• Dari Sahal R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Aku dan orang yang memelihara anak-anak yatim akan berada didalam syurga adalah seumpama dua anak jari ini." Disini Rasulullah S.A.W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya dimana terdapat hanya sedikit ruang diantara keduanya. (HR Bukhari)
  • Dari Amr bin Malik Al-Qusyairi R.A berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara anak yatim, yang mana kedua ibubapanya seorang muslim, dengan memberi makanan dan minuman sehinggalah Allah S.W.T mengkayakannya yakni dia dapat memenuhi keperluannya sendiri, wajib baginya syurga." (HR Musnad Ahmad, Tabrani dan Majma uz Zawaid)
  • Dari Abdullah bin Umar R.Huma meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W; "Ya Rasulullah, apakah satu amal yang paling baik di dalam Islam?" Baginda S.A.W menjawab "Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak." (HR Bukhari)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mukmin yang sempurna dikalangan orang yang beriman ialah orang yang baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya." (HR Ahmad)
  • Dari Aishah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya." (HR Tirmizi)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari kiamat ialah orang yang baik akhlaknya." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
  • Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong di dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga." (HR Muslim)
  • Dari Abu Qatadah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jikalau seseorang suka Allah S.W.T menyelamatkannya dari huru hara pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelonggaran (dalam membayar kembali pinjaman) kepada seseorang yang berada dalam keadaan terdesak, atau mengurangkan hutangnya (semuanya atau sebahagian)." (HR Muslim)
  • Dari Abu Zar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Senyuman kepada saudara (muslim) mu adalah sedekah, menyeru kepada ma'ruf dan melarang dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseoarng yang tersesat jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri dan tulang (dari jalan) adalah sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah. " (HR Tirmizi)
  • Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib)
  • Dari Jabir R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik diantara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain." (HR Dar Qutni dan Targhib)
  • Dari Qais bin Said R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Kalaulah aku diperintahkan bersujud kepada seseorang, nescaya aku akan perintahkan wanita-wanita bersujud keatas suami mereka, kerana haknya yang Allah SWT telah berikan kepada suami-suami." (HR Abu Daud)
  • Dari Ummu Salamah R.Ha meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mana-mana wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya dia akan masuk kedalam syurga." (HR Tirmizi)
  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menjalin silaturrahim yakni berbuat baik kepada saudara-mara dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam." (HR Bukhari)
  • Dari Asma bin Yazid R.Ha berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (dimajlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah SWT akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka jahanam." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Dari Abu Darda R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudara muslimnya dengan membelanya, menjadi tanggungjawab Allah SWT untuk menghalang dia dari api neraka jahanam pada hari kiamat kelak." (HR Musnad Ahmad)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, kerana baru sebentar tadi malaikat Jibrail A.S diutus oleh Allah SWT datang kepadaku lalu berkata : 'Barangsiapa dikalangan umat mu berselawat kepadamu (Muhammad) sekali, Aku (Allah) dan para malaikatKu akan berselawat (memohon pengampunan dan rahmat) untuknya sepuluh kali'." (HR Tabrani)
  • Hazrat Bara' R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Tidaklah kedua orang muslim bertemu dan bermusafaha (berjabat tangan) melainkan dosa-dosa kedua belah pihak diampuni sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud)
  • Hazrat Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai." (HR Bukhari)
  • Hazrat Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Bantulah saudaramu yang muslim dalam segala keadaan, bahkan apabila dia seorang yang zalim atau yang dizalimi" Seorang bertanya, "Ya Rasulullah, aku akan menolongnya apabila dia dizalimi, tetapi bagaimana aku dapat menolongnya apabila dia seorang penzalim?" Baginda S.A.W menjawab, "Engkau mencegah dia dari melakukan kezaliman kerana mencegahnya dari perbuatan zalimnya, itulah bantuanmu kepadanya." (HR Bukhari)
  • Hazrat Ibnu Abbas R.Huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari kerana Allah S.W.T akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit." (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

