• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Setitik Madu, Harimau Dan Buaya

YA Allah cepatnya masa berlalu, tahu-tahu kita sudah hampir berada di pusingan akhir Ramadan. Dulu semasa menyambut Ramadan bukan main lagi bersungguh dengan azam hendak layan puasa.

Bertekad Ramadan kali ini mahu lakukan betul-betul, penuh kualiti dan lebih baik daripada Ramadan yang lalu. Nampaknya Ramadan yang kita lalui macam biasa sahaja malah kadang-kadang terasa lebih comot dari tahun-tahun sudah.
Cemas juga rasanya kerana usia kita semakin meningkat namun kualiti puasa masih �
di tahap rendah, tidak seimbang dengan kualiti dunia yang kita bina berbanding kualiti agama yang kita hayati.
Walau bagaimanapun kita masih ada peluang lagi. Sebagai motivasi supaya lebih bersung�guh membuat pecutan akhir sepuluh akhir Ramadan ini marilah kita hayati satu cerita motivasi.

Ada seorang hamba Allah ini, dia pergi ke hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tiba-tiba dia terdengar bunyi.... aauuummmmm!!!!! iaitu bunyi harimau kelaparan yang menunggu mangsanya.

Jadi, si hamba Allah itu pun lari menyelamatkan diri. Harimau itu mengejar hamba Allah itu sebab ia terlalu lapar sangat. Harimau terus kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ini punyalah takut, berlari lintang-pukang.

Sempat juga berdoa supaya dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau itu.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.

Jadi untuk menyelamatkan diri, dia pun terjunlah ke dalam perigi itu. Pada perigi itu ada tali dan timba.

Dia pun bergayut pada tali tu.

Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi manakala harimau yang lapar itu sedang menunggunya. Dia pun berfikirlah macam mana hendak menyelamatkan diri sambil berdoa kepada agar Allah menyelamatkannya.

Sedang dia berfikir-fikir bagaimana hendak selamat, tiba-tiba dengar bunyi kocakan air �di bawah perigi. Ya Allah lagilah seram dibuatnya. Hendak tahu ada apa dekat bawah itu? Ada dua ekor buaya yang sedang kelaparan.

Apalah nasib sudah jatuh ditimpa tangga lagilah takut si hamba Allah itu. Atas ada harimau bawah pula ada buaya. Dalam keadaan risau dan takut itu dia berfikir untuk mencari jalan keluar.

Tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari celah-celah lubang perigi itu naik ke atas ikut tali itu. Sampai di atas, tikus itu gigit pula tali itu. Kemudian keluar lagi seekor tikus berwarna hitam.

Dia berfikir lagi, kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah pasti akan dimakan buaya. Sedang hamba Allah itu berfikir bagaimana hendak selamatkan dirinya tiba-tiba dia terdengar bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu.

Hamba Allah itu pun mendongak ke atas langit untuk melihat lebah yang sedang membawa madu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulutnya.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah itu berkata, “Fuh manisnya madu ini, tidak pernah aku rasa semanis ini. Sungguh sedap! Subhanallah.”

Kerana setitik madu itu hamba Allah itu lupa pada harimau yang sedang menantinya di atas perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Kalau semua hendak tahu, hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar itu adalah maut yang sedang menanti kita. Jadi marilah sama-sama kita beringat, dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.

Tali tempat hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan jika panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam itu pula adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu jatuh ke dalam mulutnya dia lupa pada harimau dan buaya itu. Macam kitalah, apabila dapat nikmat lupa kepada Allah dan begitu juga apabila dapat sedikit kesenangan sudah lupa diri, lupa dunia tempat beramal dan mencari bekal.

Sebaik peluang adalah bulan Ramadan dengan seribu janji dan jaminan dari Allah. Semoga cerita ini akan menjadi renungan kita dalam mengisi sepuluh terakhir Ramadan yang penuh keistimewaan, terutama bersungguh-sungguh memburu malam lailatulqadar.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)