Jagalah Maruah Diri Mu

Jagalah maruah diri, peliharalah harga diri

Janganlah kerana cari makan jual agama

Kerana sesuap nasi menghina golongan yang tidak disuka

Engkau belum tentu lebih baik daripada mereka

Carilah makan dengan secara halal kita bukan haiwan boleh makan apa sahaja

Kita manusia kenalah jaga kemanusiaannya

Engkau mengata orang hendak popular dan kerana cari makan

Engkau sedarkah siapa diri engkau

Masyarakat melihat tidak mudah menelan apa sahaja daripada engkau

Orang tahu siapa engkau sebenarnya?

Hidup tidak terurus, hendak makan pun susah kemudian mengata orang pula?

Ertinya engkau mengata diri engkau sendiri

Engkau mengata orang, engkau bukanlah beragama sangat

Tidak juga maju, tidak juga kaya, kawan pun tidak ada kemudian mahu cakap besar?

Suluhlah diri sendiri saudara!

Moga-moga boleh membaikinya

Daripada mengata-ngata dan menghina-hina orang tidak tentu fasal

Nanti orang ramai yang menyuluh diri engkau kan malu!

Terlihat pekung, kudis, tokak, kurap dan lain-lain lagi

Lebih baik engkau lihat sendiri boleh merubah diri

Kalau orang lain yang melihat, malu sahaja yang akan dapat

Jika engkau sendiri boleh membuat berbagai-bagai kemajuan kemudian menghina orang munasabah juga

Ini engkau sendiri dilihat macam tidak siuman apa nanti kata orang?!

Suluhlah diri sendiri moga-moga boleh jaga maruah

Maruah diri ini mahal tidak boleh dijual beli

Sekali maruah jatuh, macam jatuh di dalam longkang

Alangkah malunya!


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.