1. Berbai'ah Adalah Sunnah Rasulullah S.a.w.
2. 4 Jenis Lelaki Yang Ditarik Perempuan Ke Neraka
3. Awas Jerat Valentine
4. Muhammad Manusia Agung
5. Ke Tandas Pun Ada Adabnya
6. Salam Kepada Bukan Islam
7. Sejarah Empat Mazhab (bahagian 4/4)
8. Memahami Keperluan Bermazhab (bahagian 3 Daripada 4)
9. Ilmu Hadith Belum Cukup Tanpa Fiqh (bahagian 2/4)
10. Memahami Keperluan Bermazhab (bahagian 1daripada 4)
11. Tazkirah Jumaat: Ahli Gerakan Islam Perlu Tahu Uslub Dakwah
12. Tazkirah Jumaat: Tanggungjawab Ahli Gerakan Islam Sedarkan U
13. Hubungan Nuzul Quran, Lailatul Qadar Dan Politik Negara
14. Tafsir Al-fansuri (1)
15. Tafsir Al-fansuri (2)
16. Darihal Puasa, Iman Dan Ketaqwaan
17. Anti Isa Sebahagian Daripada Agama
18. Tazkirah Jumaat: Lelaki Ramai Masuk Neraka?
19. Darihal Isra' Mi'raj
20. Analisa Qur'anik; Zulaikha Vs Yusuf
21. Lelaki Ramai Masuk Neraka?
22. Perlukah Saya Buat Kenduri Arwah?
23. Tazkirah Jumaat: Merealisasi Slogan Islam Pejuang Silam
24. Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian
25. Perihal Batu Besar Tergantung Di Masjidil Aqsa
26. Cemar Hati Hanya Bersih Dengan Agama Allah Swt
27. Ibrahim A.s; Bapa Segala Nabi
28. Belajar Tanpa Berguru, Syaitanlah Gurunya
29. Islam Bangkit Semula Di Nusantara?
30. Tanggungjawab Ahli Gerakan Islam Sedarkan Ummah
31. Tazkirah Jumaat: Peluang Bertaubat Diberi Berkali-kali
32. Bagaimana Sultan Muhammad Al-fatih Bebaskan Kota Istanbul
33. Ahli Gerakan Islam Perlu Tahu Uslub Dakwah
34. Mengambil Iktibar Watak Sayidina Abu Bakar, Omar
35. Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur
36. Perikatan anti-Islam perangi ummah
37. Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi
38. Mauizah: Mohon ampun, tutup keaiban dosa daripada terdedah
39. Tazkirah Jumaat: Penting memelihara nama baik Islam
40. Labibah Ahmad, Ketua Muslimat Ikhwan Muslimun Pertama
41. Mauizah: Fadilat doa dan selawat ke atas Nabi s.a.w.
42. Kurangkan ketawa, banyakkan menangis
43. Kuliah Tafsir ayat 97-100 surah al-Maidah
44. Tanggungjawab pemimpin ingatkan rakyat mengenai kematian
45. Muhasabah : Kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat - Imp
46. Mauizah : Adab tetamu Allah ketika ziarahi Masjid Al Haram
47. Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama
48. Solat asas keteguhan keperibadian Muslimin, Wasiat Pertama A
49. Yahudi guna 5F untuk hancurkan Islam
50. Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w
51. Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal
52. Wasiat ke-10, uruskan masa dan ringkaskan tugas
53. Wasiat ke-9 Al-Banna, sebarkanlah salam!
54. Wasiat Al-Banna ke-8, Jauhi bicara aib orang lain
55. Wasiat ke-7 Al-Banna, elakkan bercakap nyaring
56. Wasiat ke-6 al-Banna, jangan banyak bergurau
57. Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa
58. Jangan banyak berdebat, wasiat ke-4 Hasan al-Banna
59. Wasiat al-Banna ke-3, berusahalah berbahasa Arab dengan fasi
60. Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna
61. Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat
62. Berpolitik tidak kena mengena dengan akhirat?
63. Galian, kekayaan wajib digali oleh Muslimin
64. Golongan Ruwaibidhah di Malaysia
65. Mengapa Muslim biarkan hati mati


Kembali Ke Halaman Utama | Berkongsi Artikel Dengan Rakan Lain

 
 
 

 

© Mukmin (Notis Copyright)

Paparan sesuai 1280 x 800 pixel (IE 7.0 keatas / Firefox 3.0 keatas)