Menuju Tuhan Perlu Pimpinan Orang Tuhan

Jalan kepada Tuhan
adalah bersifat maknawi dan rohani
Mata tidak dapat melihatnya
Yang melihat dan menilai
adalah akal dan hati
Sedangkan jalan raya yang bersifat maddi
Boleh dilihat oleh mata,
ramai orang yang terjatuh
Atau tersasar ke kiri atau ke kanan
Oleh itu jalan kepada Tuhan
tidak semua orang
boleh memimpin ke arahnya
Sekalipun dia seorang yang dikatakan ulama
Mungkin yang bersifat maknawi
akal boleh menyuluhnya
Tapi apabila yang bersifat rohani,
ia lebih tersembunyi
Dan ia adalah peranan hati
Jalan kepada Tuhan itu terlalu seninya
Kalau seseorang itu bukan pemimpin
yang hatinya bersih
Yang dia dipimpin oleh Allah dan diberi ilham
Tidak mungkin dia boleh memimpin manusia
menuju Tuhannya, sekalipun ulama
Kerana kebanyakan ulama
pakar di dalam memahami lafaz
dan ayat yang lahir
Memahami yang batin itu
adalah ulama pilihan Tuhan
Ia merupakan pilihan di kalangan ulama
Ia adalah rasul yang bukan rasul
atau nabi yang bukan nabi
Kalau ulama yang bukan bersifat rasul atau nabi
Mereka juga perlukan pimpinan
Betapalah orang awam
lebih perlu lagi adanya pemimpin
Jangan anggap jalan kepada Tuhan itu
boleh baca sendiri
boleh pimpin diri sendiri tanpa pemimpin
Kita akan tersesat jalan
Kenalah ambil perhatian tentang ini


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.