• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Puasa Proses Jadi Baik

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

KEJAYAAN puasa kita pastinya dapat dinilai daripada perubahan diri. Apakah kesan yang dapat kita rasakan selepas mengharungi madrasah Ramadan yang semakin hampir tiba ke penghujungnya?

Situasi itu sama seperti dalam dunia pekerjaan di mana Indeks Prestasi Utama (KPI) pekerja dinilai berdasarkan prestasi serta mutu kerja yang dilaksanakan.

Sama halnya juga penghayatan Ramadan kerana ia adalah latihan untuk mempelajari serta mengendalikan diri menjadi insan bertakwa.

Sekiranya kita melepasi ujian dan cabaran dengan cemerlang bermakna kita pasti dapat 'bertempur' melawan nafsu sepanjang tahun selepas Ramadan.

Mengekalkan konsisten selepas Ramadan itulah menjadi matlamat utama dan ia adalah proses manusia kembali semula kepada fitrahnya.

Sifat takwa memerlukan seseorang itu berbuat baik kepada dirinya sendiri, orang lain, alam sekitar dan beramal soleh dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t.

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti orang-orang yang terdahulu. Mudah-mudahan kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah ayat 183)

Maka puasa terbaik dan bermanfaat adalah puasa yang mempengaruhi empat perkara dinyatakan di atas. Tarbiah Ramadan yang mencapai matlamatnya pasti melahirkan manusia berhati mulia, emosinya terkawal, menjaga adab sopan serta memiliki tubuh badan yang sihat.

Insan bertakwa juga menjadikan seorang itu cukup produktif dan mereka tidak menimbulkan masalah kepada dirinya sendiri mahupun orang di sekelilingnya.
Semakin tinggi nilai takwanya semakin banyak manfaat yang diberikannya, malah mereka mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

Allah s.w.t memberi balasan dengan rezeki yang tidak diduga, membuka jalan penyelesaian baginya, mempermudahkan segala urusannya serta mengampunkan dosa-dosanya.

Pada bulan Ramadan ganjaran pahala yang Allah s.w.t tawarkan amat berbeza, malah tidak mungkin ditemui pada bulan-bulan lain. Sebab itu, setiap kali tiba akhir Ramadan sahabat nabi berasa terlalu sedih.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Ali-Imran ayat 133)

Ayat berkenaan mengandungi kata ‘mudah-mudahan’ yang maksudnya tidak semua orang yang berpuasa itu menjadi bertakwa kerana ada kalangan kita yang dapat berpuasa selama sebulan, tetapi tidak mencapai tingkatan orang bertakwa.

Tidak ada proses pendidikan atau latihan yang menjamin dapat mengubah kualiti peribadi manusia hanya dalam masa sebulan. Jadi kenapa Ramadan mampu menghasilkan perubahan sehebat itu?

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata Allah s.w.t pasti memberi ganjaran ke atas kebaikan yang dilakukan hamba-Nya walaupun ia sebesar atom atau zarah.

Jika tidak mampu menyempurnakan ibadah sunat khusus seperti solat Tarawih, tadarus al-Quran dan zikir, bukanlah perkara yang perlu dibimbangkan kerana ia boleh diusahakan perlahan-lahan pada masa akan datang.

Taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah s.w.t bukan hanya dilakukan melalui pelaksanaan ibadah sunat semata-mata, tetapi dengan cara meninggalkan segala maksiat yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Ia adalah satu bentuk taqarrub yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah," katanya.

Beliau berkata, cara terbaik melaksanakan amalan beriktikaf dalam konteks kehidupan sekarang memerlukan persediaan mental serta fizikal.

Hidupkan malam dengan amalan Qiamullail yang dapat meningkatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t selain solat sunat dan bacaan al-Quran, anda boleh mendekatkan diri kepada Allah dengan membaca buku-buku agama atau muzakarah yang dapat meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.

"Jika amalan itu masih tidak dapat menjadikan kita insan yang lebih baik, dibimbangi ia sekadar satu ritual rutin setiap Ramadan," katanya.

Rahimi berkata, ibadah puasa perlu dilihat sebagai satu proses dan bukannya satu output.

Jangan menganggap orang berpuasa itu menjadi baik, tetapi ia sebenarnya proses menjadi baik dan bertakwa.

"Kita perlu berusaha meningkatkan ilmu serta kefahaman yang bukan tertumpu kepada aspek prosedural atau mekanikal (cara pelaksanaan) semata-mata, tetapi menjangkaui aspek hikmah dan penghayatannya berpandukan penjelasan al-Quran dan al-Sunnah," katanya.

Beliau berkata peluang mencari rahmat dan keredaan Allah s.w.t sentiasa terbuka sepanjang tahun selagi belum berlaku kiamat.

Namun, ruang itu diperluaskan serta dipermudahkan Allah pada bulan yang mulia ini. Berdasarkan hadis nabi yang sahih, baginda menjelaskan bahawa pintu syurga dibuka seluas-luasnya, manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya di sepanjang Ramadan ini.

Makna hadis ini boleh difahami secara fizikal dan juga secara simbolik. Selagi mana pintu sesuatu tempat itu dibuka, maka selagi itulah kita boleh melewati atau memasukinya tanpa halangan.

Oleh itu, sesiapa saja yang mendekatinya pasti mampu memperolehnya. Ikhlas akan melahirkan kesungguhan dalam melaksanakannya serta mencapai apa yang diharapkan.

"Oleh itu, peluang ini sentiasa terbuka buat kita semua walaupun Ramadan tahun ini hanya berbaki tiga hari saja lagi," katanya.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)