• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Zakat indikator ekonomi

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID

The Great Depression', iaitu krisis ekonomi terburuk pernah melanda dunia pada tahun 1929 dan mengambil masa 10 tahun untuk pulih. Kenyataan oleh jutawan dunia seperti Bill Gates bahawa insiden kali ini akan mengambil masa yang sama untuk pulih kembali, amat merimaskan.

Media turut melaporkan, sehingga kini jumlah pekerja yang dibuang sudah melebihi 13,000 orang dan angka itu dijangka bertambah kepada 200,000 orang akhir tahun ini. Sesungguhnya, ia adalah angka ngeri yang mengiringi malam hari setiap yang bernama pekerja, khususnya di sektor swasta.

Islam sebagai ad-deen yang syumul, sudah lama memberikan kaedah dan cara kepada umatnya, bagaimana kita mampu menangani kegawatan ini. Misalnya, sama ada kita sedar atau tidak, zakat itu sendiri adalah instrumen ekonomi. Ini kerana, zakat mampu dijadikan indikator dalam menilai tahap 'kesihatan' ekonomi.

Zakat mempunyai kesan yang berkadar langsung dengan ekonomi. Naik dan turun graf ekonomi akan memberikan aruhannya kepada zakat.

Indikator Ekonomi Dalam pengiraan mudah, kenaikan graf ekonomi bermaksud kekayaan meningkat; maka logiknya zakat juga akan meningkat. Begitulah sebaliknya. Sebab itu mudah bagi kita mengetahui tahap kekayaan umat Islam, iaitu dengan melihat prestasi kutipan zakat. Jika zakat merudum, jelaslah kekayaan umat Islam juga turut merudum.

Maka, di sini pihak-pihak yang berwajib khususnya pihak kerajaan sudah mampu merencanakan suatu tindakan yang pro-aktif demi mendepani masalah mendatang. Jika kutipan zakat dalam sesuatu sektor jatuh, misalnya dalam sektor zakat pendapatan, maka ia menunjukkan ada sesuatu yang berlaku. Ia boleh jadi berpunca daripada pemberhentian pekerja yang menyebabkan zakat pendapatan juga jatuh.

Begitu juga, jika berlaku pengurangan zakat perniagaan, maka ia disebabkan oleh ramainya peniaga yang tidak mampu berzakat. Maka, data dari dua kategori pembayar zakat ini membolehkan kerajaan membuat unjuran bersifat prospektif, berkenaan langkah-langkah awalan yang preventif sifatnya.

Di samping itu, wujud beberapa elemen zakat yang menunjukkan ia amat dipengaruhi oleh senario ekonomi semasa. Kaedah nisab zakat misalnya, ia ditentukan berdasarkan harga emas semasa. Sungguh pun ia mungkin di'prorate'kan (secara purata setahun); namun kenaikan harga emas masih memberikan kesannya.

Nisab zakat akan menjadi lebih tinggi. Dengan kenaikan nisab, misalnya kini RM7,900, ia bermakna nilai harta kekayaan yang perlu dizakat juga akan menjadi lebih tinggi. Secara sedar atau tidak, nilai mata wang kita sebenarnya turut merosot.

Misalnya, jika dahulu simpanan wang kita yang berjumlah RM5,000 sudah wajib dizakatkan tetapi kini ia mengecil kerana hanya nilai RM7,900 baharu kita diiktiraf 'kaya' di sisi agama Islam. Maka, pihak yang berwajib sudah mampu membuat unjuran kadar kemiskinan pada masa hadapan, dengan berpandukan nisab zakat.

Fungsi Zakat

Namun begitu, kita kini sedang meranduk bah kegawatan ekonomi. Maka, persoalan lebih utama, bagaimanakah zakat mampu memainkan fungsinya dalam kemelut ekonomi ini?

Di sini, kita cuba memberikan pandangan secara ringkasnya, bagaimanakah zakat mampu berperanan secara aktif dalam kegawatan ekonomi ini.

Pertama: Zakat hendaklah dicairkan hartanya dengan membantu golongan fakir, miskin dan mereka yang memerlukan untuk dapat meneruskan hidup dengan sempurna. Ini bermakna, kurangkan tabungan dan cairkan aliran wang di peringkat bawah. Ia akan membantu berlakunya aktiviti ekonomi di peringkat bawahan.

Lagi pun, kesan kemelesetan ekonomi memang paling dirasai oleh golongan kelas rendah seperti fakir dan miskin ini. Dengan kecairan ini, ia akan membantu ekonomi terus berjalan seperti biasa.

