ALLAH S.W.T. memerintahkan Nabi Ibrahim memindahkan isterinya Siti Hajar bersama bayi kecilnya ke negeri Makkah, yang pada waktu itu henyalah sebuah padang pasir yang tandus. Siti Hajar patuh.
Nabi Ibrahim berkata, "Aku tinggalkan kamu Hajar dan Ismail di sini... bukan untuk dibiarkan tetapi untuk dipelihara Allah s.w.t. yang maha kuasa" .
Hari demi hari berlalu. Akhirnya bekalan makanan telah kehabisan. Anak kecilnya mula menangis. Air susu sudah tiada lagi untuk diberikan. Siti Hajar memandang sekeliling. "Tiada apa yang ada di sini kecuali padang pasir tandus. Tapi aku mesti dapatkan air. Jika tidak, Ismail akan mati!" kata Siti Hajar.
Siti Hajar mula berlari-lari ke sana ke mari untuk mencari air.Tanpa disedari, Siti Hajar telah berulang-alik antara dua tempat yang dikenali sebagai Safa dan Marwa sebanyak tujuh kali. Siti Hajar mula cemas. Tetapi hatinya teguh. Kepada Allah, yakin sekali. Sedang dia mencari-cari air, tiba-tiba terpancar air dari tendangan kaki anaknya Ismail.
Siti Hajar lalu melutut dan mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. kerana membantunya pada ketika dia tiada ternpat lagi untuk mengadu. Siti Hajar lalu mengumpul air sambil menyebut "Zam Zam! Zam Zam!" yang bermakna "Berkumpullah! Berkumpullah!"
Mata air itu tidak pernah kering-kering. Sebaliknya ia terus mengalir hingga ke hari ini. Itulah air zam zam yang terletak di sisi Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Begitulah cantik dan indahnya Allah atur sesuatu perkara. Allah datangkan rahmat, bantuan dan per tolongan pada saat akhir kerana hendak menguji keimanan Siti Hajar. Siti Hajar telah menghadapi ujian tersebut dengan penuh tawakal tanpa sangsi sedikit pun akan kehebatan dan maha pengasihinya Allah.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.