Apa Yang Tuhan Jadikan Untuk Merasa Kebesarannya

Tuhan menjadikan mata engkau bukan sekadar engkau hendak tahu najis apa dan apa warnanya,
Hingga engkau dapat ilmu daripada penglihatannya,
Tapi Tuhan mahu supaya engkau merasa kebesaran dan kuasa Tuhan pada benda yang engkau pandang itu,
Agar engkau membesarkan dan mengagungkan-Nya,
Tuhan memberi engkau pendengaran bukan sekadar halwa telinga,
Atau dapat membezakan suara-suara makhluk-Nya,
Juga ia merupakan sumber pengetahuan buat insan,
Tapi Allah mahu supaya engkau terasa betapa kuasa-Nya dan rahmat-Nya kepada manusia,
Tuhan mejadikan akal bukan sekadar engkau boleh berfikir dan mengkaji sesuatu hingga engkau dapat pengetahuan dan pengalaman,

Tapi Tuhan mahu supaya engkau terasa kasih sayang-Nya serta rahmat-Nya kepada engkau,
Dan patut engkau terasa malu kepada-Nya,
Agar engkau menjadi tawadhuk dan merendah diri,
Bukan membesarkan diri kerana kebolehan engkau,
Begitu juga engkau ada hati, padanyalah engkau ada perasaan,
Perasaan itu pula datang berbagai-bagai rasa mengikut keadaan,
Keadaan yang engkau lihat, yang engkau rasa, mengikut keadaan,
Keadaan yang engkau lihat, yang engkau dengar dan yang engkau fikirkan,
Supaya engkau terasa Maha Kuasa-Nya dan Pentadbirnya Tuhan dengan penuh bijaksana,
Yang boleh membolak-balikkan perasaan insan,
Yang engkau sendiri tidak mampu mengkontrolnya apabila tiba masanya,
Agar engkau terasa lemah inginkan pertolongan Tuhan,
Supaya engkau dapat menetapkan pendirian engkau,
Jangan sampai engkau tergelincir pegangan dan keyakinan engkau terhadap kebenaran,
Bukan engkau hendak lajakkan apa yang engkau rasa sekalipun bertentangan dengan kehendak Tuhan,
Di sinilah engkau perlukan mujahadah,
Dan di sini jugalah engkau perlu bantuan Tuhan,
Di sini ramai manusia yang gagal berfungsi,
Iaitu apa yang dia dengar, lihat, fikirkan dan rasa yang dapat dihubungkait dengan Tuhan.


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.