Maka, tindakan Lembaga Zakat Selangor (LSZ) Majlis Agama Islam Selangor, (JAIS) misalnya meningkatkan kadar bantuan bulanan kepada penerima zakat adalah suatu tindakan yang betul dan tepat.

Kedua: Zakat boleh dikembangkan kepada aspek kredit mikro (qardhul hassan misalnya). Ia khusus membantu kalangan umat Islam yang berada 'di jurang' kemiskinan. Mereka belum miskin; tapi hampir-hampir menjadi miskin. Mungkin kerana bebanan hutang perniagaan atau akibat pemberhentian kerja.

Sistem kredit mikro ini boleh dikembangkan dengan menetapkan prosedur yang mantap dan berkesan. Mungkin institusi zakat boleh menjalinkan kerjasama dengan institusi koperasi atau bank misalnya, demi memperolehi kesan yang lebih optimum.

Ketiga: Mengembangkan kekayaan harta zakat sedia ada melalui kaedah 'berniaga sambil beramal'. Ini adalah realistik, kerana zakat sentiasa ada lebihan kutipan pada penghujung tahun.

Maka, jika ia dijana, misalnya mewujudkan pasaraya besar milik umat Islam, dengan majoriti sahamnya dimiliki oleh institusi zakat dan dibuka pegangan sahamnya kepada umat Islam lain khususnya golongan sederhana atau pertengahan. Ia akan membantu perkembangan ekonomi umat Islam dalam bentuk jangka masa panjang.

Dalam hal ini Nabi SAW sendiri pernah bersabda: "Berniaga, labur atau usahakanlah harta-harta anak yatim, semoga ia tidak surut dengan zakat (iaitu zakat harta tahunan)". (riwayat Al-Baihaqi, Hadis Hasan dengan Syawahid)

Keempat: Kempen kesedaran dan kefahaman berzakat, khususnya kepada harta kekayaan lain yang tidak berkaitan langsung dengan ekonomi hendaklah dipergiatkan.

Misalnya, kutipan zakat saham (yang biasanya dalam skala yang besar), zakat wang simpanan, zakat ternakan dan sebagainya perlu diberikan kepada masyarakat. Ini kerana, harta kekayaan perniagaan wajib dizakatkan walaupun tidak mencipta keuntungan.

Melalui kefahaman sebenar zakat perniagaan, ia akan memastikan tiada peniaga muslim memberi alasan enggan berzakat kerana tidak untung. Bahkan, mereka memahami bahawa zakat adalah suatu suntikan keberkatan dalam perniagaan.

Kelima: Dakwah zakat secara bersungguh-sungguh mesti dilaksanakan. Manfaatkan segala ruang dan saluran yang ada. Keyakinan bahawa dengan berzakat akan memastikan harta diberkati hendaklah disebarluaskan.

Sebaliknya, sifat menahan harta itulah yang akan menjerumuskan umat Islam kepada kemiskinan. Isu keberkatan menerusi zakat bukanlah perkara mainan sebenarnya, kerana ia dijamin Allah SWT di dalam al-Quran.

Keenam: Membantu mewujudkan rangkaian peluang pekerjaan lebih meluas kepada umat Islam, khasnya para graduan anak-anak asnaf.

Sebagai nota, dianggarkan Institut Pengajian Tinggi mengeluarkan 100,000 graduan setiap tahun dan tanpa pengambilan kerja baru akan mewujudkan lambakan tenaga kerja mahir yang merugikan.

Dana zakat boleh dijana, misalnya dengan membuka hospital, kilang jahitan, kilang makanan dan sebagainya, yang mana para pekerjanya adalah terdiri daripada graduan khasnya anak-anak asnaf dan juga para asnaf sendiri.

Demikianlah sedikit sebanyak idea yang boleh difikir untuk menjana wang zakat dalam mendepani kegawatan ekonomi abad ini. Seandainya kita renung kembali, LZS memang telah cuba memenuhi tanggungjawab ijtimai (sosial) ini sekadar yang termampu.

Misalnya, pelancaran Agihan Zakat X-Press baru-baru ini, adalah manifestasi kepada kesungguhan LZS menangani kemelut ekonomi yang melanda. Ia adalah suatu inovasi. Namun kita yakin, potensi zakat sebenarnya masih luas untuk diterokai.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 2003 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.
Kembali Ke Halaman Utama | Papar Semua Tajuk Dibawah Kategori Yang Sama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain | Sertai Facebook Mukmin Portal

 
 

 

© Mukmin (Tiada Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)