Pemburu Yang Diburu

Di subuh-subuh hari lagi setiap hari manusia sibuk memburu
Ada banyak jenis buruan yang diburu mereka
Mengikutlah kehendak masing-masing apakah buruan yang menjadi targetnya
Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sedikit, ada yang tidak dapat apa-apa
Buruan itu adakalanya harta dan kekayaan
Tidak kurang jua memburu pangkat, betina, nama dan glamor
Bahkan bermacam-macam lagi buruan tidak perlu diberi nama
Seribu satu macam jenis buruan tidak jemu-jemu mereka memburunya
Pemburu-pemburu ini dia lupa, dia juga sedang diburu setiap waktu
Setiap detik dan setiap saat mereka diburu

Setiap detik pemburu-pemburu ini menjadi mangsa
binatang-binatang buruan mereka
Namun pemburu-pemburu yang masih selamat tidak juga mengambil pengajaran daripadanya
Adakalanya pemburu itu menjadi mangsa buruan di waktu mengejar harta dan pangkat
Tidak kurang juga yang menjadi mangsa waktu memburu betina dan nama
Bergelimpanganlah mati di mana-mana sahaja
Mereka mati di sini dan di sana, dan tidak kira masa bila
Yang menyedihkan di waktu menjadi mangsa buruan dia belum mendapat apa-apa
Hanya yang dapat penat dan letih sahaja
Di waktu itulah dia diburu dan menjadi mangsa
Di masa mati dunia tidak dapat apa-apa, dia telah menjadi mangsanya
Alangkah malangnya pemburu-pemburu dunia
Di waktu dia memburu dunia dia kena buru pula
Pemburu-pemburu ini tidak insaf juga.


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.