Kelebihan Mengajar Atau Membaca Al-quran

Hazrat Uqbah bin Amir R.A berkata, Rasulullah S.A.W datang kepada kami ketika kami sedang duduk diatas 'suffah' (nama bagi satu lantai khas yang ditinggikan di dala masjib Nabi S.A.W yang menjadi tempat perhimpunan orang Muhajirin yang miskin) dan bertanya,


"Siapakah antara kamu yang suka pergi ke pasar Buthan atau Aqiq setiap hari dan membawa pulang dua ekor unta betina daripada jenis yang terbaik tanpa melakukan satu dosa pun atau memutuskan silaturrahim?"

Kami menjawab, "Setiap orang daripada kami akan menyukainya."

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda "Apabila seseorang pergi ke masjid dan mengajar atau membaca dua potong ayat daripada al-Quran adalah lebih baik baginya daripada dua ekor unta betina, tiga ayat adalah lebih baik baginya daripada tiga ekor unta betina, dan begitu juga empat potong ayat adalah lebih baik baginya daripada empat ekor unta betina dan mengikut bilangan ayat-ayat yang sama dengan bilangan unta jantan (al-ilbil). (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.