Jalan Tuhan

As siratalmustaqim adalah jalan Tuhan
Jalan untuk keselamatan manusia
di dunia di dalam kehidupan
dan di Akhirat di penghujungnya
Jalan Tuhan tidak nampak oleh mata
bahkan tidak dinampak
oleh semata-mata akal fikiran
kalau tidak dipandu oleh wahyu Tuhan
Jalan Tuhan adalah bersifat maknawi dan rohani
Di sepanjang jalan ada tanda-tanda jalan
untuk panduan insan
Siapa faham dan ikut peraturan
dia selamat dan menyelamatkan
Jika tidak faham atau faham
tapi disiplin jalan raya Tuhan
tidak dijadikan panduan
Ramailah orang eksiden
berlakulah perlanggaran
bahaya pun datang membinasakan
Bukan senang hendak menempuh jalan Tuhan
yang tidak nampak oleh mata
bahkan tidak mampu dilihat oleh akal fikiran
Tanda-tanda jalan juga sebagai panduan
adalah juga bersifat maknawi dan rohani
yang mata tidak kelihatan
Kalau mata rohani tidak celik
dan tidak dibantu pula oleh akal fikiran
yang disuluh oleh wahyu Tuhan
Berlakulah selalu perlanggaran
huru-haralah kehidupan insan
musnahlah kehidupan
Banyak orang tersesat jalan
ada yang tidak tersesat
tidak pula mengikut peraturan
Kedua-dua cara ini merbahaya
yang satu tidak sampai penghujung jalan
yang satu lagi terkandas di tengah jalan
di dalam perjalanannya
Menempuh jalan Tuhan
perlukan seorang pemandu jalan raya
yang faham undang-undang
berdisiplin, mengikut pula undang-undang
Sedangkan hendak menempuh jalan
yang bersifat maknawi dan rohani itu
payah hendak dikesan
Orang yang matanya di hatinya sahaja
yang dapat benar-benar faham
perjalanan as siratalmustaqim
Atau mata hati yang celik sahaja
yang suluhannya mampu menempuh jalan selamat
Mata hati dibantu oleh wahyu dan oleh akal fikiran
Akal fikiran yang telah diberi kekuatan dari hati
yang disuluh oleh wahyu Tuhan
Orang eksiden di jalan
yang bersifat maknawi dan rohani
tidak dapat dikesan
Kecuali mata hati orang yang celik
dan akal yang ada pengetahuan
dari Hadis dan Quran
Kerana ia adalah jalan ke Akhirat
Negara yang berkekalan
mata tidak kelihatan
Tidak seperti jalan raya dunia yang bersifat maddi
jelas mata memandang, amat terang
Kerosakannya mudah dikesan
bahayanya jelas kelihatan
tidak ada kesamaran
Jalar raya ke Akhirat setiap waktu
jelas berlaku perlanggaran
Setiap hari eksiden tidak kelihatan
Bahayanya jangka panjang baru dapat dikesan
Eksiden atas jalan raya ke Akhirat
lebih kerap kejadiannya
sangat memudharatkan
Ego melanggar hasad
dendam melanggar pemarah
pengumpat melanggar orang sabar
Bakhil melanggar pemurah
gila nama melanggar gila kuasa
gila puji melanggar gila harta
Perlanggaran ini atau eksiden ini
orang menganggap bukan satu perlanggaran
Kerana bahayanya tidak nampak secara spontan
Tapi apa yang berlaku di dunia hari ini
orang bergaduh, berkrisis, berbunuh-bunuhan
peperangan, harta musnah, pembangunan punah
kerana eksiden tadilah
Kejadian itu berlaku
kerana tidak mengikut jalan as siratalmustaqim
Atau ikut jalan tapi tidak ada panduan
atau tidak mengikut peraturan jalan


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.