , kerja perjuangan bertambah pesat

Di zaman gemilang Islam, kerana cintakan ALLAH
Poligami tradisi
Tidak ada krisis, tidak ada masalah
Kecuali sedikit sangat biasalah
Suami terhibur, isteri redha
Kerana cintakan ALLAH dan meraih pahala
Cintakan ALLAH Taala punca isteri redha
Rumahtangga bahagia

Di zaman Salaffussoleh kerana cintakan ALLAH
Tidak ada perkara yang mustahil
Cintakan ALLAH kepentingan peribadi
Tidak wujud sama sekali
Masing-masing berebut berbuat baik
Sekalipun merugikan diri
Hidup mereka semata-mata untuk ALLAH
Tidak ada kepentingan peribadi

Bukan sahaja berpoligami mereka boleh melakukannya
Yang lebih dahsyat dari itu mereka boleh membuatnya
Mereka berjuang hingga syahid perkara biasa
Isteri-isteri ditinggalkan suami
Kerana berjuang hingga mati

Hari ini ada orang berpoligami
Keluarga porak-peranda
Krisis setiap hari, suami isteri dan anak-anaknya
Mengapa krisis? Kerana Tuhan tidak dicinta
Syariat tidak diikuti, kepentingan peribadi jadi budaya

Berlakunya krisis keluarga poligami
Jangan salahkan ALLAH dan Islam
Krisis berlaku kerana Tuhan tidak dicinta
Ditukar dengan cintakan peribadi
Kalau peribadi yang dicintai, kepentingan peribadilah
Yang menjadi matlamat hidupnya
Jika kepentingan peribadi menjadi budaya
Dengan ibu ayah pun berkira

Kepentingan peribadilah yang tidak ada
Tolak ansur sesama manusia
Sekalipun dengan ibu bapa
Suami dan sanak saudara
Kepentingan peribadi
Bukan sahaja poligami menjadi musuhnya
Banyak undang-undang Tuhan menjadi musuhnya
Bahkan sembahyang pun diabainya

Orang yang cintakan peribadi
Bukan sahaja porak-peranda di dalam rumahtangga
Di dalam berkawan pun tidak setia, di dalam masyarakat
Selalu sahaja bermasam-masam muka
Di dalam satu perjuangan akan berlaku
jatuh-menjatuhkan perkara biasa
Kalau begitu bila mahu aman
Harmoni dan bahagia

Poligami jangan salahkan sesiapa
Salahkan diri kerana terlalu peribadi
Kalau peribadi menjadi matlamat
Sembahyang, puasa, berkorban, berjuang pun menjadi musuhnya
Jika undang-undang Tuhan menjadi musuhnya
Ertinya Tuhanlah musuhnya
Orang yang ada kepentingan peribadi
Bukan sahaja di rumahtangga
Di mana pun payah berkira

Ada orang menuduh rumahtangga porak-peranda
Poligamilah puncanya
Kerana itulah akau benci dengan poligami
Yang diamalkan manusia
Orang ini sebenarnya hendak menutup
Kelemahan dirinya
Juga orang yang jahil fakta dan ada
Yang terjadi di dalam masyarakatnya

Padahal apa yang berlaku
Rumahtangga porak-peranda isteri satu sahaja
Ada golongan cerai kahwin, cerai kahwin
Anak porak-peranda pun isteri satu juga
Bahkan golongan yang mewah pun
Isteri satu keluarga tidak bahagia
Itulah orang tidak kenal penyakit
Dan tidak kenal ubatnya

Ada golongan berpoligami bahkan digalakkan
Keluarga bahagia
Boleh berkasih sayang
Bekerjasama sesama mereka
Suami disayangi, isteri mengikut kata
Anak-anak bekerjasama
Mereka lebih bahagia daripada keluarga
Yang isteri satu sahaja

Kalau kita tidak setuju dengan poligami
Jangan salahkan poligami
Katakan sahaja kita belum bersedia
Atau akau belum bersedia
Minta ampun sahaja kepada Tuhan
Itu lebih baik daripada menyanggahnya
Yang sebenarnya kepentingan peribadilah
Punca porak-peranda

Kalau cintakan ALLAH
Buat apa pun tidak ada masalah
Poligamikah, berkorbankah, berjuangkah, bersedekahkah
Boleh sahaja
Orang yang cintakan diri
Bukan sahaja poligami ada masalah
Banyak undang-undang ALLAH
Yang mereka tidak suka bahkan menyanggah

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)