Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran." (Hadith riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Keterangan
Seseorang yang ahli di dalam al-Quran bermakna seseorang yang menghafail al-Quran dengan baik dan sentiasa membacanya. Sekiranya dia dapat menguasai makna dan maksud al-Quran maka itu adalah lebih baik lagi.
'Akan berada bersama para malaikat' membawa maksud bahawa sebagaimana para malaikat itu bertugas memindahkan al-Quran daripada Lauh Mahfuz (kitab yang terpelihara di sisi Allah SWT), demikian juga pembaca al-Quran itu akan berhimpun bersama para malaikat tersebut pada hari kiamat.
Seseorang yang tersekat-sekat akan mendapat dua ganjaran. Satu ganjaran untuk bacaannya dan satu lagi kerana dia menanggung susah payah dalam bacaannya yang tersekat-sekat. Namun ini tidaklah bermaksud bahawa ganjaran untunya akan melebihi daripada ganjaran untuk orang yang mahir. Orang yang mahir akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda lebih besar sehingga dikatakan orang yang mahir membaca al-Quran akan berhimpun bersama-sama dengan para malaikat yang khusus. Oleh itu janganlah seseorang meninggalkan pembacaan al-Quran kerana alasan pembacaannya tersekat-sekat.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.