Kisah Peniaga Yang Bertaqwa

Muhamad Munkadir, seorang peniaga beriman yang tidak sanggup menyusahkan pihak pengguna apatah lagi untuk menindas dan menghisap darah mereka.

Pada suatu hari dia hendak keluar ke kota, lalu memesan kepada orang gajinya supaya menjaga kedainya baik-baik.

Tidak lama kemudian datang seorang Arab Badwi hendak membeli barang di kedai itu. Orang gaji tersebut telah menjual sebahagian barang-barang dengan harga dua kali ganda dari harga sebenar kepada orang Badwi itu.

Apabila Muhammad Munkadir pulang ke rumah dan mendapat tahu perbuatan orang gajinya, maka segera dia bergegas mencari orang Arab Badwi itu.

Hampir sehari suntuk dia mencari Badwi itu ke sana ke mari. Akhirnya dia bertemu dengan Badwi itu lalu berkata,"Pekerja saya telah berlaku curang terhadap tuan. Dia menjualkan barang itu dengan harga dua kali ganda."

"Oh! Tidak mengapa tuan. Saya senang hati membelinya," jawab Badwi itu.

"Benar, walaupun tuan puas hati membelinya tetapi saya juga mahu tuan puas hati dengan apa yang memuaskan hati kami."

Muhammad pun memulangkan wang lebihan itu kembali kepada Badwi tersebut.

Badwi itu mulanya enggan menerimanya, tetapi setelah didesak akhirnya ia terpaksa mengambilnya. Memang kepuasan jelas di wajah Muhammad Munkadir.


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.