• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Sudah Tiba Masa Bersatu Perangi Israel

2010/06/07
Ummah perlu berani, tolak kepentingan diri, ikhlas halang penindasan terhadap rakyat Palestin

KEKEJAMAN rejim Zionis tidak lagi berselindung. Terbaru, serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, penjara terbesar di dunia, iaitu Mavi Marmara, sebuah kapal Turki dan antara satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza diserang dan mengakibatkan 19 kematian. Aktivis dibawa ke penjara dan kemudian dibebaskan.

Acap kali kekejaman rejim Zionis dilakukan maka tampil kecaman dan demonstrasi membantah kekejaman itu di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Namun Israel sudah lali dengan itu semua. Ia tidak sedikitpun menakutkan mereka yang berselindung di belakang kuasa besar dunia. Oleh kerana umat Islam berpecah belah dan terlalu mementingkan diri, kita tidak berupaya mempertahankan saudara seagama kita di Gaza. Bumi Palestin sentiasa dibasahi darah para syuhada demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama. Sudah tiba masanya bertindak dan tidak hanya menyuarakan kecaman semata-mata. Kemungkaran besar yang dilakukan rejim Zionis ini perlu ditangani mengikut tatacara seperti yang diajarkan Rasulullah seperti sabda baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang melihat kemungkaran hendaklah mencegahnya dengan tangan (kekuasaan) jika sekiranya dia tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan lidah (suara) dan sekiranya masih tidak berkemampuan maka hendaklah dia mencegahnya dengan hati (menyatakan kekesalan), dan ia adalah selemah-lemah iman.” Oleh demikian, piawaian yang digunakan Rasulullah dalam mencegah kemungkaran adalah berbeza mengikut kemaslahatan dan tahap keimanan kita. Jika kekejaman Zionis ini kita hanya merasakan tidak puas hati maka iman kita berada di dalam status paling lemah. Namun jika dengan bersuara membuat kecaman dan berdemonstrasi maka tahap keimanan sedikit meningkat dari tahap pertama tadi. Tetapi yang terbaiknya ialah seseorang Muslim itu mencegah kemungkaran menerusi kekuasaan yang ada.

Dalam konteks kekejaman rejim Zionis ini, tahap kedua sudah tidak lagi berkesan kerana mereka langsung tidak mengendahkannya. Apatah lagi kuasa besar yang melindungi mereka kelihatan kebal dan tidak dapat dipatahkan.

Umat Islam perlu bersatu membentuk pasukan yang kuat bagi menggunakan semua kelebihan yang ada untuk menolak kemungkaran. Umat Islam perlu berani, menolak kepentingan diri dan ikhlas walaupun menongkah arus tidak seiring dengan kuasa besar.

Tindakan rejim Zionis adalah jenayah terhadap keamanan dan kemanusiaan (crime against peace and humanity). Serangan yang dilakukan di perairan antarabangsa terhadap kapal yang mengibarkan bendera beberapa negara berdaulat yang mana Israel tidak berperang dengan negara itu seperti Turki, Greece dan Amerika Syarikat adalah peperangan terhadap negara berkenaan.
Perkara 6 ‘Charter Provisions of Nuremburg Trials’ mentafsirkan jenayah terhadap keamanan bermakna ‘merancang, menyediakan, memulakan atau melaksanakan suatu peperangan atau penindasan, atau peperangan yang melanggar perjanjian atau triti antarabangsa ataupun menyertai dalam rancangan bersama atau konspirasi untuk mencapai apa yang dimaksudkan tadi’. Jenayah terhadap kemanusiaan pula adalah ‘pembunuhan… deportasi dan sebarang perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap orang awam sebelum atau semasa peperangan..’

Peraturan Konvensyen Hague 1907 Bab II pula menyebut kapal yang melaksanakan misi keagamaan, sains dan pilantropi mestilah dikecualikan daripada tahanan.

Oleh itu, Israel tidak mempunyai kuasa yang sah untuk menyerang Mavi Marmara secara ketenteraan, tidak boleh menaiki kapal itu secara paksa dan menahannya apatah lagi menyerang penumpang yang tidak bersenjata, membunuh, mencederakan dan memenjarakan mereka. Barangan peribadi aktivis keamanan ini juga dirampas daripada pegangan mereka.

Untuk rekod bersama, enam kapal yang terbabit ialah Mavi Marmara (kapal penumpang Turki); Sofia (kapal kargo Greece); Gaza 1 (kapal kargo Turki); Gaza II (kapal kargo Turki); Spendoni (kapal penumpang Greece); dan Challenger I (kapal penumpang Amerika Syarikat).

Misi keamanan itu sebenarnya disertai masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Britain, Australia, Greece, Kanada, Malaysia, Algeria, Serbia, Belgium, Ireland, Norway, Sweden, Kuwait dan Amerika Syarikat. Malah tiga orang ahli Parlimen Jerman, seorang ahli Parlimen Malaysia, dua Ahli Parlimen Israel (Knesset) berketurunan Palestin dan penulis Sweden, Henning Menkell juga menyertai misi keamanan itu.

Berbalik kepada tindakan yang perlu kita lakukan, masyarakat Islam khususnya dan masyarakat antarabangsa tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit perlu mengheret Israel ke muka pengadilan atas jenayah yang dilakukan rejim Zionis itu. Mahkamah antarabangsa perlu memutuskan perkara ini.

Keadilan perlu dilakukan, kekejaman zionis perlu dihapuskan. Barulah keamanan dunia akan dikecapi. Sudah sampai masanya kita tidak hanya mencegah kemungkaran dengan suara saja tetapi menggunakan kekuasaan dan akal fikiran kita bagi mendatangkan keamanan sejagat. Kezaliman dan kekejaman Zionis perlu diberhentikan. Sekutu Israel perlu menilai sokongan terhadap rejim Zionis itu kerana mereka sendiri tidak mengambil endah nyawa dan keselamatan rakyat sekutunya sendiri.

Tindakan tentera laut Israel pada Subuh 31 Mei lalu ini adalah manifestasi yang jelas betapa Israel hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak mengambil kira hak orang lain. Matlamat Israel ialah membina sebuah negara Israel yang besar, selagi matlamat ini tidak tercapai, selagi itulah penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin akan terus berlaku.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)