Syukur Dan Taubat

Aku syukur pada-Mu Tuhan di atas segala nikmat yang Engkau beri
Aku bersyukur kepada-Mu lagi di atas kesyukuran itu
Kerana syukur itu satu nikmat yang bersifat maknawi dan rohani
Ia adalah satu pemberian-Mu
Syukur di atas kesyukuran
Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku
Seterusnya aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu
Ertinya taubatku memerlukan taubat lagi
Taubat di atas taubat
Begitulah yang aku harapkan pada-Mu, ingatkan aku
Bahawa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah-Mu
Agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu
Seterusnya ingatkan aku
Bahawa taubatku adalah palsu
Agar aku bertaubat di atas taubat itu
Moga-moga aku tidak menipu diriku


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.