Solah Menggugurkan Dosa-dosa

Hazrat Abu Zar R.A berkata, "Suatu ketika Rasululullah S.A.W keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda S.A.W memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut.


Baginda S.A.W bersabda, "Wahai Abu Zar."

Saya menyahut, "Saya ya Rasululullah."

Kemudian Baginda S.A.W bersabda, "Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok," (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Keterangan

Pada musim sejuk banyak sekali daun yang gugur sehingga kadang-kadang tiada sehelai daun pun yang tertinggal pada sesetengah pohon. Inilah yang merupakan mafhum daripada sabdaan Nabi S.A.W iaitu solah yang dilaksanakan dengan ikhlas akan menghapuskan semua dosa sehingga tidak ada satu dosa pun yang tertinggal. Walaubagaimanapun, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu rumusan daripada kajian yang mendalam daripada para alim ulama berdasarkan Al-Quran dan hadith menyatakan bahawa hanya dosa kecil sahaja yang akan terampun melalui solah dan amalan-amalan kebaikan yang lain. Dosa besar tidak terampun tanpa bertaubat. Oleh itu, disamping mengerjakan solah, kita hendaklah juga mengambil berat untuk bertaubat dan beristighfar dan janganlah mencuaikan perkara ini. Lainlah jika Allah S.W.T mengampun dosa besar seseorang dengan limpah rahmatNya.



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila hantarkan pesanan anda di Hubungi Kami, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.