• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

1. Mati Itu Pasti
2. Mari Promosikan Tuhan
3. Hati Gudang Mazmumah
4. Jagalah Maruah Diri Mu
5. Pemikiran Yang Sudah Rosak
6. Hikmah Basmalah
7. Kubisikkan Pada Mu Tuhan
8. Susahnya Mengubah Perangai Manusia
9. Hidup Di Dunia Hanya Sekali
10. Cemas Menunggu Kematian
11. Pengaruh Duniawi
12. Bagaimana Untuk Lazat Beribadah
13. Bila Takutkan Tuhan Telah Tiada
14. Golongan Yang Disukai Tuhan
15. Aku Bangga Enkau Tuhan Ku
16. Anugerahkan Rasa Cinta Pada Mu Tuhan
17. Agungnya Nama Mu Tuhan
18. Agungkanlah Allah
19. Allah Sumber Bahagia
20. Cerita Seorang Mufti
21. Gelisah Menghadap Mu Tuhan
22. Aku Tetap Tidak Jemu
23. Kekasih Allah Tidak Takut Dan Tidak Berdukacita
24. Muslim Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang
25. Kuat Jiwa Vs Lemah Jiwa
26. Cara Mana Hendak Mengenal Seseorang Itu Baik
27. Mengapa Kasih Sayang Tidak Terjadi
28. Rahmat Dan Nikmat Tuhan Yang Tersembunyi
29. Orang Bertaqwa Perikemanusiaannya Amat Tinggi
30. Berjuang Mengajak Manusia Kepada Islam
31. Erti Merdeka
32. Menuju Tuhan Perlu Pimpinan Orang Tuhan
33. Disiplin Diri Orang Mukmin
34. Mengawal Hati Yang Berperasaan
35. Pendidikan Yang Tidak Bertunjangkan Tauhid
36. Pemimpin Yang Sejati
37. Ke Mana Pergi Sudah Tidak Selamat Lagi
38. Sembahyang Tidak Mengubah Perangai
39. Merendah Diri Itulah Ketinggianmu
40. Syukur Dan Taubat
41. Sembahyang Itu Hubungan Hamba Dengan Khaliqnya
42. Sembahyang Merupakan Ibu Segala Ibadah
43. Mujahadah Jalan Menuju Allah
44. Kekayaan Itu Amanah Tuhan
45. Watak dan Tabiat Setiap Jenis Makhluk
46. Manusia Tidak Terasa Peranan Tuhan
47. Manusia Sudah Setaraf Haiwan
48. Mari Kita Mengenal Nafsu
49. Apabila Kemungkaran Berleluasa
50. Dunia Dipenuhi Krisis
51. Kereta Kehidupan Berjalan Laju
52. Agungnya Rasulullah
53. Ingatkanlah Kematian Kita
54. Bahagia Hakiki
55. Tolak Kezaliman Dengan Kebaikan Diri
56. Rahmat dan Nikmat Tuhan Yang Tersembunyi
57. Bekalan Untuk Akhirat
58. Apa Yang Tuhan Jadikan Untuk Merasa Kebesarannya
59. Masalah Yang Sebenar
60. Pemburu Yang Diburu
61. Islam Global
62. Poligami Penyakit Atau Ubat
63. Berhiburlah Dengan Jiwa
64. Jalan Tuhan
65. Setelah Aku Kenal Tuhan
66. Hati Yang Hidup
67. Peranan Ilmu
68. Ilmu Tanpa Didikan
69. Ilmu dan Kefahaman
70. Antara Ilmu Dan Amal
71. Berlindung Dari Ilmu Tidak Bermanafaat
72. Ilmu Adalah Kawan Setia
73. Ilmu Penyuluh Hidup
74. Celikkan Rohku
75. Aku Ingin Belajar Dengan Diriku Sendiri
76. Jauhilah Sifat Sombong
77. Belajar Kerana Tuhan
78. Sembahyang Titik Tolak Segalanya
79. Engkau Tidak Lihatkah Kasih Sayang Tuhan
80. Az Zikru
81. Kekayaan
82. Setiap Nafas Turun Naik Akan Ditanya
83. Kuali Tetap Kuali
84. Tidak Ada Milik Engkau
85. Keindahan dan Kecantikan Seorang Wanita
86. Islam ada Hablumminallah dan Hablumminanas
87. Tujuan Tuhan Mencipta Dunia
88. Watak Kawan Terhadap Kawan
89. Cara Mendidik Anak
90. Cara Tuhan Menghukum Hamba
91. Setiap Kejadian Ada Hikmahnya
92. Terbangunnya Peradaban Rohaniah Diiringi Dengan Peradaban Ma
93. Engkau Masih Sudi Menjemput Aku
94. Indahnya Berpoligami


Kembali Ke Halaman Utama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain

 
 
 

 

© Mukmin (Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)