Cara Tuhan Menghukum Hamba

Baiknya Tuhan`kederhakaan hamba-hamba-Nya,
Tuhan tidak hukum dengan segera,
Tuhan biarkan sahaja lebih dahulu,
Tuhan bagi dia peluang berfikir, sedar dan insaf,
Dengan cara Tuhan jadikan depan matanya berbagai-bagai kejadian,
Kejadian sama ada positif atau negatif untuk menyedar dan menginsafkan,
Atau Tuhan hukum secara sedikit-sedikit atau sekali-sekala pada dirinya untuk insaf,
Setelah melalui berbagai-bagai pendidikan tidak juga insaf,
Tuhan pun rentap segala nikmat dan rahmat,
Mati mengejut , lumpuh yang berpanjangan , ditimpa bala yang berat,
Huru-hara di dalam keluarga tidak ada kasih sayang sesama mereka,
Atau Tuhan biarkan begitu sahaja tanpa dihukum,
Selepas mati nanti barulah dihukum dengan parahnya,
Seksa hendak mati, azab kubur penderitaan di Padang Mahsyar , kemuncak penderitaan ialah Neraka,
Haraplah ambil perhatian cerita ini,
Semasa hidup ini sempat lagi kita berfikir dan membaiki diri,
Masanya belum lagi terlambat,
Kembalilah segera kepada Tuhan,
Takutilah Allah dan cintailah Dia,
Berkasih sayanglah sesama manusia,
Apatah lagi sesama keluarga,
Setelah mati segala-galanya peluang membaiki diri , pintunya sudah tertutup,
Sedar dan insaflah dari sekarang sebelum terlambat.


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.