Mari Promosikan Tuhan

1. Tuhan Ada. Ada di mana-mana. Tapi tiada di sana. Dia tempat kita
meminta-minta apa saja.

2. Baiknya Tuhan ciptakan bumi untuk kita.

3. Anda ada masalah kewangan? Bank Tuhan boleh selesai segala-galanya.

4. Mahaguru paling bijak ialah Tuhan. Belajarlah dengan Dia. Anda akan
jadi secerdik-cerdik manusia.

5. Tuhan itu doktor Maha Pakar. Pada-Nya ada segala-gala ubat untuk
semua penyakit. Ruginya orang yang tidak merawat dengan-Nya.

6. Manusia selalu kecewa dalam bercinta. Kerana tersalah memberi cinta.
Berilah cinta agung pada Tuhan, nescaya tidak akan kecewa selamanya.

7. Kawan paling setia yang mampu menjaga kita setiap masa sebenarnya
adalah Tuhan kita!

8. Anda ada masalah rumahtangga? Selesaikanlah dengan jalan takut dan
cintakan Tuhan.

9. Manusia tidak akan renti-renti bergaduh, sehinggalah mereka ambil
Tuhan jadi pemimpin.

10. Jangan cuba lari dari Tuhan, akan ditimpa padah. Tapi larilah
kepada Tuhan, nescaya bahagia.

11. Sama-sama cinta dunia, akan berebut, berbalah. Tapi sama-sama cinta
Tuhan, tiada rebutan dan perbalahan.

12. Jika ingin miliki segala-galanya milikilah Tuhan, Tuhan adalah
segalanya. Segalanya tanpa Tuhan tiada erti apa-apa.

13. Cinta Tuhan cinta sejati, cinta agung! Cinta makhluk cinta murahan.

14. Siapa cinta Tuhan pasti sayangkan manusia barulah boleh bekerjasama.

15. Hambakanlah diri hanya kepada Tuhan. Tidak layak dihambakan pada
selain-Nya. Buktinya kita marah dituduh hamba syaitan. Tapi tidak marah
bila dikatakan hamba Tuhan.

16. Kita amat perlukan pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan
penyelamat. Dia adalah Tuhan pencipta kita.

17. Tuhan adalah tempat rujuk. Tiada tempat rujuk yang lebih dari
Tuhan. Dia boleh selesaikan semua masalah dunia

18. Ramai orang percaya Tuhan, tapi tidak dipedulikan, seolah-olah
Tuhan tidak ada.

19. Aneh manusia, tahu Tuhan yang beri rezeki tapi tidak pun takut dan
cinta pada-Nya.

20. Kalau kita yakin dunia Tuhan punya, tentu kita tidak sanggup
berbuat sesuka hati, sebab malu pada-Nya.

21. Kasih sayang sesama manusia akan punah bila Tuhan tidak dicintai.



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.