Mengapa Kasih Sayang Tidak Terjadi

Tidak ada siapa di kalangan manusia yang tidak suka kasih sayang
kerana ia adalah makanan jiwa
Tidak ada kasih sayang jiwa manusia boleh menderita, kecewa dan putus asa
Perkara yang sama-sama perlu, tapi manusia tidak tahu macam mana membuatnya
Perkara yang sama-sama mahu, tapi tidak faham mencetusnya
Keperluan bersama tapi macam mana melakukannya
Kita ingin dari orang lain melakukannya, orang lain pula mahu dari kita membuatnya
Orang lain suka kalau kita melahirkan kasih sayang itu kepadanya
dan kita pula ingin orang lain melahirkan pula terhadap kita
Tapi ia tidak terjadi seperti yang sama-sama mahu
Manusia sama-sama buntu melakukannya
Akhirnya sama-sama tidak dapat kasih sayang yang sangat diperlu
Apa yang terjadi ialah yang sama-sama tidak mahu berlaku
Iaitu berlaku benci-membenci yang sangat menyakitkan hati
Kalaupun tidak sampai benci-membenci tapi tidak minat-meminati
Akibatnya keindahan bergaul tidak didapati
Tidak bergaul tidak boleh hidup sendiri
Keperluan-keperluan manusialah yang memerlukan pergaulan sesama
Jumpa berjumpa, temu menemu tidak boleh dielakkan, sudah hidup manusia begitu
Apa rahsianya kasih sayang tidak terjadi padahal keperluan bersama?
Kerana Tuhan belum dicintai maka tidak berlakulah side effectnya
iaitu kasih sayang sesama
Barulah kita tahu kasih sayang sesama akan berlaku
apabila manusia sama-sama cintakan yang Maha Esa


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.