• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Tv Wajar Dijadikan Rangkaian Memperkasa Akidah Umat Islam

Oleh Mohamad Sofee Razak

DIMENSI dakwah dalam konteks realiti hari ini perlu diperluaskan skop dan aspeknya ke arah menterjemahkan Islam secara konsisten, lebih-lebih lagi ketika dunia berhadapan segala macam cabaran, konflik serta halangan sentiasa berubah, kompleks dan di luar jangkaan.

Untuk itu, Islam perlu diperjelas dan diperkasakan lagi melalui perspektif dakwah yang dilaksanakan secara konstruktif dan mampu mencetuskan inovasi serta idea baru.

Sehubungan itu, cadangan dan usaha mewujudkan stesen televisyen Islam (TV Islam) pertama di negara ini tidak lama lagi adalah langkah bijak dan tepat pada masanya, bertitik tolak kepada proses transformasi serta islamisasi semua rangkaian TV dan media di Malaysia secara sistematik.

Ia juga membuktikan TV mampu menjadi saluran dan medium dakwah berprestij melalui media elektronik yang berkesan kerana hampir setiap rumah di negara ini memiliki televisyen.

Ironinya, TV yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kesan dan pengaruh negatif kepada penonton terutama kanak-kanak dan pelajar melalui kajian dan penyelidikan akademik, kini dengan berpotensi sebagai wadah serta slot dakwah yang eksklusif.

TV mampu mengubah dan menganjak paradigma penonton kerana ia boleh disalurkan kepada aktiviti serta rancangan berfaedah, berkualiti, tidak membuang masa dan paling penting mematuhi piawaian serta peraturan syariah.

Sehubungan itu, kerjasama dan gabungan rangkaian stesen TV swasta dan kerajaan juga perlu digalakkan bagi mewujudkan sebuah konsortium TV dan media Islam lebih besar, berpengaruh dan mampu menyediakan kepelbagaian pilihan kepada penonton untuk mempelajari serta menghayati ajaran dan amalan Islam secara lebih pragmatik.

Secara kolektifnya, TV Islam wajar dijadikan sebagai rangkaian memperkasa akidah umat Islam melalui aspirasi tauhid yang lebih kental lagi utuh. Di samping itu juga dengan kemudahan yang ada nanti, TV Islam juga menjadi media alternatif yang boleh bertindak sebagai stesen sehenti kepada komuniti bukan Islam untuk mengenali dan mendekati Islam secara lebih dekat melalui pendekatan dakwah yang mesra, matang serta positif.

Di samping TV Islam sebagai medan dakwah dan saluran maklumat berkenaan Islam secara menyeluruh supaya masyarakat bukan Islam dapat melihat realiti yang tidak jumud, malah dinamik dan serba boleh dalam pelbagai keadaan.

Tambahan pula, sebagai sebuah rangkaian TV berbentuk khidmat masyarakat, stesen rakyat dan keagamaan khususnya, maka modus operandinya perlulah tidak terlalu mengejar keuntungan dan berusaha mempelbagaikan isu kandungan rancangan sejajar kehendak Islam.

TV Islam juga perlu lebih kreatif, inovatif dan mampu menarik khalayak Islam dan bukan Islam menontonnya. Oleh demikian, pengendali TV Islam seharusnya mewujudkan contohnya siri kartun Islam, drama, sinetron, forum, kuliah dan sebagainya sesuai untuk tatapan golongan sasaran terutama kanak-kanak, remaja dan kalangan dewasa.

Pengalaman serta kreativiti negara pengeluar produk hiburan berunsur Islam seperti Iran, Indonesia dan lain-lain wajar dipelajari sewajarnya.

Kewujudan stesen khas TV Islam kelak bukanlah bermakna atau membawa kepada pengertian bahawa semua siaran serta rancangan berbentuk keagamaan di rangkaian TV sedia ada perlu ditamatkan, malah perlu diteruskan i dan diberi nilai tambah.

Contohnya rancangan TV berbentuk realiti TV yang cukup popular seperti Akademi al-Quran, Akademi Nasyid, Halaqah dan lain-lain memberi identiti, imej dan personaliti media Islamnya yang tersendiri.

Hari ini, di samping internet melalui laman blog dan portal berita, TV masih mampu muncul sebagai medan dakwah terbaik memperjelaskan wajah Islam sebenar.

Dalam buku Enhancing the Understanding of Islam for the Media (2002), peranan media seperti TV penting sebagai medium memperbetulkan prejudis dan gambaran buruk mengenai Islam ciptaan Barat, orientalis dan musuh Islam yang tidak pernah bersikap adil dengan umat Islam.

Seterusnya bagai alternatif kepada rancangan TV sedia ada, TV Islam bukan saja bakal memberi pilihan kepada umat Islam mencari bahan hiburan lebih bermanfaat, malah mengubah persepsi buruk bahawa TV adalah ejen perosak yang melalaikan, membuang masa dan mempengaruhi minda serta kreativiti kanak-kanak.

Untuk itu, TV Islam nanti diharap bukan sekadar medan hiburan kosong dan memualkan tetapi berteraskan aspirasi tauhid, bermaklumat, berbaloi, kontemporari serta Islamik. Ia juga membuka peluang kepada pendakwah Islam menyebarkan Islam melalui saluran TV itu.

TV Islam juga bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana stesen TV atau mengejar keuntungan semata-mata, tetapi yang paling mustahak ialah objektif dan matlamat TV Islam perlu jelas, komited dan konstruktif melalui badan pengawasan dan pemantauan yang ketat.

Tujuannya supaya tidak lari daripada matlamat dan sentiasa berada pada landasan betul sebagai wadah dakwah, sektor percambahan minda, sumber hiburan Islamik, penjanaan ekonomi Islam melalui tajaan iklan dan sebagai ejen perubahan di dalam masyarakat yang komprehensif.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)